Sunday 31 August 2014

Aksi Berahi, Pelajar Sekolah ‘Beromen’ Di Parkir Kereta Tanpa Segan Silu, Selamba Je...




Aksi tak senonoh sepasang remaja di parkir kereta kini tersebar luas di Singapura apabila gambar mereka dikirim ke laman web Stomp.

Dalam gambar tersebut sepasang remaja dengan yang lelakinya masih memakai uniform sekolah kelihatan selamba bercengkerama di tengah-tengah parkir bertingkat dipercayai bahagian bumbung paling atas.

Pasangan ini dirakam berkucup dengan kaki dikepit pada satu sama lain.




Selain menunjukkan masalah moral, orang ramai yang mengulas menyifatkan remaja ini tidak mempunyai rasa malu langsung memandangkan mereka melakukan perbuatan tersebut di tempat terbuka.

Bagaimana pun ini bukan kali pertama remaja Singapura dirakam melakukan hubungan intim di tempat awam.

Mei lalu, satu pasangan remaja turut ‘kantoi’ melakukan hubungan seks di bumbung Politeknik Ngee Ann (Ngee Ann Poly).

Gila Selfie.. Jururawat Ditetak Sempat Berselfie Walaupun Menanggung Kesakitan!




MARRAKECH, Maghribi – Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima rawatan, lapor MailOnline kelmarin.

Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.

Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.

“Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.


“Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat saya,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya. – Agensi

Lisa Surihani Dah Pernah Mengalami Hamil Tapi Keguguran Di Awal-Awal?



SELEPAS hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, pastinya pasangan selebriti terkenal, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim mengimpikan kehadiran si kecil dalam menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Namun, sehingga kini mereka belum lagi dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata malah Lisa juga pernah meminta peminatnya di luar sana mendoakannya berhubung perkara tersebut.

Baru-baru ini menerusi sebuah kolum gosip dalam akhbar tempatan, menyatakan yang Lisa sebenarnya sudah pernah hamil namun mengalami keguguran.

Tak diketahui pula bila sebenarnya Lisa mengandung kerana si cantik manis ini tidak pernah pula mengumumkan kehamilannya di mana-mana media mahupun di akaun media sosialnya.


Mungkin juga Lisa mahu menantikan bulan ketiga kehamilannya dan baru nak umumkan tentang berita gembira tersebut, namun tak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.

Tak mengapalah Lisa, mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, yang penting Lisa dan Yusry jangan terus berhenti daripada mencuba, mana tahu lepas-lepas ni ada rezeki lagi. Kita pun janganlah terlalu menekan pasangan ini bila nak ada anak, kerana perkara sebegini bukannya boleh dijawab oleh kita, kerana soal rezeki anak, jodoh, ajal dan maut, semuanya terletak di tangan Allah SWT.

Penyanyi Atilia Nikah Hari Ini, Akhiri Zaman Jandanya Dengan Kekasih Hati?



TAHNIAH diucapkan buat penyanyi bersuara merdu, Atilia Haron yang khabarnya sudah kembali bergelar isteri, hari ini apabila selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Adam.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan Atilia menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi dengan memuat naik gambar pelamin untuk majlis bahagianya itu.

Menurut Atilia lagi, majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekatnya sahaja bagi meraikan pasangan raja sehari itu.

Sebelum ini, Atilia, 40, pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Jalil namun disahkan bercerai pada 2009 selepas 10 tahun berkongsi hidup.
Tahniah buat Atilia dan pasangan, semoga ikatan yang dibina akan berkekalan sehingga ke Jannah!

Bayi Merdeka Akhiri Penantian Selama 6 tahun Berkahwin Baru Dapat?


KUALA LUMPUR – Tanggal keramat ketika negara menyambut ulang tahun ke-57 kemerdekaan turut menjadi hari bersejarah buat Ida Fikriah Ismail, 36, yang selamat melahirkan bayi sulung selepas enam tahun berkahwin.

Ida Fikriah berkata beliau dan suami, Mohd Zamzuri Khoshim, 37, amat gembira dengan kehadiran bayi lelaki seberat 2.90 kilogram itu pada 9.46 pagi tadi selain bersyukur kelahiran secara normal itu dipermudah.

“Saya berasa teruja dan gembira tidak terkata, setelah bertahun kami menanti kehadiran seorang anak, akhirnya doa kami untuk memiliki zuriat dimakbulkan,” katanya kepada Bernama di KPJ Ampang Puteri.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam KPJ Ampang Puteri Roslin Amran berkata dua lagi bayi perempuan dilahirkan di hospital berkenaan setakat tengah hari ini dengan kelahiran pertama pada 7.08 pagi.


Sejumlah 52 bayi merdeka iaitu 21 perempuan dan 31 lelaki dilahirkan di enam hospital kerajaan serta swasta sekitar Lembah Klang bermula selepas detik 12 tengah malam tadi hingga 2 petang ini.

Bayi merdeka pertama ialah bayi lelaki yang dilahirkan tepat pukul 12 tengah malam tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Bayi seberat 3.08 kilogram itu antara 18 kelahiran yang direkod di hospital berkenaan, yang turut mencatat kelahiran paling tinggi.

Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula, sejumlah tiga bayi dilahirkan, kesemuanya lelaki, dengan kelahiran pertama pada 7.20 pagi.

Sementara itu, Hospital Ampang mencatat 15 kelahiran iaitu 11 perempuan dan empat lelaki dengan bayi pertama dilahirkan pada 12.28 pagi.

Di Hospital Selayang, sejumlah 12 bayi dilahirkan iaitu 10 lelaki dan dua perempuan manakala KPJ Tawakkal Specialist Hospital merekodkan kelahiran seorang bayi perempuan.

TERENGGANU pula merekodkan kelahiran 19 bayi di empat hospital kerajaan iaitu sembilan lelaki dan 10 perempuan setakat pukul 12 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata daripada jumlah itu, lapan bayi lelaki dan lima perempuan dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Beliau berkata Hospital Kemaman merekodkan empat kelahiran bayi diikuti Hospital Dungun dan Besut masing-masing dengan satu kelahiran.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi bayi merdeka di HSNZ.

Bagi Sharah Salleh, 34, tiada perkataan yang mampu diungkap bagi menggambarkan kegembiraan beliau dan suaminya apabila kelahiran anak ketiga mereka berkongsi tarikh keramat sambutan kemerdekaan negara.

“Saya dijangka bersalin pada 8 Sept ini, dan saya tak sangka akan melahirkan anak lebih awal dari tempoh yang dijangkakan, dan saya turut berbangga anak saya dilahirkan sebagai anak merdeka,” katanya ketika ditemui di wad bersalin HSNZ.

Di KOTA BAHARU, sambutan ulang tahun ke-57 kemerdekaan negara begitu bermakna buat Makalsom Hamad, 31, yang melahirkan bayi kembar di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh kerana sebelum ini daripada imbasan yang dibuat, beliau dimaklumkan hanya mengandungkan seorang bayi.

“Ketika selamat melahirkan bayi pertama pada pukul 1.29 tengah hari tadi, seorang jururawat memberitahu saya bahawa ada seorang lagi bayi dalam kandungan saya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata kedua-dua bayi lelakinya selamat dilahirkan secara normal dengan berat masing-masing 1.8 kilogram dan bayi dalam keadaan sihat walaupun dilahirkan dalam tempoh 35 minggu.

Suaminya, Azam Yusof, 37, guru penasihat di sebuah pondok, berkata mereka merancang membeli kelengkapan bayi hari ini kerana tidak menyangka Makalsom akan bersalin awal.

“Ketika dalam perjalanan dari rumah di Jeram Pasu ke pekan Pasir Puteh, isteri mengadu sakit perut lalu saya terus menghantarnya ke hospital,” katanya sambil menambah akan memilih nama yang mempunyai kaitan dengan kemerdekaan untuk anak kembar mereka. – BERNAMA

Ada Pihak Cuba Dapatkan Sokongan Mahu Sabah Keluar Malaysia – TPM ?



Usaha pihak tertentu mendapatkan sokongan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia sebagai satu hasutan kerana bertentangan dengan Perlembagaan negeri dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang kini berada di Sabah berkata hasutan tersebut tidak boleh dibiarkan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka.

“Perbuatan ini boleh menjejaskan semangat kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri, selain mengancam perpaduan sedia ada.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya ketika merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang, Sabtu.


Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Sipitang yang juga Pengerusi Penganjur GATA Sipitang 2014, Datuk Sapawi Ahmad.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pernah meluahkan kekesalan yang sama berkaitan hasutan menggunakan media sosial bertujuan membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Menurutnya, perbuatan membuat kenyataan yang mempunyai elemen berbau hasutan sedemikian amat berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara serta perlu dibanteras segera sebelum menjadi lebih serius.

“Sejak kebelakangan ini, saya dapati banyak ‘posting’ di
Facebook yang agak keterlaluan, yang boleh dianggap sebagai kegiatan subversif atau melanggar Akta Hasutan, terutama yang ada kaitan dengan perbuatan membakar semangat atau mengajak rakyat untuk mengeluarkan Sabah daripada Malaysia atau Persekutuan.

“Kita kena ingat bahawa sejarah sudah terpahat bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan kita terdahulu dan saya kira tidak betul dan tidak harus ia dirungkai semula sehingga menyebabkan kita berpecah,” katanya.

Abdul Rahman berkata masa depan Sabah ialah dalam Malaysia dan pihak yang mempunyai masalah harus mennyelesaikannya mengikut saluran undang-undang, bukan memilih jalan menghasut rakyat kerana tindakan sedemikian tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Beliau berkata semua pihak harus menerima hakikat majoriti rakyat Sabah masih menyokong BN untuk menerajui kerajaan dan menganggap mereka yang cuba mengeruhkan suasana aman yang dinikmati penduduk Malaysia berbilang kaum, etnik dan agama di negeri ini adalah mereka yang kecewa dalam pilihan raya.

Katanya, pihak yang memilih untuk berbuat demikian adalah tidak rasional serta kurang bijak mencari penyelesaian masalah sedangkan ruang perbincangan dan rundingan sentiasa terbuka sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

INFO ISLAM- Hukum Bagi Mengeluarkan Air Mani Di Luar Rahim ?



Soalan : Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?.

Jawapan:

Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:

ÙƒُÙ†َّا Ù†َعْزِÙ„ُ عَÙ„َÙ‰ عَÙ‡ْدِ النَّبِÙŠِّ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ ÙˆَالْÙ‚ُرْآنُ ÙŠَÙ†ْزِÙ„ُ


“Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksud Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran.

Maka dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan.

Sama dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan mengandung.

Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini.

Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini mungkin kerana dia tidak dapat mengawal pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.

Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (climax), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri.

Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama.

Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya.

Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).

Di samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah.

Jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesibukan maka ia diizinkan. Namun jika digunakan pencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan oleh para ulama.

Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan

Petikan: http://acaiputra.blogspot.com

Hai Cik Adik Ni Bagi Isyarat Apa? Nak Gaduh Tau Nak Ehem....



Rasanya pada zaman sekarang semua orang dah maklum apa maksudnya bila jari tengah ditunjuk.

Tak kisahlah jika merujuknya sebagai isyarat lucah atau mahu cari gaduh, ia sangat tak sesuai dilakukan terutama oleh seorang perempuan cantik berbangsa Melayu beragama Islam.

Sudahlah cantik berbangsa Melayu beragama Islam, cik adik manis bertudung litup ini lengkap pula memakai uniform siap tag nama. Lagilah tak sesuai. Seperti biasa isu gambar begini bermula daripada niat mahu bersuka-suka sahaja tapi lain kali ingat molek, ia sedikit sebanyak mampu memberi cerminan kurang baik pada imej anda sebagai wanita terutama jika ditunjuk pada bakal mentua.

Permainan Video Kanak-Kanak Yang Paling Memeranjatkan Dan Menghairahkan?



Antara tujuan sesuatu permainan dicipta adalah untuk merangsang daya imiginasi dan pemikiran positif kanak-kanak.

Barang-barang permainan sebenarnya boleh membawa kesan yang besar ke atas sikap dan tingkah laku kanak-kanak dalam proses pembesaran mereka.

Sebab itu sesetengah syarikat permainan mengunakan pakar psikologi kanak-kanak untuk tampil dengan permainan yang bukan sahaja menarik tetapi membantu membentuk personaliti kelompok berkenaan.

Namun, dalam ribuan permainan yang dicipta, ada juga yang terlepas pandang prinsip penting yakni permainan harus merangsang pemikiran yang positif dan bukan sebaliknya.


Dalam klip di bawah, dihimpunkan beberapa ciptaan permainan yang mampu merangsang pemikiran kanak-kanak tetapi ke arah yang tidak sepatutnya.

Ada sesetengah rekaan lebih terarah kepada permainan seks orang dewasa berbanding sesuatu yang sepatutnya mengembirakan kanak-kanak. Malah, ada permainan yang mampu menyebabkan kematian… sampai begitu sekali tahap kejahilan syarikat yang mereka dan memasarkan produk berkenaan.

Saturday 30 August 2014

Ni Makan Dia! Ubat Bagi Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik Yang Dicurinya...



Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya.

Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat.

Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung.

Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut.






Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar.



Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras.

Fikir-fikir semula rasanya hukuman ini jauh lebih baik daripada cara rakyat Malaysia yang suka membelasah pencuri setiap kali berjaya ditangkap, betul tak? -

Dajjal.. Hina Islam Dengan Najis & Darah Haid: Ini Gadis Ke Atau Syaitan Manusia Yang Bertopengkan Syaitan?



Aktivis dan feminis Mesir, Aliaa Magda Elhamda, 23, bertindak sangat biadap semata-mata bagi menunjukkan kebencian terhadap Islam yang digambarkannya menyokong keganasan, rasis dan hipokrasi.

Menerusi laman sosial Aliaa memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang besar dan memandang belakang sambil menunjukkan jari tengah. Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid.

Najis dan darah mereka dilumur pada bendera kumpulan gerakan penentang di Iraq, ISIS yang tertulis kalimah Allah. Justeru mana-mana umat Islam yang melihat gambar ini pasti berasa sakit hati.

Sesungguhnya ini bukan soal sama ada kita menyokong perjuangan ISIS atau tidak tetapi perlakuan Aliaa telah menghina agama Islam secara umum.


Begitu pun kebanyakan media cetak Arab dikatakan tidak melayan kegilaan Aliaa ini kerana tak mahu mencetak artikel bersama gambarnya bagi menjaga kesucian kalimah suci yang terdapat pada bendera yang disabotaj.

Ini bukan kali pertama Aliaa bertindak melampaui batas. Pada 2011 dia mengepos gambar bogelnya di laman sosial bagi menunjukkan pendirian sama.

Tindakan itu mencetus kontroversi namun Aliaa tidak membalas kritikan diterimanya sementara pada masa sama terus aktif memperjuangkan hak sama rata wanita dan lelaki di Mesir. - REM RAMZI

Pengacara Yang Terkenal karakter lucunya, Anggap Rakyat Palestin Patut Mati Kini Koma Akibat?





BAGI peminat program ‘Fashion Police’ di saluran E!, nama Joan Rivers tidak perlu lagi diperkenalkan.

Selama ini ramai yang senang dengan karakter lucunya, namun kenyataan biadapnya mengenai pergolakan di Palestin awal bulan lalu nyata memakan diri.

Menyifatkan rakyat Palestin patut mati kerana dianggapnya memulakan perang, dia mendapat kritikan yang cukup hebat daripada pihak yang menyokong perjuangan Palestin.

Ia sekaligus mencalar reputasi yang dibinanya selama ini.




Beberapa hari lalu, Rivers terpaksa dikejarkan ke hospital akibat masalah pernafasan.

Malangnya, semasa menjalani pembedahan tekak, dia tiba-tiba berhenti bernafas, namun berjaya distabilkan oleh pasukan perubatan.

Rivers kini dalam keadaan koma dan belum sedarkan diri.

Ramai yang mengaitkan kejadian yang menimpanya itu sebagai balasan akibat kelancangan mulutnya sebelum ini.

Wallahu a’lam…
 

Alyah Guna Gambar Bersama Datuk Ramli MS Di WhatsApp???



SETUJUKAH anda jika kami katakan penyanyi Alyah sebenarnya tidak mahu lagi menyembunyikan statusnya sebagai isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ramli MS?

(BACA: Datuk Ramli MS Dan Alyah Sudah Nikah Lebih Setahun!)

Kalau dinilai kenyataan demi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh kedua-duanya sebelum ini, dia dilihat tidak menafikan gosip yang melanda dirinya pada ketika itu dan kerap meminta agar media bertanyakan kepada ‘pihak sebelah’ sana.

Berbeza dengan Ramli yang secara terang-terangan membuat penafian mengenai status mereka sehinggalah episod ‘lawatan’ Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke kediamannya baru-baru, ini.


Tidak lama selepas itu, Alyah telah menggunakan foto dirinya bersama Ramli sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp, memetik laporan Berita Harian.

Lebih menarik, dia turut mengemaskini statusnya yang berbunyi: ‘Aku gantungkan semua kepadamu’.

Ia seolah-olah luahan perasaannya kepada Ramli yang mungkin menggambarkan harapannya supaya suaminya itu berterus-terang mengenai perkahwinan mereka.

Apapun, kita tunggu sahaja perkembangan lanjut mengenai pasangan ini yang bakal menyerahkan dokumen pernikahan mereka ke pejabat JAIS pada Selasa depan.



Oleh: ELZA

Tukang Urut Indon Bila Dah Kena tangkap Khalwat Terus Minta Tinggal Di Malaysia? Ehhh... Senangnya



Tarikh 8 Disember, 2011, merupakan hari bertugas seperti biasa buat Halimah, seorang tukang urut di pusat urutan herba tradisional di George Town, Pulau Pinang.

Sehinggalah wanita warga Indonesia itu didatangi pegawai dari jabatan agama yang menahannya di tempat kerjanya kerana didakwa berkhalwat, satu kesalahan di bawah undang-undang syariah.

Sejak itu, kehidupan wanita Katolik berusia 42 tahun itu berubah dan dihantui sistem perundangan selama dua tahun lapan bulan.

“Saya tidak pernah begitu takut sehingga didatangi pegawai agama. Rasa macam jantung saya berhenti. Mereka menahan saya.


“Mereka kata semuanya akan jadi baik kalau saya kata saya orang Islam. Saya takut dan keliru. Mereka gari dan bawa saya pergi,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di tempat kerjanya.

Halimah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan disoal siasat, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.

Halimah didakwa pada 2 Mei, 2012 dan mengaku salah atas kesalahan khalwat. Dia dipenjara 14 hari dan didenda RM3,000.

“Kemudian baru saya sedar betapa bodohnya saya, susah bila saya buta huruf. Saya tidak faham apa yang berlaku. Saya tidak faham pendakwaan ke atas saya.

“Saya tidak tahu apa hendak buat. Saya tidak ada peguam ketika itu. Saya terlalu gementar, takut. Saya fikir jika saya mengaku bersalah masalah akan selesai,” katanya.

Halimah dan majikannya, Datin Josephine Ong, kemudian mendapatkan khidmat guaman mengetepikan pendakwaan itu apabila menyedari Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa terhadap orang bukan Islam.

Mereka mencabar keputusan Mahkamah Syariah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi serta mendapatkan bantuan Konsulat Indonesia di Pulau Pinang. Pihak peguambela berjaya mendapatkan dokumen membuktikan Halimah beragama Kristian, termasuk dokumen pembaptisannya.

Konsul Jeneral Ronald P Manik juga menulis kepada Ketua Hakim Syariah berhubung kes itu.

Selepas sekian lama, Halimah diberikan hak perbicaraan semula apabila Mahkamah Rayuan Syariah mengenepikan keputusan mahkamah rendah dan mahkamah tinggi.

Selasa lepas merupakan tarikh perbicaraan semula, namun sebelum Halimah mengaku tidak bersalah, pihak pendakwaan menggugurkan kes itu dan dia dibebaskan.

“Saya sangat bersyukur ia berakhir, terima kasih semua. Sangat rasa sangat sukar apabila kes itu masih bermain-main di fikiran saya.

“Setiap kali dimaklumkan untuk hadir di mahkamah, saya hilang selera makan. Saya tidak boleh tidur.”

Ibu kepada empat cahaya mata dari Bandung, Indonesia itu mempunyai anak lingkungan 17 tahun hingga 28 tahun dan tidak pernah memaklumkan kepada keluarganya berkenaan kes khalwat itu kerana enggan mereka bimbang akan dirinya.

“Saya mungkin akan ceritakan kepada mereka bagaimana keadaannya bekerja di Malaysia tapi tidak mengenai perkara ini. Mereka risaukan saya. Mereka risau kesihatan saya.

“Apa akan jadi kalau saya beritahu dan mereka melarang saya bekerja di sini? Siapa akan sara keluarga saya?”

Meskipun mengalami insiden sedemikian, Halimah masih bercadang untuk terus tinggal di negara ini.

“Selagi saya sihat, saya akan bekerja di sini kerana keluarga saya memerlukan wang. Bekerja di Malaysia okay,” katanya.

Halimah bekerja di Malaysia selama enam tahun, lima tahun daripadanya dia bekerja dengan Ong.

Setiap bulan, dia menghantar RM1,000 kepada keluarganya. Wang itu bagi menyara ibunya, 73, dua anak perempuannya yang sudah berkahwin, anak perempuan berusia 17 tahun dan cucunya yang berumur 10 tahun.

“Seluruh keluarga saya tinggal di kampung jauh dari bandar. Peluang pekerjaan sangat sedikit. Anak perempuan saya duduk di rumah menjaga ibu saya yang sakit, adik perempuannya dan cucu saya.”

Halimah membesar dalam kemiskinan dan disebabkan begitu miskin, ibu bapanya tidak mampu menghantar anak tunggal mereka itu ke sekolah.

“Saya datang ke Malaysia demi anak-anak. Saya tidak pernah meninggalkan kampung semasa muda. Tetapi kawan-kawa saya bercerita tentang bekerja di sini. Pada mulanya saya enggan kerana takut. Namun keadaan memaksa saya meninggalkan Indonesia.

“Saya bekerja di sawah padi semasa di Indonesia dan menerima RM5 sehari sebagai upah. Ketika musim menuai tamat, saya menjadi buruh. Ketika tiada kerja kami kelaparan,” katanya, sambil menambah keluarganya tidak mampu membeli ikan dan daging.

“Kadang-kadang kami makan ikan masin. Jika tidak, nasi campur telur dan tepung. Itu makanan anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka terus dengan kehidupan sebegitu, jadi saya bekerja di sini.”

Halimah bagaimanapun enggan bercakap mengenai suaminya.

“Saya tidak mahu cakap (tentang suami). Sakit hati.”

Selesai sahaja kes itu, dia kini boleh pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan keluarga, namun dia berkata perlu mengumpul wang untuk pulang pada tahun hadapan.

“Saya hanya pulang ke kampung dua kali sejak bekerja di sini. Kali terakhir empat tahun lalu. Saya mahu melihat ibu saya. Saya rindukan anak-anak saya dan ingin melihat cucu saya membesar.”

Ong berkata dia gembira kerana Halimah sudah bebas namun insiden berkenaan meninggalkan trauma buatnya.

“Sewaktu pegawai-pegawai itu memasuki premis dan menaiki tangga mencari Halimah, bunyinya seperti kuda berlari ke dalam kedai.

“Kami hanya mampu melihat. Menakutkan. Ia pengalaman buruk buat kami,” kata Ong yang membayar semua yuran guaman Halimah.

Ketika Halimah dibicarakan, mereka tidak tahu apa-apa berkaitan undang-undang syariah atau samada Halimah perlukan seorang Islam bagi menjaminnya.

“Tapi sekarang saya tahu satu dua perkara tentang mahkamah syariah,” kata Ong, dan menambah, mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam veteran Cecil Rajendran, yang turut menjadi pemerhati untuk Majlis Peguam dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia.

Menjalankan perniagaan pusat urut tradisional selama 10 tahun menyebabkan Ong mengerti premisnya berisiko diserbu pihak berkuasa bila-bila masa.

Disebabkan itu, Ong berkata, dia hanya menggaji pekerja bukan Islam di premisnya daripada Indonesia, Thailand dan China.

“Kami sedar. Kami memastikan kakitangan tidak terlibat dengan perkara bukan-bukan. Kami pun tidak mahu masalah,” katanya.

Cecil berkata, kes Halimah menjadi pengajaran kepada orang Islam dan bukan Islam.

Meskipun mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap bukan Islam, tiada pembelaan disediakan bagi mereka yang ditahan dan didakwa secara salah di mahkamah syariah.

“Apabila bukan Islam terperangkap dalam kes di mahkamah syariah, dia tidak mempunyai akses kepada peguam bukan Islam atau penjamin bukan Islam.”

Cecil berkata, mahkamah syariah boleh sewenang-wenangnya melanggar undang-undangnya sendiri dan tiada siapa boleh mempertikaikannya kerana akan dianggap subjudis.

Tambahnya lagi, meskipun ada bukti kukuh, hak wanita, pekerja asing dan agama minoriti tertindas dalam kes “pendakwaan meragukan” ke atas Halimah.

“Apa yang berlaku kepada Halimah boleh berlaku kepada mana-mana bukan Islam di Malaysia. Pembebasan Halimah bukan disebabkan undang-undang atau proses perundangan tetapi disebabkan campur tangan konsulat Indonesia.

“Jika Halimah tidak mempunyai majikan yang menyokongnya, dia akan berada di penjara untuk kesalahan yang tidak dilakukannya,” katanya.

“Memandangkan pendakwa tidak menunjukkan bekas kasihan atau menyesal, kami sekarang sedang melihat bagaimana mengelakkan tragedi serupa berulang. Kami mungkin akan memfailkan saman terhadap pihak berkuasa kerana membuat pendakwaan dengan niat jahat.” – The Malaysian Insider

Friday 29 August 2014

Insan Yang Fikir Mana Baik Dan Buruknya... Hiasan Kereta Sorong Plak Dijadikan ‘Tong Sampah’… Apa Nak Jadile?




ASALNYA, kereta sorong ini dijadikan hiasan untuk lukisan mural anak orang utan di Lebuh India, Jalan Power, Kuching.

Ia merupakan antara hasil tangan pelukis jalanan terkenal dunia, Ernest Zacharevic dan menjadi tarikan ramai pelancong untuk bergambar.



Namun, sikap sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ia sebagai ‘tong sampah’, sekaligus mencalarkan imej bandaraya itu.

Menerusi laporan Utusan Borneo, kamera pengawasan (CCTV) di kawasan itu jelas menunjukkan tindakan orang ramai membuang sampah ke dalam kereta sorong tersebut.



Menurut Datuk Bandaraya, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, orang ramai sepatutnya lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam aspek kebersihan.

“Kita harus menanam perasaan cintakan bandar sekali gus menjadikan bandar raya Kuching sebagai bandar yang cantik, bersih dan selamat,” katanya.

Mungkin selepas ini, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) perlu meletakkan papan tanda amaran yang menunjukkan perbuatan mereka sedang diawasi menerusi CCTV.

Bayangkan apa perasaan pelancong apabila terpaksa bergambar dengan sampah-sarap…jijik bukan?

Oleh: ELZA

Biar Betul? Wanita Belah Perut, Curi Bayi Di Mexico ?



Mexico City – Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya.

Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil.

Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.

Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi.

“Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.

“Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.

MARIA mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa.

“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya.

“Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati.

“Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya tetapi dia mati,” kata Maria.

Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yang dia tidak hamil.

“Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.

“Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya,” kata Maria.

Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya.

Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya. – Agensi

Kini Van Putih Kembali Menganas??? Penang 2 Murid Tahun Diculik ?



GEORGETOWN – Dua murid perempuan Tahun Tiga mendakwa diculik di hadapan sekolah mereka di Batu Lanchang di sini semalam.

Jurucakap polis berkata murid berkenaan mendakwa mulut mereka ditekup dengan kain oleh dua lelaki sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah van berwarna putih dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari.

“Bagaimanapun ketika van itu berhenti di sebuah bank di Jalan Masjid Negeri, mangsa mengigit tangan suspek dan dapat meloloskan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, ketika melarikan diri murid berkenaan terserempak dengan ibu rakan sekolah mereka yang kemudiannya menghantar mereka ke sekolah semula.


Beliau berkata ibu kepada seorang murid itu yang juga guru di sekolah berkenaan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Abdul Rahman Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu petang semalam.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada saksi melihat kejadian itu dan kes itu sedang disiasat. – BERNAMA

Artis.. Gurauan Makanan Mengenai Cacing Mi Mamak Pun Jadi Isu?



KADANG-KADANG kami rasa segelintir orang kita terlalu mengambil ‘serius’ akan gurauan yang dibuat oleh selebriti.

Salah satunya mengenai gambar cacing yang dimuatnaik oleh pengacara dan pelakon, Awal Ashaari menerusi akaun Instagramnya dengan ‘caption’:


“Petang petang ni pekena Mee mamak mcm best kan? #rbc #awalatwork.”




Dek kerana itu, ada pengikutnya menyelar tindakan Awal ‘menyamakan’ cacing dengan makanan.

Ada pula pihak yang mengatakan gambar itu menyebabkan mereka mungkin tidak akan memesan mi goreng mamak lagi.

Amboi, sampai begitu sekali penangan gurauan tersebut! Bertenanglah ya…

Jururawat Buat Hal Lagile....selfie sambil Pegang Benda Alas Tu?



Tak faham mengapalah sesetengah orang terutama kaum hawa tak mahu ambil pengajaran agar tidak bergambar dengan objek yang boleh mencetuskan kontroversi.

BACA: Bodoh.. Dah Tak Ada Benda Lain Nak Dibuat Main?

Kot ye pun kerja anda membuatkan objek berkaitan seks jadi mainan saja tak payahlah bergambar dengan benda alah itu sambil tersenyum simpul kot.

Ini boleh memberikan isyarat kepada kaum Adam yang dilahirkan dengan deria sensitif di luar sana untuk membayangkan perkara bukan-bukan.


Sebagai contoh cik juru rawat terlampau dalam gambar di atas, apa ke motifnya nak selfie sambil tersengih dengan objek menyerupai kemaluan lelaki tu agaknya? Kami faham niat anda asalnya tentu sekadar untuk suka-suka je tapi.. eh tak ada benda lain dah dalam dunia ni nak diajak selfie?

Hai Marah Betul Awek Ni Bila Dikata Tak Sayang Awek? Melenting Terus Dia?



Adatlah, budak sekolah bila dah mula merasa alam percintaan maka sikap caring mereka memang lain macam sikit.

Contohnya teman lelaki kepada seorang pelajar perempuan sekolah menengah ini bukan main lagi tunjuk garang pada orang yang mengacau aweknya.

Siap beri amaran di
Facebook lagi kepada pihak yang mengata dia tak sayang aweknya tu.

Selain amaran, ditinggalkan profil Facebook dirinya dan sekolah tempat dia belajar kot-kot nak jumpa depan-depan.


Kepada adik-adik yang masih di bangku sekolah, janganlah jadi hamba cinta sampai nak ambil kisah benda tak penting buat masa sekarang boleh tak?

Silap hari bulan tak fasal-fasal tidur balai macam kes ini >> Polis Tahan Remaja Pailang Pukul Budak Di Muar. Habiskan SPM tu dulu sebab dibuatnya kandas nanti masa tu awek ke mana.. awak ke mana..

Panas Berang, Rita Rudaini ‘Mengamuk’ Dengan Staf Taska Yang Biadap !




JIKA sebelum ini, pelakon Rita Rudaini pernah ‘mengamuk’ kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan jalur lebar oleh TM Unifi, kali ini dia memuatnaik satu lagi ‘aduan’ di akaun Instagramnya, semalam.

Bezanya, rasa tidak puas hatinya itu ditujukan kepada salah seorang staf di sebuah taska di Kota Damansara.

Katanya:

“Baru kol #realkidskotadamansara utk saje2 nk servey..yg angkat fon nya MELAYU..SO RUDE!!! Ckp m nak xnak n bila kita kata ‘sori,i xdgr..dia jwb ‘o xdgr ek? (Nada perli n kasar) ..MCM MANA LAA DORG NI NK JAGA ANK2 KITA KT SEK EK?? NTAH2 DI TENGKING NYA ANK2 KITA..budak2 kn perangai mcm2..kita yg kol ckp elok2 pon dia jwb dgn kasar n xde adab..TERUS PANGKAH XXXX!!! Takut nk antar ank kt situ..xtau la di layan ank kita mcm mana..klau ikut hati mmg nk letak je nama PPN MELAYU ni kt sini!”




Ia secara tidak langsung mengundang pelbagai komen daripada para pengikutnya.

Rata-rata mereka memberi cadangan taska lain yang boleh dipilih oleh Rita untuk menghantar anak-anaknya.

Bagi kami, mungkin staf tersebut sahaja yang bermasalah, namun ia secara tidak langsung memberi gambaran yang tidak baik kepada taska tersebut.

Jika TM Unifi memberi respon tidak sampai 24 jam kepada Rita, adakah taska ini juga akan berbuat demikian bagi membersihkan nama mereka?

Selepas 9 Tahun ‘Couple’, Brad Pitt & Angelina Akhirnya Berkahwin



AKHIRNYA, selepas sembilan tahun bercinta tanpa ikatan rasmi, pasangan pelakon Brad Pitt, 50, dan Angelina Jolie, 39, disahkan sudah berkahwin pada Sabtu lalu.

Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah estet milik mereka iaitu Chateau Miraval, Perancis.



