Menamakan anak sama dengan tokoh agama dan sejarah adalah perkara biasa dalam kalangan ibu bapa.
Malah terdapat ramai ibu bapa turut menamakan anak sempena sesuatu yang meninggalkan kesan kepada mereka termasuk nama tempat, bulan kelahiran dan sebagainya.
Maka tidak hairanlah sempena Piala Dunia yang sedang hangat berlangsung tahun ini, ada ibu bapa yang terkesan hingga menamakan anak mereka sempena nama pemain bola sepak negara yang disokong.
Contohnya salah seorang bayi yang dilahirkan pada 21 Jun lalu di Hospital Putrajaya dinamakan bapanya sempena pemain Portugal dan Brazil, Ronaldo dan Neymar.
Mungkin dengan menamakan anaknya begini, si bapa mengharapkan agar anak lelakinya bakal membesar menjadi pemain bola sepak hebat satu hari nanti sekaligus dapat mewakili Malaysia ke Piala Dunia agaknya.
Apa pun, nama tidak penting kerana yang lebih utama adalah bagaimana didikan diberi hingga anak membesar menjadi manusia berguna.
No comments:
Post a Comment