Monday, 21 July 2014
MAS Sekali Lagi Diuji Apabila Kehilangan Juruterbang Yang Berpengalaman
Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) terus diuji apabila tahun ini sahaja mereka sudah kehilangan tiga juruterbang berpengalaman dan tiga pembantu juruterbang yang berdedikasi terhadap tugas mereka.
Menurut pakar penerbangan yang dipetik menerusi Rakyat Post, kehilangan ini pastinya memberi tamparan hebat kepada MAS memandangkan juruterbang pesawat MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin merupakan salah seorang tenaga pengajar untuk pesawat Boeing 777-200 ER manakala Kapten Eugene Choo Jin Leong merupakan juruterbang yang sangat berpengalaman dalam mengendalikan pesawat jenis tersebut.
Tragedi MH17 turut mengorbankan dua pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi dan Muhamad Firdaus Abdul Rahim.
Sebelum ini, MAS telah kehilangan tenaga pengajar, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid yang kehilangan mereka sehingga kini menjadi misteri yang masih belum dapat dirungkai. Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 orang dilaporkan telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara (ATC) di Vietnam pada 8 Mac lalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment