Tuesday 9 September 2014

Zaquan Adha Lauh Perasaan Cemburu Dalam Twitter, Lakonan Isterinya Ayu Raudhah & Iqram Dinzly?






Jika sebelum ni kisah Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish berlakon atau bergambar bersama Farid Kamil kali ini ada satu lagi kisah cemburu dengan lakonan pasangan dalam filem.


Zaquan Adha yang merupakan suami kepada Ayu Raudhah yang terlibat dengan filem yang bakal ke pawagam Lagenda Budak Setan 3: Kasyah meluahkan perasaan cemburunya lakonan isterinya di Twitter. Dalam filem tersebut, Ayu Raudhah berlakon bersama Farid Kamil, Maya Karin, Iqram Dinzly dan ramai lagi.





Menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Zaquan Adha meluahkan rasa tidak puas hati melihat isteri beliau ‘diperlakukan sebegitu’ dalam filem tersebut dan terus mengeluarkan arahan yang isterinya itu tidak akan terlibat lagi dengan mana mana penggambaran.


Kenyataan Zaquan Adha itu bagaimanapun telah menarik perhatian Iqram Dinzly yang juga adalah gandingan Ayu Raudhah dalam filem itu dimana dia membalas kenyataan tidak puas hati itu di Twitter dengan mengatakan berlakon di layar perak tidak sama dengan bermain bola sepak yang merujuk kepada kerjaya Zaquan Adha sebagai pemain bola sepak.







P/S: Tetapi suami mana yang tidak cemburu apabila melihat isterinya dengan lelaki lain walaupun ianya dalam lakonan sahaja. Zaquan sepatutnya memahami kerjayanya isterinya dan bersedia menghadapi lakonan diselami isteri dalam watak-watak tertentu.. Tetapi jika Zaquan tidak boleh menerima seelok-eloknya meminta isterinya berhenti berlakon ataupun pilih watak yang tertentu sahaja..

No comments:

Post a Comment

Close