Pitt dan Jolie mula menjalinkan hubungan pada tahun 2005 selepas digandingkan bersama menerusi filem ‘Mr & Mrs Smith’.


Pasangan itu juga merupakan ibu dan bapa kepada enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, serta kembar Vivienne dan Knox, 6.

Sebelum ini, Daily Mail pernah melaporkan kelibat keluarga itu dilihat di Perancis pada Jumaat lalu, namun tidak dapat menghidu majlis yang akan berlangsung pada keesokan harinya.

Apapun, kami harap tempoh perkahwinan ini kekal lebih lama daripada tempoh bercinta.

Kalau boleh, biarlah selama-lamanya ya…





Oleh: ELZA

Thursday 28 August 2014

Lelaki Bujang Dikehendaki? Pekan Yang Terdiri Dari Wanita Merayu Kehadiran Para Lelaki Bujang Memenuhi Kesunyian?




BRASILIA – Pekan Noiva do Cordeiro di sini yang hanya didiami oleh kaum wanita kini merayu mana-mana lelaki bujang untuk mengunjungi pekan itu bagi menghilangkan kesunyian terutama golongan wanita yang masih bujang, lapor Metro.co.uk kelmarin.

Pekan yang terletak di tenggara Brazil itu didiami kira-kira 600 penduduk wanita dan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita cantik yang masih muda.

Suami kepada wanita di pekan itu hanya boleh mengunjungi mereka pada setiap hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun pula akan dihantar ke tempat lain.

Keadaan tersebut menyebabkan ramai wanita yang masih muda dan belum berkahwin sukar mencari jodoh sehingga menyebabkan mereka berasa tertekan.


Seorang penduduk, Nelma Fernandes, 23, berkata, dia berasa tertekan kerana sudah bertahun-tahun tidak bermesra dengan lelaki.

“Kami juga mengimpikan untuk jatuh cinta dan berkahwin tetapi tidak mahu meninggalkan bandar ini untuk mencari lelaki,” katanya. – Agensi

Panas - Ayda Jebat Punca Zul Dan Kekasih Kini Dalam Dilema?

Gandingan Ayda Jebat dan Zul Ariffin dalam drama bersiri Rindu Awak 200 Peratus ternyata menimbulkan fenomenanya yang tersendiri di mana peminat-peminat mula mengandingkan mereka berdua bercinta di luar drama.

Namun, seperti yang diketahui Zul kini sedang bercinta dengan penerbit rumah produksi Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai.

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan Ayda merupakan punca kepada perbalahan di antara Zul dan kekasihnya, Ayda menjelaskan dia langsung tak ambil tahu mengenai hal peribadi Zul.

Semua kemesraan yang ditunjukkannya dengan Zul hanyalah merupakan salah satu daripada cara mempromosikan drama tersebut kepada penonton.


“Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul, sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan.

“Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain,” ujarnya dipetik Sinar Harian.

Kesian Gaya, pasti serba sedikit tentu terasa hati apabila ramai pihak sibuk-sibuk nak gandingkan kekasih hatinya dengan wanita lain.

Kadang-kadang peminat ni pun terlalu dibuai fantasi novel dan drama bersiri sehingga tak boleh berfikir yang Zul dan Ayda hanya berlakon bercinta, bukannya betul-betul bercinta di luar drama. Tak gitu?



Oleh: AUDREY LEE

Mimi (ONE) Kini Bakal Berkahwin Dengan Pensyarah?



LAMA juga kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi, 27.

Tup-tup menerusi Murai.com, dia dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun hadapan.

Bukan calang-calang juga bakal suaminya, seorang pensyarah di sebuah universiti swasta gitu…

Menurut Mimi, mereka sudah kenal antara satu sama lain sejak berusia 13 tahun lagi dan mula rapat sejak beberapa tahun lalu.


Mengakui jejaka itu seorang yang tegas, penyanyi itu yakin bakal suaminya itu dapat menjadi pasangan terbaik dalam hidupnya kelak.

Apapun, tahniah kami ucapkan dan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar nanti…

Oleh: ELZA

Servis Terbaik Punya, Mandi Berahi ‘Main Buih Dan Seks’ Di Rumah Urut?



Di rumah anda pasti tidak ada sebuah bilik mandi dilengkapi dengan tilam getah dan dipasang televisyen berskrin rata LCD di bahagian atas.

Itulah keadaan sebuah bilik mandi di dalam sebuah pusat urut yang terdapat di Danau Desa di Seputeh, Kuala Lumpur.

Rekaan bilik mandi itu memang mencurigakan dengan alat kelengkapan mandi yang boleh menghasilkan buih yang banyak berada di atas lantai ruang kecil berkenaan.

Bilik mandi itu ditemui pihak berkuasa dalam satu Operasi Bersepadu Membanteras Aktiviti Haram di sekitar Kuala Lumpur melibatkan enam kawasan Parlimen.


Ketika diserbu, pusat urut yang menempatkan bilik mandi berkenaan didapati berkunci dan gelap di bahagian luar bagaimanapun di bahagian dalam premis terasa penghawa dingin berfungsi dan lampu dinyalakan.

Pihak berkuasa dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kemudiannya terpaksa memecahkan pintu kaca ke premis itu menggunakan besi dan premis itu didapati sudah pun dikosongkan.

Selain DBKL, operasi berkenaan turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Daripada pemeriksaan, dipercayai penjaga premis dan tukang urut telah berjaya melarikan diri sebelum premis mereka diserbu.

Menurut pihak berkuasa, bilik mandi berkenaan digunakan pemilik premis berkenaan menyediakan perkhidmatan seks berserta mandi buih di atas tilam secara bogel di antara tukang urut dan pelanggan.

Tidak diketahui, kegunaan televisyen LCD berkenaan tetapi menurut pihak berkuasa, ia digunakan untuk menonton DVD dan mungkin juga menonton filem lucah.





