Friday 18 July 2014

Tersangat Panas - Ketua Pemberontak Umum Tembak Pesawat Ukraine, Tapi Tersilap ?




Seorang pemimpin puak pemisah yang berpihak pada Rusia Igor Girkin pada mulanya membuat pengumuman bahawa pihaknya sudah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat didakwa pesawat tentera Ukraine.

Pengumuman itu yang dibuat di laman VK (Facebook versi Rusia) oleh Igor yang turut dikenali dengan nama Strelkov tetapi memadamkan penguman itu tidak lama selepas itu. Dia turut mendakwa dirinya sebagai seorang pemimpin Republik Rakyat Donetsk.

“Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26, dekat Torez, ia jatuh terhempas dekat lombong di Ukraine,” menurut kemaskini berkenaan yang kemudiannya dipadamkan.

Bagaimanapun petikan skrin pengumuman itu sempat diambil dan ia disebarkan agensi dan pertubuhan media.

Berkemungkinan mereka memadamkan pengumuman itu selepas menyedari kesilapan besar yang dilakukan apabila pesawat yang ditembaknya merupakan sebuah pesawat penumpang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Pada laman sama, Igor juga pernah memberi amaran untuk tidak terbang di ruang udara mereka atau ia akan ditembak.


“Kami telah memberi amaran (pada tentera Ukraine) jangan terbang di ‘langit kami’.

“Dan ini video yang mengesahkan ‘burung (pesawat) itu jatuh’,” katanya dalam satu pos lain, memetik laporan AFP.

Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Kumpulan pemberontak yang sama pada 29 Jun turut mendakwa telah berjaya menguasai sebuah pangkalan tentera Ukraine yang mempunyai simpanan peluru berpandu BUK, permukaan ke udara. Pesawat MH17 terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, Belanda dengan membawa 298 orang termasuk anak kapal.

No comments:

Post a Comment

Close