Wednesday 3 September 2014

Bila Seluar Dalam Dan Kondom Di Bawa Ke Sidang Media! Apa Akan Jadi?


Kisah ini berlaku di daerah Cirebon, Jawa Barat, Indonesia. Dua pelajar sekolah kantoi ketika melakukan seks apabila kafe siber yang menjadi markas ponteng sekolah mereka di serbu pihak berkuatkuasa siang tadi.

Turut ditemui ketika serbuan termasuklah dua kondom yang telah digunakan, seluar dalam, seluar pendek serta seluar sekolah di atas lantai. Kesemua barang itu itu dibawa pihak berkuasa ketika sidang media sebagai bahan bukti kejadian memalukan itu.

Memetik laporan portal kompas.com, pegawai dari Unit Polis Perkhidmatan Awam Cirebon berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu.

“Kami terkejut dan sangat marah kerana berlakunya salah laku di tempat kejadian. Mereka bukan sahaja tidak hadir ke sekolah, tetapi juga melakukan perkara yang tidak bermoral,” kata Ibrahim, Ketua Polis Perbandaran Cirebon.


Dengan wajah marah, Ibrahim segera memanggil ibu bapa setiap pelajar itu.

“Serbuan hari ini dibahagikan kepada empat kawasan Cirebon iaitu timur,tengah, barat dan utara. Susulan serbuan, kami menemui sepasang pelajar yang melakukan seks serta menahan 50 pelajar yang bermain internet semasa waktu sekolah. Kami akan memperhebatkan serbuan seperti ini. Ia amat memalukan,”kata beliau.

Sementara itu, pelajar wanita terbabit mendakwa, dia dan teman lelakinya terangsang untuk melakukan hubungan seks setelah menonton adegan menghairahkan di Internet. “Pada mulanya, kami hanya menonton filem seram. Tiba-tiba ada adegan menghairahkan. Kami terangsang dengan adegan itu lalu membeli kondom di pasar raya berhampiran dan serta-merta melakukannya,” katanya dengan menundukkan wajah kerana malu.

No comments:

Post a Comment

Close