Dalam operasi berkenaan, premis itu telah dikenalpasti tidak hanya menyediakan perkhidmatan urut tetapi merupakan sebuah pusat pelacuran.

Para pelanggan boleh pula melihat aksi mereka bersama tukang urut melalui dua cermin yang dipasang saling bertentangan betul-betul tinggi sedikit dari paras lantai.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati bilik-bilik kecil yang ada di dalam pusat urut itu kelihatan berselerak seperti baru sahaja ditinggalkan secara tergesa-gesa.

Pakaian dalam yang dilengkapi manik berkelipan turut kelihatan di dalam satu bilik di dalam pusat urut itu dipercayai untuk menambah keghairahan kepada pelanggan.



Pusat urut merupakan satu antara 127 buah pusat yang diserbu dalam operasi berkenaan yang melibatkan hampir 1,000 anggota bermula pukul 9 malam tadi hingga pukul 7 pagi ini. Selain pusat urut, pihak berkuasa turut menjalankan pemeriksaan kepada 177 buah kafe siber bagi membanteras aktiviti perjudian haram.

Budak Ajaib Terselamat Dari Kematian Walaupun Ditanam Hidup-Hidup?



India – Baru berusia tujuh tahun namun bagi budak perempuan ini, Tanu, dia sudah melalui pengalaman yang menakutkan.

Dia ditanam hidup-hidup di dalam ladang tebu, dipercayai oleh ibu saudaranya.

Namun nasib baik tangisan Tanu, yang ketika itu sedang menggorek tanah telah didengari oleh seorang lelaki, Alok Kumar, yang kemudiannya bergegas ke kawasan tersebut.

Menurut Alok, dia terkejut apabila mendapati seorang budak perempuan sedang menggali tanah untuk mencari jalan keluar.


Alok kemudiannya terus menggali tanah itu dan membawa budak tersebut ke balai polis.

Terdapat tanda-tanda kesan jerut di leher Tanu dan selepas sedar, dia memberitahu bahawa dia menetap di sebuah kampung bersama ibunya, Renu.

Tanu juga memaklumkan dia telah dibawa keluar oleh sepasang suami isteri yang juga ibu dan bapa saudaranya dan mereka kemudiannya cuba mencekiknya.

“Pasangan suami isteri itu membawa Tanu untuk menetap dengan mereka selama beberapa hari sebelum mencekik dan menanamnya di kawasan ladang tebu itu,’’ kata polis.

Siasatan polis di rumah Tanu juga mendapati ibunya sudah menghilangkan diri dan rumah mereka juga dikunci.

Pada masa sama, berita mengenai Tanu yang disiarkan melalui televisyen berjaya menemukan dia semula dengan neneknya, Rajrani yang menetap di Lucknow.

“Renu kembali ke rumah saya selepas beberapa bulan berkahwin dan menetap bersama kami. Namun sejak 15 hari lalu, Renu telah membawa Tanu keluar dari rumah ini tanpa memberitahu kami apa-apa pun,’’ kata Rajrani.

Polis kini sedang mengesan Renu.

Gambar - Budak Ular, Makan Ular, Tido Ular Di Indonesia?




Jakarta – Kebiasaan seorang budak lelaki yang hanya mahu ditemani ular ketika tidur mengejutkan ramai orang dan menjadikan rumah mereka di Malimongan, Makassar tumpuan ramai.

Bagi Dhiaz Ahmad Zidan, 2, teman paling disenangi untuk melelapkan mata ialah ular sawa seberat 40 kilogram yang dilayannya seperti patung mainan.

Selain itu, ada 28 ular lain yang menjadi haiwan peliharaan ibu bapanya, Fatimah, 36, dan Yudhi Pramono, 38.

Pada ketika lain Dhiaz menjadikan ular berkenaan sebagai peneman untuk bermain-main.


Kata Yudhi, setiap kali Dhiaz mahu tidur budak itu akan gelisah jika tiada ular menjadi peneman.

“Hanya selepas dia puas bermain dengan ular, barulah haiwan itu saya simpan di dalam sangkar,” katanya.

Jika tidak dilayan begitu, kata Yudhi, Dhiaz akan menangis.

Katanya, kebiasaan tidur ditemani ular mula terjadi sejak Dhiaz berusia 2 bulan.
“Kebiasaan itu menyebabkan jiran tetangga takut atau geli,” katanya.

Selain ular sawa Yudhi dan Fatimah turut membela beberapa ular jenis lain termasuk yang berbisa.

‘Teman’ paling akrab Dhiaz ialah ular sawa sepanjang 4.25 meter yang berusia 14 tahun.

Yudhi menjadikan ular ditemuinya di beberapa daerah di Indonesia sebagai koleksi.

Kata Yudhi hobi membela ular itu diwarisi daripada neneknya.

“Bagi kami, ular ini seperti sebahagian daripada keluarga,” katanya.- Agensi

GAMBAR: Masih Terselamat Panjang Umur Walaupun Kelihatan Kereta Dilenyek Dengan Teruk?



SEKALI lihat, memang kita akan menyangka pemandu dan penumpang yang berada dalam kereta itu sudah ‘Mati’.

Apa tidaknya, yang menghempap kereta tersebut ialah sebuah lori pembancuh simen yang bertan-tan beratnya.

Mujurlah umur kedua-dua wanita yang terlibat dalam kemalangan di Hangzhou, Wilayah Zhejiang di Timur China itu masih panjang.

Memetik laporan Asiantown, kejadian berlaku apabila kereta tersebut bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.


Pemandunya berjaya keluar daripada kereta yang remuk, namun penumpangnya tersepit dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Berikut merupakan beberapa gambar kemalangan tersebut:





Oleh: ELZA
Close