Monday, 21 July 2014

Sultan Tolak Khalid Menghadap Ekoran Surat Mengguris Hati ?



SURAT yang dikemukakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bukanlah sebagai memohon maaf atas kenyataannya yang lalu tetapi dilihat lebih mengguris hati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sehubungan itu permohonannya untuk menghadap Sultan Sharafuddin ditolak oleh baginda.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamd Bunir Bani bahawa surat tersebut bukanlah surat untuk memohon ampun atas tindakannya itu, sebaliknya adalah surat untuk memohon memberi penjelasan atas cadangannya itu yang telah mengguris hati baginda.

Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Abdul Khalid.

“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

“Titah tuanku kepada Abdul Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku,” katanya memetik laporan The Rakyat Post (TRP) pada Isnin.


Munir berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan maka sultan menolaknya.

Abdul Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.

Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Abdul Khalid sebagai biadab.

Mengenai tarikh pertemuan yang diminta Abdul Khalid untuk bertemu sultan, Mohamad Munir berkata, baginda terlalu sibuk untuk melayan permohanan Ahli PAS itu. -bnbbc.my

No comments:

Post a Comment

Close