Thursday, 31 July 2014

KETAHUI - Mardiana Adalah Seorang Juruterbang TUDM Yang Berjiwa Kental Dan Berani !


Pertama kali bertemu dengan wanita berhati waja ini, jelas kelihatan kelembutan bukan saja pada butir bicara malah penampilannya.

Jika tiada overall hijau yang menjadi tanda pengenalan pakaian juruterbang, tentu ramai tidak menyangka yang dia bergelar juruterbang pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Tubuhnya yang kecil langsung tidak menggambarkan jiwanya yang besar dan kental membara.

Gemar bergaul dengan lelaki dan lasak sememangnya sifat Mejar Mardiana Razali sejak di sekolah rendah. Malah dia juga ‘kaki gaduh’ terutama dengan kawan-kawan yang tidak sependapat. Lantas dia dikenali dalam kalangan rakan-rakan kerana seorang yang tegas dan tahu apa yang diinginkan. Berikan apa saja cabaran pasti disambut anak kelahiran Negeri Sembilan ini kerana sejak kecil dia sememangnya bercita-cita menjadi juruterbang.

Menceritakan lebih lanjut rentetan perjalanan kerjaya sehingga bergelar juruterbang, sebaik saja menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, Mardiana terus menghantar permohonan menyertai TUDM dan terpilih menghadiri temu duga sebulan selepas itu.

“Alhamdulillah saya diterima sebagai pelajar Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah bagi menjalani pengajian selama tiga tahun dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik),” katanya.
Ketika latihan pembelajaran, bukan setakat teori sebaliknya diberi peluang merasai pemanduan sebenar pesawat. Ketika itu kekuatan mental dan fizikal sangat teruji. Walaupun diuji dengan pelbagai latihan, Mardiana menetapkan matlamat yang dia perlu menyudahkan latihan sehingga berjaya menggenggam diploma pada 2002 dan ditauliahkan sebagai Leftenan TUDM oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sebaik saja selesai pentauliahan, Mardiana diterima sebagai kadet juruterbang dan perlu menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Terbang 1 (Pulatibang 1).


“Tempoh latihan walaupun singkat, ia sangat mencabar. Ketika itu banyak kes kematian semasa menyertai latihan. Memang rasa sangat tertekan. Namun saya diberikan kata-kata semangat daripada keluarga, rakan-rakan dan jurulatih. Ini menyebabkan saya meneruskan latihan demi mencapai cita-cita sebagai juruterbang,” ujar anak kedua daripada lima beradik ini.

Menurut Mardiana, ibunya tidak pernah bersetuju dia menyertai TUDM dan bergelar juruterbang. Sesuai dengan sifat wanita, lebih baik sekiranya Mardiana menjadi guru kerana kerjaya itu lebih sesuai dan tidak perlu menanggung risiko. Oleh kerana seorang yang degil dan keras kepala, Mardiana tetap meneruskan apa yang sudah menjadi minatnya sejak kecil. Dia yakin pilihannya tepat.

Bersaing dengan kelompok juruterbang lelaki tidaklah memberikan banyak perbezaan. Ini kerana setiap tugasan dipikul tetap sama tanpa mengira jantina.

“Cuma apabila mengandung, saya ditempatkan di bahagian yang memerlukan saya berada di pejabat. Begitu juga dengan misi yang disertai melalui prosedur yang sama,” katanya.

Kemajuan serta semangat ditunjukkan wanita ini menyebabkan dia dilantik sebagai pembantu juruterbang TUDM yang biasanya digalas kaum lelaki. Untuk itu, Mardiana berperanan membantu juruterbang menentukan arah penerbangan selain memastikan keselamatan pesawat ketika dalam penerbangan.

Sepanjang tujuh tahun menjadi pembantu juruterbang, dia diberi tugas membawa pesawat pengangkut udara, Charlie 130 Hercules (C-130H), pesawat pelbagai guna yang mampu menjalankan operasi dalam pelbagai bentuk cuaca dan muka bumi.

“Sepanjang tujuh tahun bertugas di 14 Skuadron Labuan, ia memberikan satu keseronokan dan pengalaman berharga kepada saya. Apatah lagi ketika itu saya masih baru dalam dunia penerbangan,” katanya yang kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai kapten pada 2010 disusuli mejar kemudiannya.

Bersedia sertai misi mencari dan menyelamat MH17

Antara paling mencabar, ketika misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi Mac lalu dengan disertai 20 wartawan.

