Thursday 24 July 2014

Artis Hafiz Suip Kemalangan, Patah Tulang Selangka?




Jika tadi ada ahli keluarga pelakon Fizo Omar yang terlibat dengan kemalangan jalan raya, seorang lagi selebriti tempatan turut dikhabarkan sedang berehat berikutan terlibat dengan kemalangan, baru-baru ini.

Penyanyi, Hafiz Suip kini dilaporkan sedang berehat di kampung halamannya di Sarawak disebabkan insiden tersebut.

Menerusi portal Murai, Hafiz dikatakan telah terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya.

Akibat daripada kecelakaan itu, tulang selangkanya patah dan doktor telah menasihatkan penyanyi berusia 25 tahun itu berehat daripada sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.

Semoga Hafiz cepat sembuh dan selepas ini akan lebih berhati-hati kerana memang tidak dapat dinafikan nisbah untuk penunggang motosikal mengalami kemalangan adalah lebih tinggi jika hendak dibandingkan dari mereka yang menaiki kenderaan empat roda.






Oleh: AUDREY LEE

No comments:

Post a Comment

Close