Thursday 4 September 2014

Scha Al Yahya Langsing Bak Anak Dara Selepas Berpantang...




SEKALI tengok, dah macam anak dara pula Scha Al Yahya dalam gambar yang dikongsikan di Instagram ini.

Banyak kali tengok pun, pasti ramai yang kagum dengan kelangsingan tubuh pengacara dan pelakon yang baru selesai berpantang selepas melahirkan anak sulung itu.

Rata-rata peminat memuji fizikal Scha yang dilihat hampir tidak ada beza dengan keadaannya sebelum mengandung.




Dari satu sudut, mungkin Scha bertuah kerana dia bukan jenis wanita yang mudah naik berat badannya.

Namun bagi kami, tanpa disiplin yang tinggi semasa berpantang, sukar untuk dia kembali ke bentuk asal tubuhnya.

Nanti bolehlah kongsi tips kepada peminat ya Scha!

Oleh: ELZA

No comments:

Post a Comment

Close