Monday, 21 July 2014

Macam-Macam Ada ( Mengarut Sungguh )…Baju Melayu Dijampi Dengan 30 Juzuk Al-Quran!



AMBOI, mentang-mentanglah Aidilfitri semakin menghampiri, ada pula pihak yang mengambil kesempatan itu untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan nama agama!

Beberapa hari lalu, tersebar gambar iklan baju Melayu yang dikatakan sudah dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran di laman sosial.


Tertanya-tanya juga kami apakah kesannya terhadap di pemakai apabila disarungkan ke tubuh?

Hai…tak tahulah jika ada yang masih percaya dengan taktik iklan seumpama ini.

Nasihat kami, hentikanlah menyokong pihak yang menjual produk-produk dengan menggunakan nama Al-Quran bagi mendapatkan untung.

Jadikan peringatan Rasulullah s.a.w ini sebagai panduan:


“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

No comments:

Post a Comment

Close