Wednesday 16 July 2014

Reaksi Anak Pak Cik Yang Dibuli Pemandu Wanita Biadap ?


Semalam, warga netizens dikejutkan dengan video seorang pemandu wanita yang biadap terhadap seorang pakcik tua yang tidak sengaja telah melanggar keretanya.

Malah, perbuatan buruk dan biadapnya telah menyebabkan nombor plat keretanya #CDM25 menjadi trending di seluruh dunia menerusi laman sosial Twitter.

Sekali lagi nama Malaysia dikenali di mata dunia atas sebab-sebab yang buruk dan memalukan.

Jessica Qi yang dipercayai merupakan anak kepada pak cik tersebut telah berkongsi satu status yang menunjukkan kemarahannya yang tak bertepi terhadap pemandu wanita tersebut.

Menurut Jessica dia hendak melaporkan tindakan keterlaluan wanita itu yang menghentak kereta bapanya dengan steering lock kepada pihak polis namun bapanya enggan memanjangkan cerita dengan melibatkan pihak berkuasa.

Memang sungguh mulia hati pakcik tu walaupun dirinya dimalukan serta diherdik sebegitu biadap di hadapan orang ramai, semalam.




Diharapkan pemandu wanita itu bermuhasabah diri, kalau boleh pergi daftar masuk pusat pemulihan mengawal kemarahan pun okay. Semoga insiden memalukan sebegini memberi pengajaran kepada wanita tersebut serta kita semua di luar sana agar sentiasa bertimbang rasa, bertolak ansur dan hormat-menghormati sesama pengguna jalan raya yang lain di luar sana.

No comments:

Post a Comment

Close