Tuesday, 24 June 2014
Terkini Artis Hafiz AF7 makin kurus dan segak sejak memotong rambut dan misainya
Telah banyak perubahan dapat dilihat pada keadaan fizikal Hafiz sejak kebelakangan ini. Bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini misalnya telah memotong pendek rambutnya yang panjang dan kembang sejak tahun lalu.
Terbaharu, saiz badannya pula kelihatan susut. Dia nampak kurus dan sedikit cengkung sehingga ada yang mengatakan dia seperti sedang sakit. Sedangkan hakikatnya anak kelahiran Kuching, Sarawak ini semakin sihat dan ceria melalui kehidupannya.
Menurut Hafiz, dia sengaja menguruskan bentuk badan sehingga ia turun mendadak sejak kira-kira dua bulan kebelakangan ini. Ini kerana, dia mahu kelihatan lebih cantik dalam penampilan hasil dorongan kawan-kawannya.
“Memang berat badan saya turun sekarang ini. Kalau dulu berat saya 65 kilogram tetapi sekarang ini berat saya adalah 57 kilogram. Semua ini saya lakukan kerana mahu kelihatan sihat dan ia bermula sejak dua bulan yang lepas.
“Selain itu saya juga mahu kecilkan juga pada bahagian perut. Untuk itu, saya banyak bersukan dengan kawan-kawan bermain badminton dan futsal. Saya juga menjalani program untuk menguruskan badan secara intensif.
“Buat masa ini saya menggunakan sebuah alat yang dikenali Insanity Extreme Cardio yang saya gunakan dalam lapan minit dalam sekali sesi penggunaannya sama ada sebelum tidur atau selepas bangun tidur.
“Cara ini berkesan dan tidak memerlukan banyak masa untuk saya bersenam dan sekali gus menurunkan berat badan saya," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment