Saturday 19 July 2014

Insiden MH17 – Rakyat Malaysia Tetap Memberi Sokongan Penuh Pada MAS




MENERUSI laporan Bernama sebelum ini, Malaysia Airlines (MAS) menerusi kenyataannya akan mengetepikan sebarang fi ke atas penumpang yang mahu membuat perubahan dalam jadual perjalanan ke mana-mana destinasi MH.

Bukan itu sahaja, penumpang yang mahu menangguhkan atau membatalkan rancangan perjalanan juga boleh mendapatkan bayaran balik, termasuklah tiket yang tidak membolehkan mereka mendapat bayaran balik berikutan insiden MH17.

Bayaran balik bermula 18 Julai hingga 24 Julai ini untuk penerbangan 18 Julai sehingga 31 Disember 2014.

Bagaimanapun, tinjauan kami di Facebook rasmi MAS mendapati, hampir semua pengguna akaun memberikan komen positif dan sokongan terhadap syarikat penerbangan yang sedang berhadapan dengan krisis besar itu.

Kebanyakan mereka tidak mahu mengubah atau membatalkan penerbangan hanya kerana bimbang insiden MH17 berulang kembali.

Mereka turut menyifatkan nahas itu berlaku bukan atas kehendak MAS, sebaliknya berpunca daripada pihak pengganas.









Sebenarnya, inilah bentuk sokongan yang kita harapkan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam keadaan ini, adalah lebih baik untuk kita bersatu hati kerana tiada siapa pun yang mahu perkara buruk seumpama ini terjadi.

No comments:

Post a Comment

Close