Friday, 18 July 2014
Bila Khairy Dalam Pesawat MAS Ke Glasgow, Apa Dibuatnya ?
Malam ini saya berlepas ke UK untuk menghadiri Sukan Komanwel di Glasgow. Inil gambar saya bersama anak-anak kapal pesawat MH1 ke London.
Perasaan sedih dan marah masih tidak hilang. Pesawat MH17 menjadi mangsa pihak pengganas. Ya, pengganas. Tiada lagi perkataan yang susuai bagi mereka yang bertanggungjawab ke atas pemusnahan MH17.
Saya betul2 harap kita dapat membawa pengganas ke muka pengadilan secepat mungkin.
Kotak hitam mesti dipulangkan kepada Malaysia dan tidak disimpan oleh Russia atau Ukraine.
Dua negara ini berkepentingan. Mereka tidak boleh simpan kotak hitam itu. Berita ada sebut Russia sudah miliki kotak hitam. Kalau betul, Presiden Putin mesti kembalikan kotak itu dengan segera.
Saya juga sedih ada yang cuba salahkan pihak MAS. Mereka kata MAS telah mengambil laluan yang bahaya.
Sudah dijelaskan, laluan yang diambil MH17 juga diterbang oleh banyak pesawat2 yang lain.
Badan Antarabangsa yang mengawal selia laluan pesawat awam, ICAO, juga telah memberi kebenaran kepada syarikat2 penerbangan untuk menggunakan laluan tersebut sebelum insiden ini berlaku.
Jadi, jangan salahkan MAS. MH17 musnah bukan sebab pilihan laluan pesawat. MH17 musnah sebab diserang oleh pengganas.
Sekarang kita harus bersolidariti dengan keluarga mangsa dan juga MAS. MAS tetap menjadi kebanggaan negara kita. MAS tetap menjadi pilihan saya.
JUSTICE FOR MH17!
(KHAIRY JAMALUDDIN)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment