Monday 21 July 2014

Kini Restoran Ikonik A&W Petaling Jaya Akan Diruntuhkan



Restoran makanan segera A&W yang menjadi mercu tanda di Petaling Jaya akan diruntuhkan selepas pemegang francais A&W Malaysia mengumumkan dua menara pejabat akan dibina di tapak bersebelahan stesen Putra LRT Taman Jaya, lapor The Edge Financial Daily.

Memetik kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan KUB Malaysia Bhd Datuk Wan Mohd Nor Wan Ahmad, akhbar itu melaporkan pelan pembinaan kompleks yang akan dikenali sebagai Menara KUB diluluskan ahli lembaga pengarah syarikat.

“Ramai yang berminat dengan tanah itu. Menara itu dibina untuk menambah lagi kepelbagaian pendapatan kami dan membuka nilai potensi kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, mengenai nasib A&W, restoran akan ditutup pada hujung tahun dan akan dibuka semula selepas bangunan baru disiapkan.

Beliau berkata, pasaran tanah berdepan Amcorp Mall itu kini dianggarkan bernilai RM25 juta.

Wan Mohd berkata, KUB tidak merancang untuk menjual rangkaian A&W memandangkan restoran itu mengaut keuntungan RM1.89 juta tahun lalu.


Francais yang dibeli daripada keluarga Lie Boff dari Amerika Syarikat pada awalnya dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Ia kemudian dibeli oleh KUB pada 2001 dan kini mempunyai 20 rangkaian di seluruh negara. – themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Close