Namun, seorang wanita di China mengambil pendekatan berbeza.
Jinna Yang, 25, memilih membawa kadbod yang dibuat menyerupai bapanya untuk mengelilingi Eropah bagi menunaikan impian bapanya sebelum meninggal dunia akibat barah perut pada usia 52 tahun.
Bapanya, Jay Kwon Yang yang pernah bertugas sebagai jurutera alam sekitar, membesarkan Jinna dan adik beradiknya secara sendirian selepas bercerai.
JINNA bersama kadbod gambar bapanya di Blue Lagoon, Iceland.
Dia yang juga ahli perniagaan mengenepikan impiannya menjelajah Eropah dan turut melupakan hasrat untuk menjadi pemain golf profesional semata-mata kerana untuk membesarkan anaknya.
Bagi Jinna, April di dedikasikan khas untuk menyempurnakan impian bapanya walaupun hanya mampu membawa replika kadbod bapanya mengunjungi Eropah.
Dia bersama ‘bapanya’ mengunjungi tempat terkenal seperti Paris, Itali dan Iceland sambil merakamkan gambar kenangan di lokasi berkenaan untuk merasai ‘kehadiran’ bapanya di sisi.
Kadbod itu disiapkan bapa rakannya yang bertugas sebagai pereka industri dan direka khas agar mudah dilipat dan dibawa ke mana-mana.
‘Percutian keluarga’ itu menarik perhatian orang ramai yang melihat Jinna bergambar bersama kadbod potret bapanya.
“Selalunya apabila anda melihat kadbod bersaiz manusia, ia pasti mereka yang terkenal seperti Justin Bieber atau One Direction dan kebiasaannya berada di bilik tidur kanak-kanak. Ramai yang turut bergambar bersama kadbod bapa saya,” kata Jinna.- Agensi
No comments:
Post a Comment