1. Izara Aishah, 22
Izara Aishah Hisham pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur. Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di tempat awam tanpa solekan.
“Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan. Saya makan apa saja yang dihidangkan.”
Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan Naziha itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
2. Anzalna Nasir, 26
Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika dia tampil menggayakan gaun labuh dan pendek.
Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa
3. Nur Fathia, 26
Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff pula dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai ‘Kekcolly’ yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.
Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.
“Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun, saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan daripada bahan semula jadi yang selamat."
“Saya selidik dulu penghasilan produk itu sebelum membuat keputusan mencuba. Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup."
“Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta membasuh muka setiap hari.”
Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan cepat nampak tua. Fathia yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih selesa memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka menggunakan teknologi terkini dan bahan organik.
4. Neelofa, 25
Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2010/2011.
Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara program TV seperti Nona dan Meletop.
5. Kilafairy, 20
Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis berusia 19 tahun ini bijak dalam penampilan.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga anak bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil berjaya membina namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.
6. Emma Maembong, 22
Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa mekap.
Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.
Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai model iklan ini pernah membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).
7. Tasha Shilla, 27
Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak dalam lakonan sudahpun dibuktikan oleh artis yang memiliki mata paling cantik ini.
Pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012
8. Nelydia Senrose, 20
Walaupun baru berusia 19 tahun, kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35.
Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan terkini, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.
9. Wawa Zainal, 23
Berstatus isteri dan ibu juga tidak menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh jerawat.
“Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap dua minggu sekali.”
Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan Budak Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam sehari. Mengakui dia turut menitikberatkan penjagaan makanan yang baik dan berkhasiat.
No comments:
Post a Comment