Pengalaman ini masih segar dalam ingatan dan sukar dilupakan apabila terpaksa menempuh detik cemas dalam cuaca buruk termasuk kepulan awan tebal sepanjang dua jam dalam tempoh pencarian.

“Berada dalam situasi ini saya sering ingatkan supaya memenuhi piawaian keselamatan serta melakukan yang terbaik. Ingatan ketika itu tentunya pada tiga anak di kampung, suami serta ibu tersayang. Alhamdulillah walaupun tidak berjaya menemui pesawat, saya berjaya melakukan pendaratan dengan selamat,” katanya.

Menyentuh tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine baru-baru ini, Mardiana sangat terkejut ketika menerima perkhabaran itu menerusi telefon. Tidak tergambar perasaan kesedihan apatah lagi keluarga mangsa. Namun itu semua di luar bidang kuasa manusia. Apa yang mampu dilakukan adalah berdoa semoga semua urusan dapat dilakukan dengan lancar.

Ditanya sama ada dia akan turut serta dalam misi mencari dan menyelamat di sana, jelas Mardiana, dia bersama beberapa juruterbang yang lain dalam proses bersedia dan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan.

“Sekiranya kami diminta menyertai misi mencari dan menyelamat MH17, saya dan juruterbang lain akan mengikutinya,” katanya yang menyifatkan misi ini sedikit berbeza dan sangat mencabar.

Ini kerana jika MH370 untuk mencari pesawat yang hilang tetapi MH17 sudah diketahui lokasi pesawat serta mangsa terbabit. Sudah tentu ia menuntut kesabaran, semangat, kekuatan mental, fizikal serta emosi yang bukan sedikit kerana pasukan penyelamat perlu berhadapan dengan mangsa yang sudah terkorban.

Dalam pada itu, berada dalam negara yang sedang bergolak juga mendatangkan risiko kepada semua anggota penyelamat.

“Namun bagaimana susah dan sukar sekali pun, setiap juruterbang sudah dilatih untuk menghadapi detik cemas terutama apabila membabitkan nyawa manusia. Siapa yang tidak sedih namun semua perasaan itu harus disimpan kerana apa yang penting meneruskan operasi bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan berjaya,” ujarnya.

Sambutan Aidilfitri

Untuk tahun kedua sepanjang bertugas di Subang, Mardiana dapat berhari raya bersama keluarga tercinta di Seremban. Perasaan tentunya sangat teruja kerana dapat merasai suasana raya bersama suami, Kapten (B) Norsuhardi Abdul Rahman dan tiga anak mereka.

“Saya sudah membuat persiapan awal terutama untuk anak-anak kerana mereka yang paling teruja apabila beraya. Untuk saya dan suami persediaan ala kadar saja. Apa yang penting kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama sambil memohon kemaafan antara satu sama lain,” katanya yang akan bercuti sehingga hari raya kelima sebelum menyambung tugasan semula.

Sebagai juruterbang, memang setiap orang berkeinginan beraya bersama keluarga namun demi tugas ada kala perasaan gembira dan teruja ini terpaksa diketepikan. Namun suasana hari raya di pejabat tiada bezanya kerana dikelilingi rakan.

“Biasanya pada pagi raya kami mengagih-agihkan bungkusan untuk setiap kaki tangan yang bertugas pada hari itu sebelum bersalam-salaman antara satu sama lain,” katanya. – Harian Metro

Wednesday, 30 July 2014

Nora Danish Tak Melawat Pun Kubur Arwah Bapa? Nape Ya ?



Kebiasaannya sudah menjadi tradisi dan budaya orang Melayu untuk mengunjungi pusara kaum keluarga yang sudah meninggal dunia di pagi Aidilfitri.

Namun berlainan pula buat aktres comel, Nora Danish yang mengatakan dia tidak berpeluang untuk menziarah kubur arwah bapanya, Danish Hanif setiap kali menjelang hari lebaran.

Ini kerana arwah bapanya telah dikebumikan nun jauh di Seattle, Amerika Syarikat.

Walaupun begitu, Nora tidak lupa menitipkan doa buat kesejahteraan arwah bapanya walaupun tidak berkesempatan menziarah kuburnya.

Memetik Ohbulan, “keluarga Nora tak lawat pusara pun, kebiasaannya lepas sembahyang raya terus menziarah keluarga terdekat sebab kubur arwah ayah jauh di Seattle, USA. Tapi tak apalah, orang kata kalau tak ziarah tak apa, asalkan kita doakan mereka”.

Arwah bapa Nora meninggal dunia ketika pelakon ini berusia 12 tahun.


Nora membesar dengan ibunya, seorang ibu tunggal, Sally Talib dan tiga kakaknya, Rozy, Cathy dan Nadia.

Oleh: JULIANA JOHAR

(Gambar-gambar) Selebriti Yang Pertama Kali Beraya Dengan Si Comel Mereka .



Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya memberi 1001 kenangan manis buat selebriti tempatan yang pertama kali meraikannya bersama si comel mereka.

Jika sebelum ini mereka sering kali menyambutnya bersama anak-anak saudara, tapi dengan kemunculan anak sendiri pastinya lebaran ini akan lebih bermakna.

Antara artis yang pertama kali menyambut Hari Raya Aidilfitri bergelar ibu dan bapa ialah Yasmin Hani, Scha Al-Yahya, Liyana Jasmay, Amar Asyraf, Ashraf Muslim dan juga penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan yang turut boleh digelar selebriti popular, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex.

Sudah pastinya, persiapan mereka lebih terarah kepada si kecil, apa sahaja yang nampak cantik, pasti dibelikan untuk buah hati mereka! – MYNEWSHUB.MY



Amar Asyraf dan anak, Amar Taufiq (Tarikh Lahir: 8 Julai 2014)





Ashraf Muslim dan anak, Sarah Ashraf (Tarikh Lahir: 5 April 2014)







Khairul Fahmi Che Mat dan anak, Kayla Elayna (Tarikh Lahir: 3 Februari 2014)







Liyana Jasmay dan anak, Sofia Arissa (Tarikh Lahir: 12 Mei 2014)







Scha Al-Yahya dan anak (Tarikh Lahir: 22 Julai 2014)







Yasmin Hani Richardson dan anak, Noah Ismail Wong (Tarikh Lahir: 12 November 2013)



Oleh: JULIANA JOHAR

Tuesday, 29 July 2014

Farid Kamil Terkejut Diana Sediakan 5 Baju Melayu Buatnya, Sayang Sungguh Buat Persiapan....




Pelakon dan pengarah Farid Kamil mengakui terkejut apabila isterinya, Diana Danielle membuat persediaan menyambut lebaran Syawal kali ini dengan menyediakan sebanyak lima pasang baju Melayu buatnya.

“Rasanya, tahun ini adalah tahun paling dahsyat kerana saya ada lima pasang baju raya! Semuanya Diana yang uruskan.

“Walaupun nampak macam hebat persiapan raya tahun ini, tetapi sebenarnya saya sekeluarga menyambut secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah,” katanya memetik mStar.

Pasangan pelakon ini juga akan merayakan sambutan Aidilfitri di kampung halaman Farid di Sungai Petani, Kedah dengan anak tunggal mereka, Muhammad, 1.

Oleh: AUDREY LEE

Apa Cite Ni ? Fizz Fairuz Mengelak, Tak Mahu Bayar Hutang RM15,000?



Pelakon yang bakal bergelar bapa, Fizz Fairuz kembali menjadi topik hangat apabila dia dikatakan gagal melunaskan wang pinjaman sebanyak RM15,000!

Banyak tu..

Siapa tak sakit hati, kalau dah pandai pinjam, pandailah pulak bayar balik kan..

Seorang usahawan, Linda yang juga rakan kepada Fizz terpaksa melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis selepas aktor itu dilihat berdolak-dalik apabila diminta menjelaskan jumlah wang yang dipinjam.

Linda menjelaskan perkara tersebut kepada Harian Metro, “nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya”.

“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata tempat. Sekarang, bayar saja semula hutang saya.


“Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia mendiamkan diri dan mengelak,” jelasnya lagi.

Difahamkan, suami Almy Nadia ini meminjam RM15,000 daripada Linda akhir Oktober tahun lalu dengan memberikan alasan membuat pengubahsuaian rumah ibunya di Raub, Pahang.

Disebabkan memahami kesempitan yang dialami Fizz, Linda bersetuju meminjamkan wang tersebut.

Sementara itu, Fizz yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu dan enggan melayan dakwaan wanita terbabit.

Oleh: AUDREY LEE

Jauh Benar Pi Raya - Dato Siti Nurhaliza Terpaksa Sambut Raya Di Australia ?

Memang kita sebagai ahli keluarga kadang-kadang terpaksa bertolak-ansur dengan keadaan ahli keluarga lain untuk menyambut Raya kan?

Penyanyi tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin akui Syawal ini beliau membatalkan hasratnya untuk beraya bersama keluarga demi menghadiri majlis konvokesyen anak tirinya, Adib di Melbourne, Australia.


Katanya, “Sebenarnya kami dah rancang hendak beraya di kampong sahaja tetapi tiba-tiba Adib beritahu dia mahu kami ke majlis konvokesyennya pada raya kedua.”

“Jadi kami pun bertukar plan. Pada raya pertama selepas sembahyang raya kami pun akan bertolak terbang ke Australia.”

“Namun kami tidak lama ke sana, hanya 2 malam sahaja,” katanya dalam satu laporan portal hiburan.

Anda sudah beli album terbaru beliau, ‘Fragmen’? Sambil-sambil sambut Raya, bolehlah dengan lagu-lagu terbaru Siti kan?

Gambar Hot Tersangatle Dyana Sofya Dan Syefura Othman Di Bazar Ramadhan, Tengok Apa Dibuatnya ?






Gambar Hot Dyana Sofya Dan Syefura Othman Di Bazar Ramadhan | Dua gadis melayu pertama yang berjaya menggegarkan arena politik tanah air, Dyana Sofya dan Syefura Othman kerana keberanian mengambil keputusan untuk menyertai parti DAP walaupun menerima banyak kecaman, kritikan dan ugutan dari pelbagai pihak yang tidak menyokong perjuangan mereka.

4 Gambar Hot Syefura Othman

Dyana Sofya dan Syefura Othman memiliki persamaan yang cukup menarik untuk diketahui iaitu berwajah cantik dan jelita, berumur dalam lingkungan 20-an, tidak dipaksa untuk menyertai DAP dan mempunyai perjuangan yang hampir sama.

Mereka kini semakin rapat dan utuh sejak sama-sama berjuang dalam DAP. Sebagai bukti, mereka berdua pergi ke bazar ramadhan bersama-sama walaupun mempunyai kesibukan masing-masing.

9 KISAH ARTIS TERHANGAT DAN KEPANASAN SEPANJANG 2014?




Suku pertama tahun 2014 telah menyaksikan pelbagai insiden wujud di kalangan artis tempatan . Berikut merupakan beberapa kisah yang menjadi perbualan ramai sepanjang tiga bulan ini yang dipetik dari sumber GUA :-
 

Pelakon, Hanez Suraya dikecam hebat oleh para peminat apabila kekasihnya berstatus suami orang. Bagai jatuh ditimpa tangga, timbul pula ura-ura yang mengatakan kontrak Hanez dengan produk AuraWhite pula dibatalkan


Berita kehilangan pesawat MH370 turut memberi impak kepada banyak pihak termasuklah artis tempatan yang melahirkan rasa simpati mereka. Selain berkongsi kata-kata semangat di laman sosial masing-masing, ada juga selebriti yang turut melakukan solat hajat untuk mendoakan terbaik bagi pesawat tersebut.


 

Dalam pada kita bersedih dengan kehilangan pesawat MH370, negara digemparkan pula dengan kematian 6 orang remaja disyaki akibat penyalahgunaan dadah ketika berlangsungnya Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang bertempat di Stadium Bukit Jalil. Disebabkan insiden tersebut, hari ke-3 konsert tersebut telah dibatalkan yang melibatkan persembahan kemuncak artis-artis ternama seperti Yuna dan Pharrell Williams.
 

Teka-teki pergolakan rumahtangga Erra Fazira hanya terungkai apabila akstres jelita itu sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Februari lalu selepas 6 tahun mendirikan rumahtangga.
 

Pelakon, Fasha Sandha telah melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pelakon Dazrin Kamaruddin gara-gara masalah tidak disiplin yang ditimbulkan Dazrin ketika di set drama Miranda. Dazrin mengakui kesalahannya dan telah meminta maaf kepada seluruh warga produksi tersebut.
 

Kemelut antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati mendapat perhatian ramai apabila Sharnaaz dikatakan menengking ibu hamil tersebut. Kontroversi ini menjadi semakin panas apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi campur tangan.


Majlis resepsi pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal telah berlangsung secara gilang gemilang serta dihadiri oleh artis-artis ternama tanahair. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi kacak dari Indonesia iaitu Afgan.


Pendatang baru, Eina Azman sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dia dikatakan lagi dari lokasi penggambaran Kuntilanak Ciliwung. Ini dikatakan berpunca daripada tidak wujudnya kontrak serta Eina disuruh melakonkan aksi ranjang. Eina yang melantik Usop Wilcha sebagai wakilnya bakal mengadakan sebuah sidang media bagi menjelaskan hal terbabit.


