Sunday 31 August 2014

Lisa Surihani Dah Pernah Mengalami Hamil Tapi Keguguran Di Awal-Awal?



SELEPAS hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, pastinya pasangan selebriti terkenal, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim mengimpikan kehadiran si kecil dalam menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

Namun, sehingga kini mereka belum lagi dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata malah Lisa juga pernah meminta peminatnya di luar sana mendoakannya berhubung perkara tersebut.

Baru-baru ini menerusi sebuah kolum gosip dalam akhbar tempatan, menyatakan yang Lisa sebenarnya sudah pernah hamil namun mengalami keguguran.

Tak diketahui pula bila sebenarnya Lisa mengandung kerana si cantik manis ini tidak pernah pula mengumumkan kehamilannya di mana-mana media mahupun di akaun media sosialnya.


Mungkin juga Lisa mahu menantikan bulan ketiga kehamilannya dan baru nak umumkan tentang berita gembira tersebut, namun tak kesampaian apabila dia mengalami keguguran.

Tak mengapalah Lisa, mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, yang penting Lisa dan Yusry jangan terus berhenti daripada mencuba, mana tahu lepas-lepas ni ada rezeki lagi. Kita pun janganlah terlalu menekan pasangan ini bila nak ada anak, kerana perkara sebegini bukannya boleh dijawab oleh kita, kerana soal rezeki anak, jodoh, ajal dan maut, semuanya terletak di tangan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Close