Thursday, 24 July 2014
Sedihnya.. Kad Ucapan Hari Raya Ditemui Di Lokasi Nahas MH17
Nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh hingga mengorbankan kesemua 298 nyawa di dalamnya pasti menjadi kenyataan pahit buat semua waris mangsa.
Bagi yang beragama Islam, kesedihan pasti lebih dirasai kerana kejadian ini berlaku menjelang Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya menjadi medan pertemuan seluruh keluarga.
Apa yang menyentuh perasaan, salah seorang korban dipercayai rakyat Malaysia turut membawa bersamanya sekeping kad hari raya yang ditemui oleh tentera Ukraine ketika membersihkan lokasi nahas.
Bagaimana pun oleh kerana tulisan pada kad hari raya tersebut kurang jelas untuk dibaca, tidak dapat dipastikan sama ada kad ini diterima mangsa atau dibawa bersama untuk diberikan kepada seseorang. Takziah kami ucapkan pada seluruh keluarga mangsa nahas MH17, sesungguhnya rakyat Malaysia turut berasa amat sedih dengan tragedi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment