Tuesday 15 July 2014

JOM KETAHUI HARGA BARU Lesen Kereta Kelas D & Lesen Motor B2 Yang Dah Naik ?


Rasanya ramai sudah sedia maklum, harga lesen memandu untuk kereta (Kelas D) dan lesen motor (B2) sudah dinaikkan sejak 14 Julai 2014.

Kenaikan ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kini harga bagi lesen kereta Kelas D adalah RM2,000 berbanding harga asal, RM1,300.



Manakala harga bagi lesen motor Kelas B2 adalah RM1,050 sedangkan harga asal termasuk yuran lesen cuma RM600.

Boleh tahan banyak juga naiknya kan?


Nampak gaya adik-adik yang baru tamat sekolah dan nak ambil lesen tu kena pandai-pandailah buat kerja sambilan untuk kumpul duit jika nak dapatkan lesen memandu. Manakala bagi mereka yang selama ini melengah-lengahkan proses ambil lesen, anda boleh menangis menyesal sekarang.

No comments:

Post a Comment

Close