Sunday, 20 July 2014
Makcik Pakai Baju Ayat Al-Quran Warga Korea, Dikatan Telah Membeli Bajunya Di India ?
Tindakan seorang wanita berbangsa Cina memakai baju tertulis ayat suci al-Quran telah menimbulkan kemarahan umat Islam negara ini apabila gambarnya disebarkan menerusi media sosial, minggu ini.
Dalam gambar yang tersebar luas hingga mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, wanita warga emas tersebut kelihatan sedang ditegur oleh seorang lelaki Arab ketika membeli belah di pasar raya Hero Taman Dagang, Ampang dengan mengenakan pakaian tersebut.
Sebagai respon, Khalid telah mengeluarkan satu tweet semalam meminta semua orang bersabar dan tidak melatah dengan perkara ini.
Menerusi siasatan awal PDRM mendapati baju tersebut bukanlah dibeli di negara ini sebaliknya di India.
Wanita terbabit pula tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana dia merupakan warga Korea yang baru tiba di negara ini. PDRM bagaimanapun diberi jaminan oleh Khalid sedang melakukan siasatan lanjut.
Memakai pakaian bercetak ayat al-Quran adalah satu perbuatan yang dianggap menghina Islam kerana kalimah suci tersebut sepatutnya diletakkan di tempat yang bersih dan terhormat. Begitu pun sebagai umat Islam, diharapkan kita semua tidak melatah dan faham bahawa agama syumul ini mengajar umatnya agar sentiasa bersabar dan menggunakan hemah dalam apa jua situasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment