Wednesday 16 July 2014

Kini Tekanan Dari Semua Pihak FB Kami Benci CDM25 Mahu Gadis Peugeot Buat Permohonan Maaf !!!



Baharu sahaja diwujudkan hari ini, laman Facebook Kami Benci CDM25 telah menerima lebih daripada 22,700 ‘like’ daripada pelayar Facebook di seluruh Malaysia.

Menurut Admin Kami Benci CDM25, page itu diwujudkan untuk meminta gadis Peugeot putih itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada warga emas yang telah dikasarinya, semalam.

Selain itu, hasil pemerhatian menerusi laman tersebut juga mendapati kebanyakan pelayar FB sempat berkongsikan pelbagai parodi bergambar yang bersesuai dengan insiden memalukan tersebut.

Sementara itu, menurut laporan Astro Awani, warga emas yang terlibat dengan insiden terbabit telah pun memaafkan gadis itu dan enggan melaporkan kepada pihak polis.

Itulah, lain kali beringat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Tak pasal-pasal popular disebabkan perkara yang menjelikkan.. – MYNEWSHUB.MY


No comments:

Post a Comment

Close