Saturday 26 July 2014

Ragam Selebriti Tempatan Bila Menjelang Hari Lebaran ?



Kemeriahan Syawal semakin dirasai bila ibu kota, Kuala Lumpur semakin lenggang apabila ramai penghuninya sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing.

Selebriti tempatan turut tidak ketinggalan menyambut lebaran kali ini dengan penuh rasa bersyukur dan gembira dikelilingi insan tersayang di sisi mereka.

Antara yang sudah pulang ke kampung ialah penyampai radio sambilan, Nana Mahazan yang selamat tiba ke kediaman ibu bapanya di Muar, Johor bersama-sama suami, Raqeem Brian dan anak-anak, Althea dan Aaqib.



Sementara itu, aktres comel, Nora Danish pula mengambil kesempatan mengabdikan gambar kenangannya bersama putera tunggal, Putra Rayqal Ramli untuk dijadikan sampul duit raya yang akan diberikannya kepada tetamu kanak-kanak yang mungkin berkunjung ke rumahnya kelak. Cantik!



Sambutan raya tidak lengkap tanpa pelbagai jenis kuih untuk dijadikan santapan buat tetamu. Pelakon jelita, Fazura turut tidak ketinggalan membeli biskut raya dan antara yang menjadi kegemarannya ialah biskut kacang hijau yang dijual oleh pengurus peribadinya, Badler.



Selain kuih raya, duit raya juga menjadi satu kewajipan untuk diberi kepada tamu cilik yang datang beraya ke rumah. Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha sudah pun memperuntukkan sejumlah wang berserta sampul raya yang berwarna-warni untuk tujuan tersebut.




Pelakon Dynas Mokhtar pula berkongsi busana raya keluaran butiknya yang boleh digayakan ibu mengandung serta ibu yang menyusukan anak mereka. Koleksi yang direka khas oleh Dynas itu boleh didapati di kedai miliknya yang terletak di The Curve dan Setia City Mall

No comments:

Post a Comment

Close