Thursday 17 July 2014

Jemput Kiki (Gengster Jalanan)… Cara Murahan Era FM Menangguk Di Air Keruh ?



NAMPAKNYA ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan radio Era FM menjemput Siti Fairrah Ashyikin atau Kiki yang terlibat dengan kes buli jalan raya terhadap seorang warga emas yang dikenali sebagai Uncle Sim, pagi tadi.

Jemputan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Kiki membuat permohonan secara terbuka bukan sahaja kepada Uncle Sim, tetapi juga kepada rakyat Malaysia atas kebiadapannya.



Berikut adalah antara komen-komen yang diterima menerusi Facebook rasmi ‘Era FM & Era FM’:






Sebenarnya, pihak Era FM turut menjemput Uncle Sim, namun dia tidak dapat hadir kerana tinggal di Kuantan dan ada urusan di balai polis.

Justeru itu, mereka telah menghubungi warga emas itu untuk bercakap sendiri dengan Kiki.

Mungkin ada benarnya kata-kata pengguna Facebook yang tidak bersetuju dengan perkara ini kerana ia seolah-olah mempopularkan lagi Kiki yang terang-terangan melakukan kesalahan.

Namun, dari sudut positif pula, ia dapat membuktikan bahawa wanita ini sememangnya sudah berbaik-baik dengan Uncle Sim.

Sama ada wajar atau tidak, terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri perkara ini kerana masing-masing punya pendapat yang tersendiri.

Apapun, saksikan video kenyataan maaf Kiki ini:

No comments:

Post a Comment

Close