Saturday 28 June 2014

Memang Power Amoi Hot Pants Merah Ni Tewaskan 3 Penyamun Dengan Tukul Je !!!


BERANI. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang gadis yang mengejar tiga penyamun yang memecah masuk rumah pangsanya yang disewanya di Jalan Tiong Hua, Sibu, semalam.

Memetik laporan Borneo Post, Jacquelin, 23, pada mulanya terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising di luar pintu rumahnya.

Dia kemudiannya bertindak mengintai melalui lubang pintu dan terkejut melihat seorang lelaki sedang mengumpil pintu dan pagar besi rumahnya.

Jacquelin kemudiannya segera mengambil tukul dalam bilik tidurnya dan bersembunyi di bilik sebelah.

Sebaik sahaja penyamun tersebut masuk ke dalam rumahnya, dia terus menjerit dan mengangkat tukul sekaligus menyebabkan suspek terkejut dan lari.

Bagaimanapun, suspek ketiga yang menunggu di dalam kereta tidak sempat lari dan merayu agar gadis tersebut tidak menghubungi polis.


Selepas berunding, dia kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan kereta Kancil yang dipercayai kereta curi.

Oleh: ELZA

No comments:

Post a Comment

Close