Monday, 30 June 2014

Panas Je - Lisa Surihani Tanpil Memohon Maaf Isu Baju Seksi Berkemban...



Sebelum ini jarang sekali pelakon Lisa Surihani dikaitkan dengan kontroversi berpakaian seksi dan menjolok mata.

Namun, baru-baru ini, namanya terpalit cerita kurang enak apabila pakaian yang digayakan Lisa sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dikritik sesetengah peminatnya yang mendakwanya kelihatan sedikit seksi dengan baju kemban rekaan Alia Bastamam.

Menyedari isu itu hangat diperkatakan di laman-laman gosip tempatan, Lisa tampil memohon maaf mengenai busana kemban berwarna hitam ungu yang digayakannya itu.

“Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tetapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf.

“Apa yang saya boleh kata adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya. Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang,” katanya memetik Harian Metro.

Mungkin selepas ini Lisa perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan busananya agar tidak lagi dikritik para peminatnya.


Namun begitu, peminat tidak perlulah terlalu over mengkritik kerana hak berpakaian adalah hak individu itu sendiri tapi seperti yang kita tahu tiada yang menjadi privasi sekiranya seseorang itu bergelar selebriti.

Luar dalam kehidupan mereka selagi boleh orang nak selidiki dan kritik namun itulah harga yang perlu dibayar oleh setiap selebriti, sama ada dari dalam mahupun luar negara. Tak gitu? – MYNEWSHUB.MY

Oleh: AUDREY LEE

Isu Panas - Izreen Tempelak Penulis Gosip Yang Mengaitkan Bercinta Dengan Amar




Pelakon Izreen Azminda yang baharu sahaja disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu ternyata berang dengan artikel gosip yang ditulis di sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Dalam artikel tersebut, penulis ruangan pojok itu mengatakan Izreen kini sedang hangat bercinta dengan hero gandingannya dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin.

Menjawab dakwaan gosip itu, Izreen menulis di laman Instagramnya,



Nampak marah benar Izreen dengan gosip ini, yelah siapa tak marah kan kalau cerita yang ditulis tu tak benar, ye tak?

Tak semestinya kalau hero dan heroin itu rapat di luar, mengesahkan cerita bahawa mereka kini sedang bercinta.

Mungkin kedua-duanya memang selesa berkawan di antara satu sama lain, tu yang boleh ngam.


Walaupun begitu, kebanyakan peminat di luar sana menerusi sebuah forum hiburan mengatakan mereka turut bersetuju sekiranya hubungan cinta di antara Izreen dan Amar menerusi drama KTAR menjadi realiti dalam kehidupan sebenar mereka.

Oleh: AUDREY LEE

Walaupun Menetap Di Taiwan Soo Wincci Tetap Berpuasa, Bagi Masyarakat Taiwan Pelik Kenapa ?




Meskipun kini menetap di Taiwan, tetapi tidak menjadi halangan buat penyanyi Soo Wincci berpuasa. Malahan ini merupakan tahun ketiga, Wincci berpuasa di bulan Ramadan. Namun tindakannya itu dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 28 ini berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

“Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada sebuah portal berita.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.


“Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia.

“Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai.

“Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu.

Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan.

“Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan.

“Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan. – Malaysian Digest

Di China - Bakar Perempuan Simpanan Suami Dengan Menyimbah Petrol Sebab Terlalu Marah



Yunnan – Seorang wanita menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri.

Kejadian berlaku kelmarin apabila suspek yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa dengan petrol di luar sebuah warung kopi.

Wanita itu mendakwa perempuan simpanan suaminya memaksa dia bercerai.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita terbakar dengan bunyi jeritan yang menakutkan.

Mangsa kemudian rebah dan mati di tempat kejadian.

Mayat itu rentung hingga tidak dapat dikenali.


Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan cuba mengelar dirinya dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital.

Menurut pemilik warung itu, Shi datang dengan berpakaian serba hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol.

Apabila tiba di warung itu, Shi bertanya kepada mangsa: “Adakah kamu yang mendampingi suami saya?”

Tanpa menunggu jawapan daripada mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka wanita itu dan berlari mengambil baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita berkenaan dan membakarnya.

Panas-panas! McDonald’s Malaysia Buat Kes Pula Dah Merompak 'OKU'




KUALA LUMPUR – Pihak McDonald’s Malaysia sedang melakukan siasatan susulan kes penghantaran palsu dan rompakan ke atas seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan Presiden Muscleteer Malaysia Fadzli Fadhilah, baru-baru ini.

“Kami telah mengenal pasti penghantar berkenaan dan telah mengarahkan rakan perniagaan yang bertanggungjawab atas khidmat penghantaran McDelivery untuk menggantung beliau daripada tugasannya sementara menunggu siasatan kami.

“Tindakan sewajarnya akan diambil setelah siasatan dalaman kami selesai. Kami menyedari satu laporan polis telah dibuat oleh En. Fadzli dan hasrat kami adalah untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata jurucakap McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai kepada Astro AWANI menerusi emel.

Beliau turut berkata McDonald’s Malaysia tidak akan membiarkan apa-apa tingkah laku yang menyalahi undang-undang untuk berlaku.

“Kami telah berhubung dengan Fadzli mengenai kejadian ini dan akan terus berkomunikasi dengan beliau dari semasa ke semasa,” tambah Melati.

Pada 17 Jun lalu, seorang lelaki penghantar makanan segera telah membuat penghantaran palsu sebelum Fadzli dirompak sebanyak RM100 di rumahnya.


Beliau memberitahu bahawa lelaki berkenaan merupakan orang yang sama yang menghantar makanan ketika membuat pesanan pada 3 Jun.

“Dia tidak melarikan diri. Dia cuma berjalan ke lif sebab dia tahu saya tidak boleh kejarnya,” ujar Fadzli ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, undang-undang dan akta baru perlu diperkenalkan untuk melindungi OKU kerana golongan OKU tidak berdaya melindungi diri sendiri dan mempunyai banyak batasan.

Astro Awani

Ajal Tak Kira Di Mana-Mana (GAMBAR): Mangsa Dari Kluang, Meninggal Ketika Cuba Melompat Longkang Di Bazar Ramadan




Putrajaya – Seorang kakitangan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Muhammad Kamal Salleh Hodin meninggal dunia selepas terhantuk di tebing longkang ketika melompat di longkang besar, untuk ke bazar Ramadan yang terletak di Presint 3, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 34 tahun dan berasal dari Kluang.

Ketika kejadian pada 5.45 petang itu, beliau dikatakan memanjat cerun untuk tapak bazar Ramadan itu dan cuba melompat melalui longkang besar tersebut.

Namun malang menimpa apabila lompatannya gagal dan mangsa terhantuk di tebing longkang.

Polis mengesahkan Muhammad Kamal meninggal dunia di tempat kejadian.


Biar Betul ? Dayana Dan Sakinah Tidur Sekatil, Ashraf Tidur Ruang Tamu?



Hah, biar betul Ashraff Muslim dibiarkan tidur di ruang tamu sementara kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi tidur sekatil.

Hah, macam tak percaya kan, tapi perkara ini memang benar-benar berlaku bak kata keluarga bahagia ini.

Ini kerana menurut Dayana, walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, namun apabila dirinya datang berehat ke rumah Sakinah, dia dan madunya itu serta anak tirinya, Sarah akan tidur sebilik manakala Ashraf tidur di ruang tamu.

Memetik Harian Metro, Dayana berkata, “walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu”.

Selain itu, Dayan turut mengakui sering keluar membeli-belah bersama Sakinah kerana mereka berdua berkongsi cita rasa yang hampir sama.

“Kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah,” katanya.


Sementara itu, Ashraf juga mengatakan hubungan kedua-dua isterinya kini sudah semakin rapat dan erat seperti rakan baik.

Ashraf juga mengatakan sering membawa keluarganya ke majlis-majlis ilmu untuk menambahkan bekalan agama bersama-sama.

Baguslah begitu kalau Ashraf pandai mengemudi kedua-dua rumah tangganya kerana memang tidak mudah untuk berpoligami.

Harapnya Ashraf akan terus berlaku adil di antara Dayana dan Sakinah dan semoga keharmonian mereka sekeluarga akan kekal sehingga hujung nyawa.



Oleh: AUDREY LEE

Di Ketahui Sekarang - Luna Maya Mengaku Masih Sayangkan Ariel Noah




SIAPA yang boleh melupakan kes ‘panas’ yang melibatkan penyanyi Ariel Noah dengan bekas kekasihnya Luna Maya suatu ketika dahulu?

Dek kerana penyebaran video lucah yang melibatkannya kedua-dua selebriti itu, Ariel dipenjara dan hubungan mereka juga putus di tengah jalan.

Khabarnya, ia berpunca kerana masalah kewangan kerana penyanyi itu tidak mampu lagi meraih pendapatan seperti dahulu kerana hukuman tersebut.

Luna sendiri dikatakan menunutut wangnya dari Ariel menerusi akaun simpanan mereka.

Namun, episod itu sudah berlalu dan penyanyi itu sudah kembali semula ke pentas nyanyian.

Bukan itu sahaja, dia juga sudah menemui pengganti Luna iaitu pelakon Sophie Mueller.




Menariknya, menerusi satu temubual bersama rancangan bual bicara baru-baru ini, Luna mengakui dirinya masih sayangkan Ariel.

“Ya, masih sayang sangat. Sedih rasanya ditinggalkan,” ujarnya merujuk kepada penyanyi itu.

Hmm, tak tahulah siapa yang sebenarnya memutuskan hubungan terlebih dahulu.

Jika Luna yang melakukannya, mungkin Ariel boleh tersenyum sinis saat ini…

Oleh: ELZA

(Sumber: Celebrity.Okezone)

Memberi Khidmat Yang Bermasalah Pasangan - Poligami Ekspres Dikesan Aktif Di Utara Semenanjung




ALOR SETAR – Walaupun amaran dan penguatkuasaan dilakukan, namun sindiket nikah poligami ekspres masih dikesan bergiat aktif dengan menyebarkan risalah berkenaan kepada orang ramai di beberapa negeri, termasuk Kedah.

Dengan tag line ‘untuk yang berani sahaja’, bagi menarik perhatian, sindiket tersebut dipercayai turut menyediakan pakej lengkap pernikahan yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Difahamkan, sindiket berkenaan sedia membantu pasangan yang bermasalah untuk berpoligami kerana faktor kewangan, undang-undang dan halangan keluarga.

Dengan tawaran harga serendah RM2,500, sudah pasti ia membuatkan pasangan berkenaan mendapatkan pakej tersebut.

Bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah pasangan untuk poligami, malah sindiket tersebut turut mendakwa jurunikah dan sijil nikah yang dikeluarkan adalah mendapat pengesahan Jabatan-jabatan Agama Islam di Malaysia.

Sindiket terbabit dilihat seolah-olah cuba menyediakan ruang untuk pasangan berpoligami secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama mahupun mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.


Selain itu, pengangkutan pergi dan balik dari Alor Setar ke Thailand bagi urusan pernikahan juga disediakan sindiket terbabit.

Sejurus selesai pernikahan itu, mereka turut disediakan tempat penginapan di sebuah hotel mewah sekitar Alor Setar selama tiga hari, dua malam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang wanita mendedahkan tidak sanggup bersekongkol dengan perbuatan salah suaminya berkahwin dengan isteri kedua menggunakan khidmat sindiket di Alor Setar.

Pernikahan poligami menerusi sindiket terbabit diketahui wanita tersebut selepas sijil nikah berkenaan dikesan palsu dan disahkan oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar.

Pasangan poligami itu kemudiannya mengakui telah berkahwin di sebuah bilik hotel sekitar Alor Setar menerusi sindiket sebagai jalan mudah.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, demi merahsiakan perkahwinan kedua mereka daripada diketahui isteri pertama, segelintir individu dikesan menggunakan sindiket penjualan sijil nikah poligami yang menyerupai sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Menurut laporan itu, proses akad nikah pasangan tersebut dilakukan tanpa melibatkan wali terdekat pengantin perempuan.

Sindiket berkenaan juga dipercayai aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami.

Pada masa sama, mereka juga bijak memancing pasangan berkenaan dengan mempercepatkan pengeluaran sijil nikah poligami beberapa hari sebelum akad nikah berlangsung. – SINAR HARIAN

Panas - Haliza Misbun Tak Mahu Komen Dakwaan Adik Dipukul Awie



NAMPAKNYA, bukan Rozana Misbun sahaja yang mengambil tindakan berdiam diri mengenai kes pukul terhadap dirinya yang didakwa melibatkan suaminya, Awie.

Kakaknya yang juga pelakon Haliza Misbun juga turut mengambil langkah untuk tidak memberikan sebarang ulasan mengenai gosip itu.

Menerusi sebuah akhbar tempatan, pelakon itu menyifatkan cara yang paling baik ialah berdiam diri dan membiarkan gambar yang tersebar itu ‘berbicara’.

Hai, lain macam bunyinya?

Pada masa yang sama, Haliza juga tidak mahu mengeluarkan kenyataan kerana menghormati undang-undang kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis.

Memandangkan tiada siapa pun yang mahu mengiyakan atau menafikan dakwaan ini, kami percaya anda di luar sana sudah boleh membuat kesimpulan mengenai gosip ini…

Oleh: ELZA

Kes Budak OKU - Hukuman Denda Dan Penjara Yang Primitif Terhadap Ibunya


1. Dalam kejadian contoh adik Firdaus, OKU yang ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati kita baru-baru ini, si ibu adalah penjaga kepada mangsa secara keseorangan, selama hampir 15 tahun sebelum dunia mengetahuinya.

Secara biologinya, wujud tekanan kepada si ibu untuk menggalas beban itu, hari demi hari, selama hampir 15 tahun, dalam keadaan persekitaran yang sukar, dan secara keseorangan. Namun, secara prinsipnya, sebarang kezaliman walau berlaku kerana apa juga alasan, patut dihukum.

Di sinilah wujudnya perbahasan, apakah tujuan sebenarnya hukuman? Membalas dendam? Membetulkan keadaan? Memburukkan keadaan? Menghalang orang lain melakukan keasalahan yang sama? Atau apa? Inilah perkara yang manusia terlepas fikir. Dan diburukkan lagi dengan keadaan, buat masa ini, di Malaysia, pembuat / pelulus hukuman dipilih oleh rakyat berdasarkan jenama parti, populariti isu dan sentimen perkauman, bukan ideologi.

Tahukah kita kini si ibu berdepan dengan 2 pertuduhan. Pertama DENDA sehingga RM20 ribu atau PENJARA sehingga 20 tahun? Hukuman kedua pula ialah DENDA RM5 ribu atau PENJARA sehingga 5 tahun?

Apakah tujuan hukuman denda wang kepada orang miskin yang mengalami tekanan dalam sosial masyarat pincang pelbagai tajuk? Dari segi agihan zakatnya, dari segi masyarakat yang diajar buta untuk mencari asnaf sendiri, dari segi ketirisan ekonominya, dari segi kakitangan Jabatan Kebajikan diambil berdasarkan temuduga tiada peluang kerja kerajaan yang lain, bukan kerana minat atau jati diri aktivisme dan sebagainya.

Apakah tujuan hukuman penjara kepada si isu (penjaga) yang mempunyai anak lain? Memisahkan si ibu dengan anak lain atau memaksa si anak lain masuk penjara kerana memerlukan jagaan si ibu.


2. Begitu juga dalam kejadian contoh OKU wanita di Tumpat. Setelah si ibu meninggal dunia, si abang yang mempunyai tanggungjawab sendiri menanggung beban menjaga si adik. Ini bukan tekanan sehari. Ini tekanan bertahun-tahun. Sekali lagi, prinsipnya setiap kezaliman perlu dihukum. Soalnya apakah tujuan hukuman? Dari sinilah penentapan bentuk hukuman dibahaskan.

3. Dicadangkan, penjara adalah hukuman kepada kesalahan yang memudaratkan secara langsung kepada sosial (masyarakat) seandainya pesalah tidak dipenjara. Contohnya pengedaran senjata api, dadah, penculikan dan sebagainya.

Bagaimanapun, tetap terdapat masalah melibatkan orang yang tidak berdosa apabila satu-satu individu dipenjara terutama yang dipenjara belasan tahun. Yakni anak tanggungan kepada pesalah.

Dalam Islam, kesalahan rompak yang cukup syarat, hukumnya potong tangan, pulang ke rumah dan meneruskan tanggungjawab keluarga seperti biasa. Peristiwa hukuman itu sahaja yang meninggalkan kesan kepada sosial. Bagaimanapun, perbahasan melaksanakan ini sangat panjang dan komplek.

Dicadangkan, buat masa ini, kerajaan membuat satu dasar wajib kepada kilang-kilang pembuatan / perlombongan / perladangan besar untuk menerima pesalah hukuman penjara yang lama, sebagai pekerja di bawah pengawasan pihak penjara. mungkin 10 pesalah untuk satu kilang, di bawah pengawasan 2-3 pegawai. 90% gajinya dikirim ke anak tanggungan. Manakala 10% bersama intensif imbuhan kelakuan baik diserahkan pada hari bebas hukuman sebagai permulaan kehidupan.

4. Kesalahan seperti contoh 1 dan 2 di atas pula, dan bagi kesalahan pertama, mewajarkan pesalah dihukum kerja-kerja sosial / kebajikan mengikut jumlah jam, diwajibkan proses kaunseling secara berkala beberapa tahun dengan dipermudahkan bantuan melalui permohonan pihak kaunselor. Wallahualam.



30 Jun 2014
Khairul Nizam Abd Ghani (gambar di atas)
Ahli Perwakilan Negeri Kelantan
Parti Sosialis Malaysia

MH370: Bukti Terbaru Dakwa Wujudnya Gangguan Di Kokpit Pesawat


PENYIASAT nahas udara, kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar-pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

Menurut laporan itu, unit data satelit pesawat telah melakukan permintaan ‘log masuk’ yang tidak dijangka kepada satelit, dalam tempoh kurang dari 90 minit semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Laporan menyebut mengenai permintaan ‘log masuk’ yang dikenali sebagai ‘handshake’ yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa elektrik di atas kapal pesawat.

“Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.

“Analisis telah dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan ‘logon’ adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa,” Menurut laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.


David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

Tindakan itu, katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

“Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa,” katanya.

“Ia boleh menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk beberapa ketika. Dengan kerunsingan di dalam kokpit anda mungkin boleh mematikan kuasa buat sementara dan menghidupkannya semula apabila anda memerlukan sistem lain untuk menerbangkan pesawat.”

Inmarsat, syarikat yang secara rasmi menganalisis data penerbangan dari MH370, telah mengesahkan penilaian ini tetapi berkata tidak mengetahui mengapa pesawat itu mengalami kegagalan kuasa.

“Ia kelihatan seperti terdapat kegagalan kuasa pada kedua-duanya.

“Ia merupakan satu lagi misteri kecil. Kita tidak boleh menerangkannya. Kita tidak tahu mengapa. Kami hanya tahu ia berlaku,” kata Chris McLaughlin, dari Inmarsat, kepada The Telegraph.

Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Australia mendedahkan bahawa Boeing 777 cuba untuk membuat ‘log masuk’ ke satelit Inmarsat pada pukul 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.

Ketika itu pesawat sedang terbang di utara pulau Sumatera Indonesia.

Pesawat itu telah menyimpang dari laluan sebenar untuk ke destinasinya iaitu Beijing, tetapi tidak lagi menukar arah ke selatan Lautan Hindi.

Pesawat itu mengalami satu lagi permintaan log masuk hampir sama kira-kira enam jam kemudian, walaupun ini adalah ‘handshake’ satelitnya ketujuh dan terakhir di mana dipercayai pesawat kehabisan bahan api dan kuasa elektrik sebelum terhempas, di suatu tempat di selatan Lautan Hindi.

Lima ‘handshake’ lain mula dikenalpasti oleh stesen satelit bumi dan tidak dianggap luar biasa.

Ketika ditanya sama ada gangguan kuasa yang boleh disebabkan oleh kerosakan mekanikal, Gleave berkata: “Terdapat kegagalan mekanikal yang boleh dipercayai menjadi sebab. Tetapi anda tidak akan terbang sejauh beratus-ratus batu dan hilang di Lautan Hindi kemudiannya.” – mstar.com.my

Sunday, 29 June 2014

Kini Masjid Merah Jambu Yang Unik Dan Kecantikannya Dibuka Sempena Ramadan....




Bandaraya Cotabato – Penduduk Maguindanao menyaksikan pelancaran Masjid Merah Jambu sempena Ramadan ini di bandar Datu Saudi Ampatuan, yang dibina Datuk Bandar, Samsodin Dimaukom.

Beliau berkata, ia dibuka untuk kegunaan orang ramai bermula semalam.

Sementara itu, ulama berkumpul di kawasan ditentukan di Bandaraya Cotabato dan bandar sekitar Maguindanao bermula jatuh matahari semalam, untuk melihat anak bulan menentukan permulaan Ramadan.

Pada bulan Ramadan, umat Islam berpuasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari, bagi menunaikan rukun Islam ketiga.

“Jika anak bulan tidak kelihatan disebabkan pelbagai punca seperti kadar penglihatan teruk atau cuaca buruk, puasa akan bermula esok,” kata jurucakap Darul Iftah di Mindanao Tengah, Jaafar Ali.

Pengumuman Ramadan


Jaafar berkata, mereka akan membuat pengumuman akhir mengenai permulaan Ramadan pagi ini di stesen radio tempatan.

Pejabat Wilayah Autonomi Muslim Mindanaao (ARMM), Gabenor Mujiv Hataman dan jabatan perdagangan dan industri akan mengendalikan pasar makanan Ramadan, yang membolehkan peniaga menjual makanan berbuka puasa pada harga murah.

Setiausaha Eksekutif ARMM, Laisa Alamia, berkata jualan di perkarangan kerajaan tempatan seluas 32 hektar akan dibuka Isnin ini.

Alamia berkata, pentadbiran Hataman mahukan suasana Ramadan berjalan lancar dan aman.

Jurucakap Unit Infantri Ke-6 Tentera, Kolonel Dickson Hermoso, memberitahu wartawan Gabenor Esmael Mangudadatu meminta unitnya mengecualikan anggota tentera beragama Islam daripada menjalani tugasan fizikal sepanjang Ramadan. – AGENSI

Teruk Sungguh Dunia Sekarang - Kerana Bihun RM2.60 Lelaki Maut Ditikam !!!



Hubei (China) – Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.

Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa.

“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi.

Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.

Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.

Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek.


Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka.

“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ.- Agensi

KPN - Tiada Bukti Menunjukan Rakyat Malaysia TerbunuhDalam Aktiviti Militan


 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menyiasat dakwaan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata dakwaan terdapat beberapa rakyat Malaysia terbunuh di Syria dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak.

“Kita masih berhubungan lagi dengan rakan-rakan kita (Interpol) untuk mengetahui perkara sebenar…setakat ini tak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Beret 69 Komando dan Sayap Kehormat di Markas Latihan Luar, Ladang Allagar, Sungai Nyior di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seramai 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan ISIL telah terbunuh di Syria.

Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

Kepada soalan sama ada terdapat pangkalan untuk melatih dan merekrut rakyat Malaysia dalam aktiviti militan, beliau berkata:”Tidak wujud training base di Malaysia sebaliknya terdapat pihak yang merekrut anak-anak muda untuk menyertai aktiviti militan”.


Khalid turut mengingatkan golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang memujuk mereka menyertai kumpulan tertentu dengan mendakwa mereka akan ke syurga jika menyertai kumpulan itu.

“Kita bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam dan alim ulama. Kita beri penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berkenaan apa dia jihad dan bagaimana jihad yang kita perlu buat. Pelbagai langkah yang kita ambil untuk menangani masalah ini,” katanya.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid berkata anggota unit 96 Komando perlu menjalani pelbagai latihan keras yang menguji ketahanan diri sebagai persediaan menghadapi ancaman.

“Pasukan 69 komando yang mencecah usia 45 tahun kini dilihat semakin matang dan berevolusi daripada sebuah pasukan yang memberikan fokus kepada ‘counter insurgency warfare’ ataupun peperangan melawan insurgensi, kepada sebuah pasukan yang serba boleh ataupun multi-skilled,” katanya.

Katanya dengan sejarah perjuangan yang hebat ketika era insurgensi di hutan rimba, kini pasukan 69 komando bergelut pula dengan cabaran dalam penugasan membanteras jenayah, ancaman lanun serta ancaman pihak militan.

Seramai 67 pegawai dan anggota berjaya menamatkan Kursus Asas 69 Komando Siri 1/2011 dan Siri 1/2014 itu.

– BERNAMA

Dakwaan Kes Pukul Isteri: Awie Tampil Memberi Keterangan Kepada Polis!



TERNYATA kes pukul isteri yang didakwa melibatkan penyanyi rock terkenal, Awie, 45, masih belum reda lagi.

Ia dilihat semakin panas dengan tersebarnya gambar wanita yang dikatakan isteri penyanyi itu, Rozana Misbun, 36, dalam keadaan lebam.



Terbaru, Awie menerusi sebuah akhbar tempatan mengaku yang dia sudah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan tersebut.

Menurutnya, dia sendiri belum melihat gambar yang tersebar di internet itu.

Bagaimanapun, Awie seperti biasa enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.


Hmm…nampaknya gosip ini akan menjadi lebih panas jika sudah melibatkan kes polis.

Apapun, kami mengharapkan ada kenyataan yang akan keluar daripada mulut Rozana sendiri kerana hanya dia sahaja yang boleh menjelaskan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya. Oleh: ELZA

Isu Panas, Agama Di main-mainkan - “Agama Saya Cuma Atas Kertas, Saya Tidak Kisah”


Nilai – “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.

Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.

Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.

Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam. - myMetro Online

Pengumumam Yang Mengejutkan - Zizan Sebak Umum Pengundurannya Daripada Program Melodi


OH, memang mengejutkan pengumuman yang baru dibuat oleh pengacara, pelawak dan pelakon, Zizan Razak menerusi program Melodi di saluran TV3 sebentar tadi!

Dengan linangan air mata dan penuh sebak, dia memaklumkan bahawa episod kali merupakan episod terakhirnya mengacarakan rancangan hiburan itu.

Pengumuman itu dibuat di akhir rancangan dan gandingannya, Awal Ashaari dilihat cuba menenangkan Zizan.

Pada masa yang sama, pengacara itu juga sempat mengungkapkan ‘tagline’ popularnya setiap kali tiba di penghujung rancangan iaitu ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan berdiri di atas bakat sendiri!’.

Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada krew produksi Melodi selain penonton yang setia menanti siaran tersebut pada setiap hari Ahad.

Kami yakin dengan pengumuman ini, pasti ramai yang akan merindui keletah lucu Zizan dalam mengacarakan program itu selepas ini.


Apapun, sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal mengambil alih tempat pengacara popular itu nanti…

Oleh: ELZA

Sedih Di Awal Kedatangan Ramadan: Hasrat Untuk Puasa Bersama Isteri Tak Kesampaian ?



KUANTAN – Hasrat seorang suami, Afif Syazwan Uugust, 23, untuk menyambut kedatangan Ramadan bersama isteri tercinta tidak kesampaian apabila teman hidupnya, Sarimah Abdul Razak, 22 terkorban dalam satu kemalangan jalan raya, di hadapan Petronas Jalan Tanjung Lumpur, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.38 pagi itu, Sarimah yang membonceng motosikal ditunggang suaminya meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Civic yang keluar dari Petronas di kiri jalan telah menyeberang ke kanan jalan untuk membuat pusingan U dan berlanggar dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri muda berkenaan.

Menurutnya, motosikal yang dibonceng mangsa bersama suami datang dari arah Tanjung Lumpur. Pertembungan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital.

“Manakala suaminya yang beralamat di Taman Seriku Baru 12, Jalan Gambang turut mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

“Difahamkan keadaan laluan di tempat kejadian ialah jalan sehala tiga lorong dan kawasan membuat pusingan U. Keadaan cuaca baik dan jalan kering. Punca kematian dan kemalangan masih dalam siasatan. Kes ini di siasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada media semalam.


Sementara itu, adik mangsa, Mariam Abdul Rahman, 18, berkata, arwah kakaknya meninggalkan dua anak berusia lima dan tiga tahun.

“Kakak dan suami tinggal berasingan dari keluarga, manakala kedua-dua anaknya ditinggalkan bersama ibu mertuanya di Batu 12 kerana dia juga bekerja.

“Saya terkejut mendengar berita tentang kematiannya kerana sudah beberapa bulan tidak bertemu dengannya dan kali terakhir adalah pada Februari lalu,” katanya. – Sinar Harian

Macam-macam Ada, Kanak-Kanak Bersorak ‘Sokong’ Wanita Cuba Bunuh Diri, Bagi Cepat-cepat Terjun !!!


NAMPAKNYA, tidak semua percubaan membunuh diri oleh seseorang individu itu akan mendapat simpati dan halangan daripada orang awam.

Di Wilayah Shaanxi, China, seorang wanita cuba terjun dari bumbung sebuah menara bangunan akibat tekanan hutang.

Pihak polis cuba menenangkannya dan memintanya turun dari bumbung tersebut.

Pada masa yang sama, orang ramai juga sudah berkumpul di bawah bangunan untuk menyaksikan ‘drama’ yang sedang berlaku.

Bagaimanapun, tiba-tiba sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah yang baru tamat sesi persekolahan menghampiri tempat itu dan mula menjerit, “Terjun! Cepat terjun untuk kami!”.

“Ini sesuatu yang menyeronokkan,” tambah mereka.


Walaupun wanita itu berjaya diselamatkan, tindakan kanak-kanak itu menaikkan kemarahan orang ramai kerana dianggap melampau.

Kalau kecil-kecil sudah hilang sifat perikemanusiaan, tak tahulah macam mana kalau sudah dewasa nanti…

Oleh: ELZA
(Sumber: Shanghaiist.com)

Felixia Yeap Telah Pun Memeluk Islam Dan Pilih Nama Islam Menerusi Mimpinya ?



PASTINYA pengumuman bekas model, Felixia Yeap, 28, untuk memeluk Islam pada Khamis depan adalah antara berita yang dinantikan sempena bulan Ramadhan ini.

Justeru, kami yakin ada yang tertanya-tanya apakah nama Islam yang akan dipilih oleh gadis ini nanti.

Menerusi Harian Metro, bekas model ini memberitahu nama barunya hanya akan diumumkan apabila tiba hari penghijrahan itu nanti.

Menariknya, Felixia menyatakan nama itu diperolehinya menerusi mimpi dan setelah diperiksa, ia sememangnya membawa maksud yang baik dan indah.

Berhasrat untuk menjadi Muslimah yang baik, dia juga mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar daripada kehidupan lampaunya.

“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” ujarnya yang kini mengaku sudah mempunyai calon suami.

Sedih Sungguh Dengan Segelintir Umat Islam... Di Saat Mula Menyambut Awal Ramadan Ada Plak Dicekup Berkhalwat




ALOR SETAR – Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.

Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.

Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.


Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari. – Astro Awani

Saturday, 28 June 2014

Dahle Tenat – Pekerja Dengan Majikan Bergaduh Pula: Selamat Tinggal Buat MAS



KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan syarikat penerbangan itu.

Ong berkata MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.

“Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting. Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini,” kata Ong dalam satu temu bual.

Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarkn mogok di pejabat pentadbiran MAS di Subang dekat sini pada Khamis, sehari selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, menuntut peletakan jawatan tiga pengurusan atasan syarikat penerbangan tersebut, menyalahkan mereka atas kerugian sebanyak RM4 juta sehari.

Berdasarkan angka yang dibentangkan pada AGM itu, penganalisis menyuarakan kebimbangan sama ada lembaran imbangan MAS mampu bertahan untuk tempoh setahun lagi akibat kerugian besar itu.

Merujuk gesaan MASEU yang mahukan perubahan dalam pengurusan atasan, Ong berkata: “Semuanya bergantung kepada sama ada model perniagaan anda berfungsi dan bukan kerana kelayakan anda”.


Mengenai pilihan yang sedang dipertimbang Khazanah Nasional, pemegang saham majoriti MAS, dalam pelan pemulihan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu, beliau berkata apa jua pelan yang rancang, penyelamatan perlu diketepikan.

“Semata-mata menyelamat tanpa langkah menyeluruh, tegas dan berhemat, akhirnya akan menjadi sia-sia, dan ini mengingatkan saya mengenai bantuan kewangan sebelum ini.

“Memandangkan Khazanah telah membantu MAS menerusi peruntukan wang yang besar sebanyak RM5 bilion, namun syarikat penerbangan itu masih rugi, sudah sampai masanya menilai keberkesanan kos dan masalah sebenar yang berlaku ketika ini seperti kos operasi yang tinggi berbanding syarikat penerbangan lain, dan sama ada MAS meletakkan harga lebih tinggi berbanding pasaran,” katanya.

MAS dijangka membentangkan pelan penstrukturan semulanya kepada kerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya menyokong perubahan besar yang melibatkan kajian menyeluruh pesawat, rangkaian, kos, pekerja dan proses kerja.

Penganalisis menyarankan langkah-langkah jangka panjang seperti pengurangan kos dan MAS diswastakan dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja seramai 20,000 orang sebagai satu daripada pilihan utama.

RHB Research berkata selain kos seunit MAS meningkat, ia masih mempunyai perjalanan yang panjang berbanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, dan menambah langkah paling mudah bagi MAS untuk mengurangkan kos ialah mengurangkan bilangan pekerja”.

Katanya tenaga kerja MAS seramai 19,577 orang dengan kos RM2.4 bilion bagi tahun kewangan 2013 agak besar berbanding syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan Cathay Pacific Airlines.

Jumlah pendedahan kerajaan kepada MAS berjumlah RM9.6 bilion. Kementerian Kewangan menguasai kepentingan majoriti dalam MAS melalui pelbagai entiti sebagai pemegang saham ekuiti serta pemberi hutang. Beberapa entiti kerajaan lain turut memiliki kepentingan dalam syarikat penerbangan itu dengan Khazanah menguasai 69.4 peratus kepentingan. — BERNAMA

Memang Power Amoi Hot Pants Merah Ni Tewaskan 3 Penyamun Dengan Tukul Je !!!


BERANI. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang gadis yang mengejar tiga penyamun yang memecah masuk rumah pangsanya yang disewanya di Jalan Tiong Hua, Sibu, semalam.

Memetik laporan Borneo Post, Jacquelin, 23, pada mulanya terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising di luar pintu rumahnya.

Dia kemudiannya bertindak mengintai melalui lubang pintu dan terkejut melihat seorang lelaki sedang mengumpil pintu dan pagar besi rumahnya.

Jacquelin kemudiannya segera mengambil tukul dalam bilik tidurnya dan bersembunyi di bilik sebelah.

Sebaik sahaja penyamun tersebut masuk ke dalam rumahnya, dia terus menjerit dan mengangkat tukul sekaligus menyebabkan suspek terkejut dan lari.

Bagaimanapun, suspek ketiga yang menunggu di dalam kereta tidak sempat lari dan merayu agar gadis tersebut tidak menghubungi polis.


Selepas berunding, dia kemudiannya melarikan diri dan meninggalkan kereta Kancil yang dipercayai kereta curi.

Oleh: ELZA

Teruk Betul Budaya Barat Terikut-Ikut Sampai ke Gambar Di Bilik Pun Nak Dikongsi Di Instagram : Bila Dah Tak Ada Malu..



Kalau pun agama dicampak ke tepi, kita masih terikat dengan budaya Melayu yang mementingkan adab kesopanan.

Tapi kalau dah selamba kongsi gambar di ranjang dengan orang ramai, nak cerita pasal kesopanan apa lagi kan?

Kalau ditengok gambar di atas bentuk hidung dan kulit saja rasanya dah tahu apa bangsa mereka. Namun mungkin atas niat mahu menunjukkan kebahagiaan agaknya maka budak dua ekor ini tak ada rasa malu langsung untuk jadikan gambar ini tatapan umum di laman Instagram.

Apakah mereka tidak terfikir kalau gambar ini ditatap oleh keluarga atau ibu bapa mereka?

Malah kalau pasangan suami isteri sekali pun, perkongsian gambar begini amat memalukan.

Apa pun mengambil berkat Ramadan yang bermula esok, marilah kita doakan semoga kedua-dua budak ini diberikan hidayah oleh Tuhan agar punya rasa malu.

Segera - Anggota Polis Di Sabah Ditahan Mengaturkan Pergerakan Pengganas Keluar Masuk !!!



Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata anggota polis yang ditangkap di Kunak, Sabah Rabu lepas dipercayai terbabit mengatur pergerakan keluar masuk pengganas Sulu di Sabah.

Beliau berkata anggota berpangkat koperal itu juga didapati mempunyai saudara di selatan Filipina.

“Kami belum lagi menyiasat secara keseluruhan pergerakan dia,” kata Mohd Bakri kepada pemberita selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Asas Konstabel Wanita siri 1/2014 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur, Sabtu.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung penangkapan enam orang termasuk seorang koperal polis dalam operasi khas memburu pengganas Sulu di Kunak, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan penangkapan itu berkata tangkapan terkini tersebut adalah susulan kejadian pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu pada Februari tahun lalu.

Mengenai majlis tersebut, Mohd Bakri berkata 22 anggota berketurunan Cina adalah antara 1,473 yang menerima tauliah sebagai konstabel polis.


“PDRM (Polis Diraja Malaysia) menggalakkan lebih ramai rakyat berbangsa Cina memohon memasuki badan beruniform ini memandangkan keperluannya ada dan untuk memastikan penglibatan semua kaum dalam pasukan penguatkuasa negara.

“PDRM telah membuat proses pemilihan bagi kaum Cina yang memohon dan mereka akan dipanggil,” katanya.

Pada majlis itu Mohd Bakri menyampaikan anugerah kepada pelatih terbaik keseluruhan iaitu Maizatul Fadzeera Zulkepli dan pelatih terbaik akademik Maizatul Aishah Muhammad Nor serta pelatih latihan luar terbaik Siti Nur Aznii Arzemi.

–BERNAMA

VIDEO: Ibu Tak Tahu Sabar Dengan Anak-anak Dengan TERAJANG Kepala Anak Sebab Hanya Merengek!




Fitrah seorang ibu sepatutnya menjadikan mereka pelindung kepada anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Namun apa yang boleh membunuh naluri kasih sayang ini adalah sikap sabar yang terlalu tipis terutama ketika berhadapan kerenah anak.

Justeru tidak hairanlah ada kes ibu tergamak mengurung anak tanpa makanan dalam tempoh lama atau tega mengheret anak yang masih kecil di atas tar keras.

Dalam video di bawah pula, seorang ibu dirakam mengherdik anak kecilnya dengan lantang di Stesen Tren Tokyo tanpa mempedulikan orang sekeliling.


Seorang pengguna tren yang merakam aksi ibu terbabit terkejut apabila sejurus kemudian dia turut menendang kepala anaknya membuatkan perlakuan itu ditegur.

Tendangan yang diberi semata-mata kerana si anak tidak mahu berhenti merengek itu membuatkan si kecil tersembam ke lantai.


Kalau di tempat awam pun dia tergamak bagi anak makan kaki seperti itu, tak tahulah bagaimana pula habuan yang diberikan ibu ini kepada anaknya apabila dia naik angin di rumah kan?

Tak dapat dinafikan ibu ini mungkin mempunyai masalah peribadi berat hingga menjadikannya stres dan kurang sabar tapi memukul anak kecil hingga seteruk ini tetap satu perbuatan kejam dan keji.


Harus diingat anak akan membesar juga satu hari nanti. Meskipun dia masih kecil ketika dilayan dengan buruk, ini tidak bermakna pengalaman itu akan luput dari ingatannya sekaligus tak mustahil bakal mempengaruhi pula cara layanannya kepada orang tua.

Oleh: REM RAMZI

Tersangatle Panas, Difahamkan Anggota Rela, TLDM Ditahan : MILITAN




KUALA LUMPUR – Seorang anggota Rela dan kakitangan Angkatan Tentera Laut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan militan tempatan.

Anggota Rela berkenaan pernah ditahan di Kuala Kangsar pada 25 Jun dan dua hari selepas itu dia kemudiannya ditangkap oleh pegawai Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.

Dengan penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 19 orang, sejak operasi khas dilancarkan pada 28 April.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya anggota Rela yang ditahan itu merupakan pakar membuat senapanag buatan sendiri yang telah dirampas dalam operasi sebelum ini.

“Kami juga percaya dia membekalkan peluru untuk latihan kumpulan militan berkenaan.

“Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman turut menyerbu sebuah rumah di Shah Alam pada 28 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Beliau berkata kakitangan tentera laut yang ditahan itu dipercayai membantu ahli kumpulan militan berkenaan menyeludup masuk ke Malaysia selepas mereka selesai latihan di luar negara.

SERAM, TU DIA.. Siapa Yang Tengah Perhati Kemalangan Dari Jauh Tu?


Semalam, telah berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dengan lori tangki hingga meragut nyawa seorang peronda lebuhraya.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan peronda yang menghala ke Kuala Terengganu diberhentikan di lorong kecemasan.

Pemandu lori tangki minyak sawit yang hilang kawalan kemudiannya muncul secara tiba-tiba lalu merempuh kereta ini hingga mengakibatkan Razali Ishak, 44, yang berada di dalamnya maut tersepit.

Rakan sekerja Razali bagaimanapun terselamat selepas dikeluarkan oleh orang ramai.

Gambar kemalangan ini kemudiannya dikongsikan di Facebook Friends of BN – Barisan Nasional.


