Saturday, 26 July 2014

” Itu Beg Kakak Saya ” – Kata Adik Mangsa Nahas MH17 ?



Petra Jaya – “Itu beg mereka. Saya kenal beg dia orang bawa ke sana (Kazakhstan),” kata Madzalina Ghazalee, 47, sambil menahan sebak ketika ditunjukkan gambar bagasi itu yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Madzalina yang juga kakak kepada Ariza, 46, yang terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur terhempas akibat ditembak di Ukraine, minggu Khamis lalu.

Selain Ariza turut terbunuh dalam tragedi paling buruk dalam sejarah penerbangan negara adalah suaminya Tambi Jiee, 48, serta empat anak mereka, Muhamad Afif, 19, Muhamad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhamad Afruz, 13.

Menurut Madzalina, sebelum berlepas ke Amsterdam dari Kazakhstan, adiknya ada menghubungi memaklumkan mereka sekeluarga membawa 10 beg dan meminta sesiapa menjemput mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada petang 18 Julai lalu.

“Malah, dia (Ariza) juga meminta supaya kami membawa kenderaan besar untuk mengangkut semua bagasi itu,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga reda melihat keadaan barangan yang diselongkar sambil meminta pihak berkuasa menyimpan sekiranya menemui barangan masih elok. – Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Close