Sunday 7 September 2014

NORA DANISH DAPAT FERRARI DAN RUMAH 7 JUTA !!!


Terkini Isu Kontroversi Artis Nora Danish Dapat Kereta Ferrari dan Rumah Bernilai RM 7 Juta Oleh Nedim Nazri Aziz!


Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan gosip sensasi artis berstatus janda mantap lagi meletop iaitu Nora Danish telah menerima hadiah kereta brand Ferrari dan sebuah rumah bernilai RM7.2 juta oleh Nedim Nazri iaitu anak VVIP menteri pelancongan dan kebudayaan Malaysia. Adakah benar apa yang dilaporkan oleh paparazi Murai Batu? Tidak dinafikan kes ini telah menimbulkan skandal terbaru tentang Nedim Nazri, bapanya sedaya upaya cuba membela dan enggan mengulas panjang kepada wartawan setelah dibongkar oleh sebuah NGO yang menyiasat tentang kes salah laku, salah guna oleh kakitangan awam parti pemerintah. Ikuti cerita hangat mengenai isu kontroversi Nedim Nazri ini dan kekasihnya Nora Danish.




Nora Danish Dapat Ferrari dan Rumah RM 7 Juta

Gosip Sensasi Janda Meletop, Nora Danish Dapat Ferrari dan Rumah


Kebelakangan ini, kami bukan sahaja perlu alert dengan kisah dunia hiburan sahaja.


Ada kalanya -kadang ada juga tersangkut di portal dan blog politik yang panas dan pelbagai cerita pembongkaran itu dan ini.


Sebelum kami merapu lebih jauh, tadi ada kami terbaca kisah seorang anak VVIP yang kini dikatakan intim dengan seorang aktres cantik berstatus janda.


Melihat kepada hubungan cinta mereka berdua yang sedang hangat diperkatakan, nampaknya aktres berkenan sering dikejar pihak media. Apatah lagi mereka tidak pernah berselindung menerusi foto-foto mesra yang telah dimuatnaik di laman sosial.


Bagaimanapun kami dapat tahu, mereka takut untuk mengumumkan status hubungan mereka berdua kerana takut jodoh tak ada.


Amboi, kalau sudah mesra macam tu, takkanlah hanya kawan sahaja? Kononnya Nora Danish dan Nedim Nazri berkhalwat atau bersekedudukan ketika bercuti di luar negara.




Gosip Nora Danish dan Nedim Nazri Sudah Bernikah

Nora Danish dan Nedim Nazri Mesra Bersama


Entahlah, apa yang penting si anak VVIP tersebut baru sahaja dikaitkan dengan sebuah kes pembelian asset mewah bernilai RM 7 juta.


Sebuah rumah telah dibeli oleh jejaka itu di atas namanya sendiri dan ianya telah dibongkar oleh Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM).


Alamak, macam tengah buat persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan sahaja.


Tetapi apa yang lebih penting, kereta Ferrari mewah itu juga khabarnya telah diberikan kepada aktres berkenaan atas alasan mereka berdua berkawan baik.


Kawan baik yang terbaik sangat. Kalau macam itu kami nak cari seorang kawan baik, mana tahu dapat kasut Christian Louboutin pun jadilah.


Kalau betullah cerita yang sampai ke telinga kami ini, nampaknya memang bertuahlah badan.


Bukannya apa, aktres berkenaan pun sudah lama hidup sendirian.


Jadi kalau ada jejaka yang sudi menjaga dia dan keluarganya, jadi senanglah hidup nampaknya.


Tetapi setahu kami, rumah yang dibeli itu memang sedang hangat diperkatakan sampai ke Parlimen.




Rumah RM 7 Juta Dibeli Oleh Nedim Nazri Buat Nora Danish

Nazri Aziz Bela Nedim Beli Rumah Bernilai RM 7 Juta


Malah VVIP itu pun khabarnya telah menjawab pertanyaan mengenai pembelian rumah mewah oleh anaknya yang masih muda itu. Nedim Nazri menjadi pegawai khas di kementerian pelancongan dan kebudayaan bawah bapanya.


Kalau hati sudah sayang. Laut api sanggup direnangi, apalah sangat banglo dan Ferrari itu kan?


Tetapi sebab ada yang tak suka lah sebab itu cerita ini sampai ke telinga kami.


Apa-apa pun Murai Batu hanya sekadar berkongsi cerita sahaja. - Portal Murai.


Penjelasan Bapa Nedim Nazri - Isu Rumah RM7 Juta


Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.


Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.


"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.


Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan". - Malaysiakini.




NORA DANISH DAN NEDIM NAZRI AZIZ MAKAN BERSAMA


+Mohd Rohaizad terkejut dengan gosip sensasi yang terbaru tentang Nora Danish yang mendapat hadiah kereta mewah berjenama Ferrari dan sebuah rumah bernilai RM 7.2 Juta oleh kekasih atau merangkap bakal suaminya Nedim Nazri. Mungkin selepas berkahwin baru Nedim Nazri alih nama kepada Nora Danish? Desas-desus ini berjaya dibongkar oleh sebuah NGO dan menyebarkannya kepada orang awam mengenai kes kononnya salahguna kuasa dan rasuah oleh keluarga Nazri Aziz. Adakah benar hadiah yang diterima oleh Nora Danish tersebut? Penjelasan secara rasmi belum lagi dikeluarkan, mungkin beberapa hari kemudian baru tahu kisah sebenar. #NoraDanishDapatFerrariRumahRM7Juta

No comments:

Post a Comment

Close