Seperti biasa, gambar sebegini mula dibanjiri komen takziah dan al-fatihah namun pada masa sama ramai turut bertanyakan tentang satu entiti ganjil yang terdapat di dalamnya.

Ia adalah imej berupa seseorang seolah-olah sedang memerhatikan kereta yang remuk ini dari jauh.



Memandangkan kawasan kemalangan adalah semak samun, ramai berasa ganjil mengapa ‘pemerhati’ terbabit boleh berada di situ.

Bagaimana pula pendapat anda?

Apa pun, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Razali Ishak dan mendoakan semoga rohnya diterima dalam kalangan orang beriman.

Oleh: REM RAMZI
Gambar: Facebook Friends of BN – Barisan Nasional

Friday, 27 June 2014

Atlet Mengandung Dah Masuk 8 Bulan Mengambil Bahagian Dengan Sertai Acara Larian 800m !!! Cukup Berani..



LONDON – Seorang atlet yang kini hamil selama 34 minggu tetap tidak melepas peluang mengambil bahagian dalam acara larian 800 meter (m) pada Sukan Olimpik London yang berlangsung di Stadium Hornet, Sacramento, California, kelmarin lapor akhbar MailOnline.

Alysia Montano, 28, yang merupakan juara kebangsaan sebanyak lima kali itu hanya mengambil masa selama dua minit, 32.13 saat untuk menamatkan larian tersebut.

Biarpun dia berada di tangga terakhir, namun dia tetap gembira dan berasa amat baik.

“Saya berlari sepanjang kehamilan dan saya berasa amat baik ketika kesemua proses larian itu.

“Penyertaan ini juga dapat menghapuskan tanggapan negatif orang ramai terhadap wanita yang berlari semasa mengandung,” katanya yang akan melahirkan anak sulung tidak lama lagi.

Montana berkata, dia mendapat kebenaran daripada doktor untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut. – Agensi

Bermasalah Lagi,Lelaki Merajuk Sanggup Tinggal Dalam Kereta Selama 3 Bulan berpanas, berhujan



Gombak – Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta sebagai rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas kehidupan mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana apabila perniagaannya mengalami kerugian.

Lebih menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac lalu.

Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin.

Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya.

Malah, ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya beredar dan tidak mahu diganggu. – myMetro Online

Kerana Kesempitan Dan Tekanan Kehidupan Sanggup Menawarkan Ingin Lacurkan Diri, Hanya Perlukan Rm300 Je...




Tidak dinafikan keadaan sekarang begitu mendesak khususnya dalam tuntutan kewangan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan harian khususnya di bandar-bandar besar.

Kadangkala ada perancangan atau yang memerlukan komitmen kewangan yang segera dan mendesak. Mungkin itulah yang terjadi kepada pemilik akaun Facebook yang dirahsiakan identitinya ini.

Dia bertindak mengiklankan dirinya di laman sosial itu bertujuan melacurkan dirinya untuk mendapat wang hanya RM300 sahaja yang terlalu diperlukannya.

“Aku nak melacur diri aku, untuk dapatkan RM300 keadaan yang sangat mendesak, siapa yang nak tu mesej lah saya, kawasan Penang.

“Kawan pun tak nak tolong, jadi terpaksa aku melacurkan diri aku,” katanya.

Tidak diketahui apa keperluan yang sangat mendesak oleh wanita berkenaan sehingga terpaksa melakukan kerja-kerja terlarang sebegitu.


Bagaimanapun haraplah pemikiran itu lebih matang dan tidak mengambil keputusan terburu-buru sehingga tersilap membuat pilihan dan melakukan kerja yang salah.

Oleh : IKA

Memalukan Sungguh - Model `Kelaparan’ Ditangkap Curi Makanan Manis



New York – Seorang model kurus kering diperintah menjalani perkhimatan kemasyarakatan selama sehari oleh mahkamah selepas dia didapati bersalah mencuri makanan, dipercayai akibat `kebuluran’ di sebuah pasaraya pada 5 Mei lalu.

Mary Jean Conniff, yang mempunyai ketinggian enam kaki itu ditangkap oleh pengawal keselamatan di pasaraya berkenaan.

Dia didapati memasukkan makanan manis itu ke dalam beg tangan dan kocek seluarnya.

Model berkenaan terlibat dalam peragaan pakaian dan pernah memperagakan pakaian musim luruh Victor de Souza pada 2012, iaitu pereka pakaian yang pernah terlibat mereka baju selebriti seperti Lady Gaga, Sarah Jessica Parker, Naomi Campbell dan Rihanna.

Menurut pekerja di pasaraya itu, mereka berasa kesian dengan model tersebut dan beranggapan dia mencuri makanan termasuk kek dan biskut itu kerana kelaparan dan ketagih manisan.

“Saya tidak mahu mengadilinya kerana mungkin dia memerlukan makanan tersebut,’’ kata salah seorang pekerja di situ.

ALHAMDULILLAH - Kini Min Yasmin Ambil Keputusan Untuk Bertudung Penuh



ALHAMDULILLAH. Itulah ungkapan paling sesuai untuk penyanyi yang juga isteri kepada komposer Julfekar iaitu Min Yasmin yang kini mengambil keputusan untuk bertudung.

Memetik laporan Media Hiburan Online, keputusan itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa, sebaliknya dia sendiri yang mahukan perubahan itu.

“Alhamdulillah, akhirnya seru datang dengan sendirinya. Tiada sesiapa yang memaksa Min membuat keputusan ini. Sebagai hamba Allah, Min rasakan sudah sampai masanya Min berhijrah ke arah yang lebih baik. Doakan yang terbaik untuk Min,” katanya.

Sementara itu, Julfekar turut berkongsi kegembiraannya tatkala melihat perubahan isterinya itu.

Menurutnya, Min tampak lebih manis dan dia mengharapkan agar isterinya akan kekal bertudung hingga ke akhir hayat.

Diharap sempena kedatangan Ramadhan ini, semakin ramai selebriti yang akan mengambil keputusan untuk berhijab nanti.


Oleh: ELZA
Close