Wednesday, 10 September 2014

Toyota Malaysia & Toyota Vios Baru Lebih Teruk Model Kereta Proton? Napa Yup?



Toyota Malaysia & Toyota Vios Baru Lebih Teruk Model Kereta Proton? Chong Bee Yock Rugi RM25,000. Review Anda? : Tidak boleh dinafikan Toyota Vios adalah satu jenama kereta yang cukup kukuh jenamanya bertapak di Malaysia. Tidak lupa juga jenama H. jenama T & H terus dominan setiap kali model-model baru mereka dilancarkan.


Tidak lupa juga Chong Bee Yock yang tidak mahu ketinggalan dalam kemeriahan dan kehangatan rakyat Malaysia menempah model Toyota Vios facelift. Dan pada November 2013 adalah hari bersejarah buat Chong Bee Yock apabila beliau berjaya membeli Toyota Vios baru ini. Malangnya……

Malangnya selepas dua minggu, kereta Toyota Vios baru milik Chong Bee Yock mula menunjukkan karenah dan ragamnya.

Sebelum itu anda boleh membaca laporan Berita Semasa sebelum ini mengenai Toyota Malaysia : BACA SINI : Harga Kereta Malaysia Kedua Termahal Dunia : Punca? Markup Harga Tan Choong Motor, UMW Toyota @ Cukai Kerajaan?

Kronologi Masalah Toyota Vios Baru Chong Bee Yock?

Wakil dari Bahagian Perhubungan Pelanggan Toyota, Mr. Wong Chee Hong; Peruding Teknikal Toyota, Mr. Ng Hua Yooi dan En. Mohd Nazri Mohd Said berada dalam kerata saya untuk tujuan pemeriksaan
Ketika kami pergi ke Toyota Seremban Servis Centre, bonggol dengan ketinggian HANYA 2 INCHI sudah ada bunyi seretan terlebih muatan. Saya segera memberhentikan kereta sebelum melepasi bonggol(0KM/HR). En. Ng Hua Yooi berkata yang kereta ini ada masalah dan akan tolong saya selesaikan masalah itu.
Setelah seminggu, Mr. Wong Chee Hong menelefon saya dan kata kereta ini tiada masalah!
Masalah yang ada ialah saya tak boleh memuatkan 5 orang ketika menghadapi bonggol.
Dia juga berkata yang Toyota tak boleh ambil orang jika tak mahu ada masalah ini. Dia cuma mengarut.
Entah apa-apa. Toyota Vios juga kuat makan minyak. Bila saya beli kereta ni, mereka kata yang kereta ni hanya guna RM0.17/KM tapi saya guna RM78 untuk memandu 308KM! Ini bermakna saya guna RM0.25/KM(78÷308).
Kereta Honda City 1.3 Auto 1997 milik saya hanya guna RM70 untuk 371KM. Honda City lama ni hanya guna RM0.18/KM. Toyota hanya tahu menipu pelanggan untuk beli kereta yang kualitinya lebih teruk dari Proton Malaysia.
En. Mohd Nazri Mohd Said mengaku yang kereta ni ada masalah pada mulanya, tapi bila mereka tak boleh buat apa-apa, mereka kata kereta ni tak ada masalah.
Toyota Vios juga ada masalah bunyi bumbung bila hujan. Sama seperti pengguna Toyota Malaysia guna tin Milo sebagai bumbung Vios. Bila hujan, penggera akan ‘trigger’ dengan automatik.
Adakah kereta Proton lagi teruk dari ni? Tidak! Mereka telah memeriksa kereta saya selama 9 bulan mereka cuma menyelesaikan masalah penggera dan bumbung.
Masalah makan minyak dan bunyi geseran lebih muatan masih tak boleh diselesaikan dan disimpulkan yang Toyota Vios tak ada masalah!
Mr. Ng Hua Yooi kata yang cara pemanduan yang bermasalah. Saya dah memandu lebih dari 30 tahun.
Bila saya pandu Toyota Vios = Ada Masalah. Bila saya pandu Honda City = Tak Ada Masalah. Sekarang ni TOYOTA VIOS YANG BERMASALAH KE SAYA YANG BERMASALAH!?
Masalah Toyota Malaysia & Toyota Vios : Lampiran Dokumen Chong Bee Yock



Dan Chong Bee Yock sempat memberikan nasihat dan peringatan kepada semua yang berangan-angan mahu menempah dan membeli kereta Toyota Vios ini, supaya berfikir masak-masak sebelum membelinya sekarang dikhuatiri anda akan menyesal sepertimana masalah yang beliau alami sekarang.

Dek kerana sudah bosan menunggu dan terus menunggu dengan masalah Toyota Vios baru Chong Bee Yock yang tidak boleh diselesaikan pihak Toyota Malaysia yang hanya memberikan seribu satu alasan, akhirnya Toyota Malaysia bertindak mahu membeli kereta Toyota Vios mereka. Tetapi…..

Tetapi pada harga RM52,000 dan pastinya Chong Bee Yock terkejut dan terkilan sekali dengan tawaran harga Toyota Vios yang dbeli semula oleh pihak Toyota Malaysia.

Chong Bee Yock berasa sia-sia segala usaha membaiki kereta Toyota Vios akhirnya hanya boleh menjual semula Toyota Vios ini dengan harga RM52,000 sahaja (kerugian sejumlah RM25,000) ditambah segala masalah kereta yag dialami oleh Chong Bee Yock selama ini sepanjang memandu Toyota Vios ini.

Apa pandangan anda pula? Setuju dengan pendapat Toyota Vios sekarang lebih terus daripada model kereta Proton? Pernah anda mengalami masalah sepertimana yang dialami Chong Bee Yock? Review anda?

No comments:

Post a Comment

Close