Kanvas seni Zizan Razak dan Emma Maembong tidak pernah sepi kontroversi setelah timbul gosip mengatakan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta. Selepas didakwa berkucupan ketika menaiki pesawat bersama, keadaan menjadi panas apabila mereka dikatakan berkesedudukan. Namun baik Zizan mahupun Emma menafikan dakwaan tidak berasas tersebut.

Monday, 28 July 2014

Jangan Kongsi Benda-Benda Bodoh Macam Ini Di Facebook Boleh Ke ? Nampak Sangat Kebodohan Pada Dri !!!



Adalah amat menyedihkan apabila laman sosial Facebook kadangkala digunakan oleh sesetengah pengguna terutama remaja untuk mengepos perkara yang boleh memualkan tekak orang lain.

Golongan paling biasa melakukan perkara ini adalah adik-adik yang tengah bercinta macam nak rak tapi bermasalah dengan pasangan mereka.

Maka menggunakan Facebook mereka cuba mengemis perhatian pakwe / makwe masing-masing termasuk dengan memuat naik gambar baru lepas kelar lengan, video tengah menangis kerinduan dan macam-macam lagi.


Di bawah ini satu lagi posting Facebook yang diharapkan dapat jadi pengajaran.



Menangis sampai bengkak-bengkak mata siap bertampal koyok macam dah kematian suami padahal sebab pakwe tak call je kot? Dah tu siap pesan pada sesiapa suruh bagi tahu pakwe yang dia tengah cari. Aduh, nampak desperate sangat ni. Kepada adik-adik jiwang di luar sana, janganlah sampai jadi macam ini hendaknya kerana ia sebenarnya merendahkan harga diri kita.

Kelakar Sungguh.. Cara Untuk Perkena Balik Penipu-Penipu Siber, Cuba Tengok ?



Kebelakangan ini, terdapat ramai penipu siber di luar sana yang mengintai mangsa dengan memberikan mesej peribadi di Facebook.

Tapi cerita mereka biasanya lebih kurang serupa sahaja iaitu mahu berkawan sebab tak pernah datang ke Malaysia tapi berhasrat mahu berbuat demikian.

Profil digunakan adalah palsu tetapi menggunakan gambar awek cun yang dicuri di laman sosial lain.

Di bawah dipaparkan contoh mesej oleh penipu siber yang diterima pengguna Facebook.








Pastikan anda tidak melayan jika mendapat mesej sebegini. Bagaimanapun kalau-kalau rasa nak pekena semula penipu tersebut cubalah jawab lebih kurang jawapan di bawah.



Mesti penipu tu tergamam dan akhirnya menggetap gigi marah lepas guna google translation sebab kita yang pusing semula cerita untuk tipu dia.

Oleh: REM RAMZI
Sumber: Kickapoo

Gambar: Anak Malaysia Memang Berbakat Besar Dapat Hasilkan Lukisan ‘Hidup’ ? Cuba Tengok....



SEBAGAI rakyat Malaysia, kami berbangga dengan bakat lukisan anak tempatan bernama Monica Lee ini.

Boleh dikatakan obses dengan perincian, hasil karyanya tampak begitu ‘hidup’.

Kebiasaannya, lukisan potret yang dihasilkan merupakan terjemahan daripada gambar yang diambilnya sebelum itu.

Monica menghabiskan tiga hingga empat minggu untuk menyiapkan setiap lukisannya.

Anda boleh mengikuti akaun Facebooknya iaitu Monica’s Lee Art untuk melihat lebih banyak hasil karyanya.








Oleh: ELZA

Kes Cucuk Cebisan Daging Mangsa MH17 Dengan Kayu Ditegur Menteri, Apa Dah ?



KUALA LUMPUR — Pengamal media perlu bertanggungjawab ketika membuat liputan tragedi MH17 dan mengelak sebarang perbuatan yang boleh menggores hati anggota keluarga mangsa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata demikian sebagai mengulas kritikan warga siber terhadap seorang wartawan portal berita Malaysia yang dikatakan mencucuk cebisan dipercayai kulit mangsa tragedi MH17 di lokasi pesawat itu terhempas di timur Ukraine.

“Tak semestinya apabila media jumpa sesuatu di lokasi dikatakan itu adalah bahagian anggota mangsa dan sebagainya…,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan Aidilfitri di Wisma Bernama hari ini.

Beliau juga berkata media sepatutnya berkongsi kesukaran yang dialami pasukan penyiasat untuk mencari bukti terutama apabila lokasi kejadian terletak dalam kawasan yang dilanda konflik.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai dan mengorbankan kesemua 298 penumpang serta anak kapal. — BERNAMA

Penampilan Mawar Abdul Karim di Hari Raya Petang Tadi Membuatkan Orang Ramai Terdiam !

Penampilan Mawar Abdul Karim, isteri pelakon Fizo Omar sememangnya sering menjadi perhatian peminat di luar sana sejak terpalit dalam beberapa siri kontroversi sebelum ini.

Kebanyakkan perkara yang menyebabkan timbulnya siri kontroversi itu ialah rekaan tudung fareeda yang kononnya tidak menepati syariat Islam. Betul ke?

Sempena sambutan Hari Raya 2014 yang bermula hari ini, pasangan Fizo dan Mawar sempat memuatnaik beberapa keping gambar paling romantik mereka di laman Instagram sebagai tatapan peminat. Pakaian yang digayakan Mawar memang amat cantik, merah menyala dan sangat memukau orang ramai.





Gadis Ukraine Dah Kantoi Curi Maskara Milik Mangsa Nahas MH17 ?



Terdapat banyak dakwaan menyatakan barangan mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu telah dicuri oleh puak pemisah dan penduduk tempatan.

Terbaru, gambar sebatang maskara yang dikongsikan di laman sosial Instagram membuktikan perkara ini memang berlaku.


Seorang remaja tempatan sana menggunakan nama “Zolotasya” dikesan memuat naik gambar alat solek dari Eropah berjenama Catrice. Berdasarkan lokasi yang dikongsikan pada sesetengah gambar gadis ini tinggal di Torez, sebuah bandar di Timur Ukraine yang terletak berdekatan lokasi nahas MH17.

Dalam komen di Instagram yang diterjemahkan, Zolotasya memberitahu maskara itu diberikan kepadanya oleh seorang rakan.



Apa yang membuatkan dia kantoi maskara itu milik mangsa nahas MH17 adalah dalam komen lain dia menyebut bahawa ‘ada banyak lagi barangan telah diagihkan termasuk pakaian’ dan ‘maskara ini datang dari Amsterdam, atau, padang… faham kan’.


Apabila perkara ini tersebar di laman sosial, Zolotasya dikecam ramai rakyat Ukraine. Gadis ini kemudiannya dikatakan mengaku dia berpihak pada puak pemisah pro-Rusia yang turut dikaitkan sebagai pihak yang bertanggung jawab menembak jatuh MH17.

Apa pun, kes kecurian barangan milik mangsa nahas pesawat MAS ini sebenarnya sudah mula disedari oleh banyak pihak termasuk keluarga mangsa. Antara bukti lain adalah laporan The Daily Mail tentang penggunaan kad kredit milik salah seorang penumpang MH17 yang terkorban didapati telah dilakukan di Ukraine sejak hari nahas berlaku.

Sunday, 27 July 2014

Selangor Dakwa Ada Pihak Cuba Sabotaj Bekalan Air Mentah, Siapa Punya Angkara ?



Berikut adalah kenyataan media daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yanus Hairi.

KENYATAAN MEDIA
27 JULAI 2014
SELANGOR KECAM CUBAAN SABOTAJ BEKALAN AIR MENTAH

Kerajaan Negeri mengecam percubaan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata. Atas faktor kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, pasukan berkenaan telah meninggalkan kawasan tersebut.

Cubaan sabotaj ini telah mengakibatkan operasi pengepaman air dari HORAS ke sungai terganggu selama 5 jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.

Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.


Dalam masa yang sama, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bestari Jaya. Kerajaan Negeri berharap pihak polis akan meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar perkara ini tidak berulang.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan petugas yang terlibat dalam mengendali pam di HORAS Bestari Jaya dan menghargai pengorbanan mereka meninggalkan keluarga dan bertugas semasa musim perayaan.

Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat.

YB DR AHMAD YUNUS HAIRI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BELIA DAN SUKAN, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Telekung Berwarna Menjadi Trend Terkini Untuk Muslimah Ke Masjid, Apakah Kesannya ?



KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri bukan sahaja diserikan sajian juadah pelbagai dan tradisi kunjung-mengunjung, tetapi turut diwarnai penampilan individu termasuk ketika menunaikan solat sunat Hari Raya.

Ini termasuk penampilan muslimah yang mengenakan telekung berwarna dan bercorak berbanding telekung konvensional berwarna putih.

Sekalipun ada yang menganggap pemakaian telekung berwarna boleh mengganggu khusyuk jemaah lain, bagi Jazlina Ahmad, 32, perkara itu tidak salah asalkan bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.

“Pada pendapat saya, kebersihan pakaian semasa menunaikan solat lebih penting selain telekung itu tidak nipis serta menutup aurat sepenuhnya,” katanya kepada Bernama.

Penjawat awam itu juga memilih telekung berwarna kerana lebih mudah dijaga berbanding warna putih.

Bagi guru dari Perak, Siti Zabedah Ali, 27, memakai telekung selain warna putih boleh sedikit sebanyak menganggu perhatian jemaah lain.


“Kita sedang solat memanglah tidak perasan perkara itu… tetapi jemaah lain mungkin ada yang terdetik di hati mereka ketika sedang solat dengan mengatakan telekung kita cantiklah, berwarna-warnilah dan mungkin ada yang tertanya mahalkah telekung itu,” katanya.

Penceramah bebas Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata pemakaian telekung berwarna dan bercorak tidak mendatangkan masalah ketika mengerjakan solat.

“Yang penting, telekung itu menepati syarat sah solat iaitu menutup aurat dan bersih daripada najis. Warna apapun sesuatu pakaian itu tidak menjadi masalah dan dibolehkan dalam solat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum Hawa khususnya tidak terlalu bermewah dengan penampilan ketika ke masjid sehingga menimbulkan perasaan riak yang ditegah dalam Islam. – BERNAMA

“Lemang Perantau” Pengubat Rindu Buat Anak Malaysia Di Jepun



KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri akan lebih bermakna jika hidangan tradisional seperti “ketupat, lemang dan rendang” dapat disediakan untuk sajian keluarga dan juga tetamu yang berkunjung.

Namun, bagi anak Malaysia di perantauan, tiada lagi ketupat dengan daun palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak seterusnya dikukus.

Tiada juga lemang yang diperbuat daripada beras pulut dan santan, dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.

Bagi Aida Norfaliesa Yusof, 29, yang tinggal di Nagaoka Niigata, Jepun, keterujaan terhadap keenakan rasa ketupat palas dan lemang mendorongnya menjadi lebih kreatif mencipta lemang sendiri untuk dimakan bersama rendang di pagi Syawal.

Walaupun rasanya sedikit berbeza, namun suri rumah yang tinggal di negara matahari terbit itu sejak April tahun lepas itu berpendapat penyediaan lemang yang dikenali sebagai “lemang perantau” sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa rindu kepada menu tradisional lebaran itu.

“Sewaktu menyambut hari raya tahun lepas, saya pergi ke majlis rumah terbuka seorang kenalan di Nagaoka Niigata dan di situ saya mula tertarik dengan lemang yang dihidangkan.


“Bentuknya saling tidak tumpah seperti lemang di Malaysia. Bermula daripada situ saya cuba mencari resepi untuk memasak lemang diinternet serta bagaimana boleh dimasak tanpa menggunakan buluh,” katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.

Menurut wanita yang berasal dari negeri Jelapang Padi itu, cara penyediaan “lemang perantau” agak mudah, tidak serumit seperti lemang yang dimasak di Malaysia.

Ibu kepada Muhammad Farris Faisal, 6, dan Nur Faizatul Aisyah Faisal, 3, itu berkata beras pulut yang telah dibersihkan perlu dicampur santan, sedikit garam dan satu sudu besar minyak masak sebelum dikukus selama 30 minit dengan api bersuhu sederhana menggunakan periuk kukus.

Seterusnya pulut itu akan dibentuk seperti lemang dengan cara memasukkannya ke dalam botol air mineral bersaiz 500 milimeter yang telah dipotong separuh dan pastikan pulut itu benar-benar padat di dalam botol, katanya.

“Selepas itu, pulut dikeluarkan daripada acuan (botol), dibalut dengan daun pisang yang telah dilayur dan dikukus semula selama lima minit sebelum dipotong nipis seperti lemang biasa setelah disejukkan seketika,” katanya.

Aida Norfaliesa berkata beliau tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan beras pulut dan santan kerana bahan utama itu mudah diperoleh di mana-mana pasar raya di sekitar kawasan kediamannya.

Namun, untuk bekalan daun pisang beliau terpaksa membelinya secara dalam talian di baticrom.com dan pada kebiasaan belian yang dibuat akan diterima dalam tempoh dua hari, katanya.

Mengenai persiapan raya di tempat orang, Aida Norfaliesa yang mengikut suaminya, Faisal Ariffin, 33, menyambung pengajian di Nagaoka University of Technology berkata sambutan hari raya mereka tidaklah semeriah seperti menyambutnya di kampung halaman sendiri.

