Thursday 26 June 2014

GAMBAR: Kejutan Buat Peminat, Kemesraan Uqasha & Syafiq Kyle Di Majlis Hari Jadi Jelas



Seperti diketahui umum pelakon wanita yang semakin jelita selepas memilih untuk berhijab, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen,22, atau Uqasha kini sedang rapat dengan pelakon baharu, Syafiq Kyle.

Hubungan mereka mula dihidu selepas Syafiq ada mengepos gambarnya dan Uqasha berpegangan tangan di Instagram biarpun tidak lama selepas itu dia memadamkan kembali gambar tersebut.

Hubungan antara Uqasha dan Kyle dipercayai bermula selepas putusnya hubungan Uqasha dengan Pekin Ibrahim.

Baru-baru ini, tersebar beberapa gambar Syafiq menyambut hari lahir. Ternyata sebagai teman rapat Uqasha turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Turut kelihatan adalah Qi Razali dan kekasihnya yang juga adik Uqasha, Nelydia.




Dalam kebanyakan gambar dapat dilihat Uqasha berada berhampiran Kyle. Sweet kan?


Apa pun jika benar hubungan mereka mencapai status istimewa tak lama lagi, diharapkan ia berakhir di jinjang pelamin.

Oleh: REM RAMZI

No comments:

Post a Comment

Close