Saturday, 20 December 2014

PANAS !!! ZED ZAIDI Buat Laporan Polis Terhadap VANIDAH IMRAN...Apa Kes ???






Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan Zack Kool selaku timbalan presiden telah membuat laporan polis selepas kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab terhadap bendahari persatuan iaitu Vanidah Imran...

Zed Zaidi memberitahu kehilangan buku cek itu telah menyusahkan pihak Seniman untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti membayar sewa pejabat dan sumbangan kematian termasuk allahyarham Mustapha Maarof...

“Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu....

“Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja...

“Sekarang kita mahu bank gugurkan nama Vanidah sebagai salah seorang yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran duit persatuan...

“Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut...

“Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya...

“Kita buat aktiviti sebelum ini atas duit tajaan beberapa pihak cuma saya terkilan tidak dapat beri sumbangan kepada Allahyarham Datuk Mustapha yang banyak berjasa kepada persatuan...

“Kalau dia tidak mahu jawatan itu lebih baik letak sahaja jawatan beri pada yang benar-benar mahu bekerja,” katanya...

Zed Zaidi akan menyerahkan laporan polis tersebut kepada pihak bank untuk menggugurkan nama Vanidah Imran sebagai pemegang dan pengeluar cek...

Zed Zaidi juga akan membuat mesyuarat undian tidak percaya kepada Vanidah Imran setelah memberi beberapa amaran kepada pelakon tersebut.

Jika diminta cek tersebut untuk pengeluaran wang, Vanidah bukan sahaja tidak mahu menandatangani cek tersebut, malah meminta persatuan mengeluarkan surat kepadanya terlebih dahulu...

Vanidah Imran menyatakan dia punya sebab dia melarikan buku cek milik persatuan itu. Namun sebab itu buat masa ini masih dirahsiakan. Vanidah enggan mendedahkannya...

“Saya tidak mahu beri kenyataan apa-apa tentang laporan polis itu buat masa ini. Biarkan sahaja mereka berbuat demikian dan saya ada alasan tersendiri,” katanya...

Tambahnya lagi, dia melarikan wang persatuan dengan memegang buku cek berkenaan kerana namanya masih belum didaftarkan sebagai penama untuk akaun persatuan itu...


SUMBER : katakcomel.my

No comments:

Post a Comment

Close