Wednesday 16 July 2014

Lagi Lelaki Maut Terjun Tingkat 4 Bangsar Shopping Centre



Sekitar jam 2.30 petang tadi, pengunjung Bangsar Shopping Centre (BSC) dikejutkan dengan tindakan nekad seorang lelaki terjun dari tingkat empat pusat beli belah tersebut.

Akibatnya lelaki tersebut mati serta merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, lelaki terbabit terlibat dalam pertengkaran dengan ibunya sebelum dia mengambil keputusan mengakhiri riwayatnya dengan cara itu.

Berdasarkan status dimuat naik di Twitter, kejadian ini dipercayai sahih kerana disahkan sendiri pekerja di sana.


Apa yang pasti, insiden ngeri sebegini pasti mengganggu perasaan sesetengah pengunjung dan pekerja yang berada di pusat beli belah terbabit ketika ia berlaku.

No comments:

Post a Comment

Close