Monday 18 August 2014

Mesti Tengok - Baru Batal Kahwin, Amyra Rosli Kini Sudah Ada Pengganti Dazrin ?




SEMUA orang sudah sedia maklum pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara pelakon Dazri Kamaruddin dan Amyra Rosli pada 8 Ogos lalu telah dibatalkan.

Biarpun Dazrin berkata ia sebenarnya ditunda kerana kesibukan kerja, ramai yang membuat andaian bahawa mereka sebenarnya sedang berhadapan dengan masalah dalam hubungan.

Terbaru, menerusi sebuah akhbar tempatan, ada gosip ‘nakal’ yang mengatakan Amyra sudah pun menemui pengganti Dazrin.

Eh, cepatnya?


Tapi, nama pun gosip. Kenalah tunggu tuan empunya badan memberi kenyataan rasmi.

Apapun, kalau sudah jodoh, pasti akan bersatu juga walaupun sudah berpisah. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Close