Aida Norfaliesa berkata lazimnya beliau sekeluarga menyertai pelajar Malaysia yang lain berkumpul beramai-ramai untuk sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau yang terletak berhampiran kediaman mereka di International Students House, Nagaoka University.

“Setelah solat, kami akan ke Dewan Makan International Students House atau “Kaigi Shitsu” bagi menikmati pelbagai jenis hidangan seperti ketupat, aneka kuih raya, termasuk “lemang perantau” hasil air tangan saya,” katanya yang amat merindui ketupat palas yang dibuat ibunya di tanah air. – BERNAMA

Ganas - Seekor Tenggiling Gergasi Telah Membunuh Pemburu Di Brazil !



TENGGILING gergasi di Brazil dilaporkan membunuh dua pemburu dalam dua insiden berasingan, mencetuskan kebimbangan mengenai kehilangan habitat haiwan terbabit dan risiko bahaya yang semakin bertambah dihadapi manusia, kata penyelidik.

Mamalia yang berhidung panjang dan berbulu itu biasanya tidak bertindak agresif terhadap manusia dan disifatkan oleh Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN), sebagai sejenis spesis yang amat sensitif berikutan pemusnahan hutan dan pendudukan manusia yang menceroboh wilayah mereka.

Mempertahankan diri

Bagaimanapun haiwan itu mempunyai pandangan yang lemah dan jika dalam keadaan takut akan mempertahankan diri dengan kuku yang panjang sepanjang pisau poket.

Kajian kes membabitkan serangan membawa maut oleh tenggiling gergasi itu disiarkan dalam jurnal Wilderness and Environmental Medicine, yang disiarkan di internet bulan ini, menjelang penerbitan isu bercetaknya pada Disember.

“Kedua dua mangsa adalah petani, mereka berburu dan diserang oleh haiwan yang mungkin cedera atau ketakutan ini,” kata ketua penulis, Vidal Haddad, dari Sekolah Perubatan Batocatu, Universiti Sao Paolo.


Kes pertama membabitkan seorang lelaki berusia 47 tahun yang berburu dengan dua anak lelakinya dan anjing mereka apabila mereka bertemu dengan seekor tenggiling gergasi di utara Brazil.

Tenggiling terbabit menggunakan kuku panjangnya yang ditusuk ke peha mangsa dan juga bahu mangsa menyebabkan pemburu terbabit mati di tempat kejadian akibat pendarahan yang teruk, kata laporan yang memetik kejadian itu berlaku 1 Ogos 2012 tetapi tidak pernah didedahkan sehingga sekarang.

Melaka Tidak Bercadang Tutup Jonker Walk – Datuk Seri Idris Haron



MELAKA – Pasar Malam Jonker Walk akan terus beroperasi dan kerajaan negeri akan terus menjadikan laluan warisan itu sebagai destinasi pelancongan utama di negara ini.

Itu adalah janji yang dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron kepada sekumpulan peniaga pasar malam semasa mesyuarat di kediaman rasminya, Seri Bendahara, pada Jumaat.

Idris berkata kerajaan negeri komited untuk menjadikan Jonker Walk sebagai destinasi pelancongan menarik di Malaysia namun pada masa sama mahu meningkatkan aspek kebersihan dan keselamatan.

“Kita tidak akan menutup Jonker Walk seperti spekulasi yang dibuat oleh pihak tertentu malah kerajaan negeri akan membantu peniaga-peniaga.

“Ini termasuk kepada sistem di mana mereka hanya perlu memperbaharui lesen perniagaan setiap tahun dan bukan sekali dalam tiga bulan,” katanya.

Sejak Jun tahun lalu, terdapat kebimbangan di kalangan 200 peniaga bahawa kerajaan negeri mungkin menutup Jonker Walk. – mStar

PM Ucap Tahniah Atas Kejayaan Mohd Hafifi Raih Emas Pertama ?


 


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada atlet angkat berat kebangsaan, Mohd Hafifi Mansor atas kejayaan meraih pingat emas pertama buat negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.

Perdana Menteri berharap kejayaan Mohd Hafifi itu menjadi pembakar semangat buat kontinjen Malaysia.


“Syabas @keteng77 atas pingat emas pertama Malaysia di #Glasgow2014!. Moga-moga beri lebih semangat untuk pasukan kita,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.

Mohd Hafifi, 24, peserta kategori 69 kg, menampilkan aksi cemerlang dengan jumlah angkatan 305 kg menerusi snatch 135 kg dan clean & jerk 170 kg pada final di Scottish Exhibition and Conference Centre. – BERNAMA
Close