Thursday, 17 July 2014

Inilah Kapten Wan Amran Wan Hussin Bersama Anak-anaknya, Juruterbang MH17



KAPTEN pesawat MH17 Wan Amran Wan Hussin dipercayai terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine, semalam.

Gambar ini diambil daripada laman facebook keluarganya.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, pesawat yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia hari ini.

Menurut laporan itu, kesemua penumpang dan anak kapal itu dipercayai terbunuh.

Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Close