Rasanya semua orang tahu akan kemesraan yang wujud di antara Zizan Razak dan Emma Maembong, tiba-tiba pula terdengar satu berita yang sangat memeranjatkan kami, bahawa mereka kini 'putus cinta' secara berdiam diri tanpa menguar-uarkan status hubungan mereka.
Melalui Harian Metro penulis itu turut berkata Khabarnya, mereka baru sahaja berpisah tetapi ada juga mengatakan hubungan mereka itu berakhir sebulan lepas? betul ke?
Difahamkan lagi, Emma sudah ada pengganti tempat zizan telahpun diambil alih oleh seorang pelakon popular juga la, iaitu Kamal Aidil yang menjadi pasangan Emma dalam drama Syurga Tanpa Cinta.
Dengarnya, Emma baru sahaja balik dari Thailand dan Kamal sanggup meninggalkan set penggambaran semata-mata mahu ambil buah hatinya di lapangan terbang. Dasyat-dasyat !!!
Bila difikirkan semula, patutlah Whatssap Emma sejak sebulan lalu mencurigakan, seakan-akan dia berada dalam 'MOOD' kecewa dan cuba bertenang.
Ini pulak kenyataan Emma:
Bukan saya nak buat peminat berteka-teki mengenai status kami. Terus-terang ini bukan permainan atau gimik untuk raih publisiti. Biarlah orang tahu status kami sebagai kawan rapat sahaja, kalaulah tiada jodoh lebih mudah nak jelaskan nanti.
Kalau status kekasih tak perlu nak canang pada semua kecuali memang tentu dia (Zizan) jodoh saya. Mungkin sekarang saya berkawan rapat dengan Zizan tetapi esok lusa adakah pasti jodoh saya? Macam mana kalau satu hari nanti hubungan kami putus dan tak ke mana pun (berkahwin), tentu orang akan buat spekulasi itu dan jika saya sibuk canang kami bercinta sekarang, sebab itu, lebih senang anggap kami berkawan rapat." -
No comments:
Post a Comment