Saturday, 26 July 2014

” Itu Beg Kakak Saya ” – Kata Adik Mangsa Nahas MH17 ?



Petra Jaya – “Itu beg mereka. Saya kenal beg dia orang bawa ke sana (Kazakhstan),” kata Madzalina Ghazalee, 47, sambil menahan sebak ketika ditunjukkan gambar bagasi itu yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Madzalina yang juga kakak kepada Ariza, 46, yang terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur terhempas akibat ditembak di Ukraine, minggu Khamis lalu.

Selain Ariza turut terbunuh dalam tragedi paling buruk dalam sejarah penerbangan negara adalah suaminya Tambi Jiee, 48, serta empat anak mereka, Muhamad Afif, 19, Muhamad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhamad Afruz, 13.

Menurut Madzalina, sebelum berlepas ke Amsterdam dari Kazakhstan, adiknya ada menghubungi memaklumkan mereka sekeluarga membawa 10 beg dan meminta sesiapa menjemput mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada petang 18 Julai lalu.

“Malah, dia (Ariza) juga meminta supaya kami membawa kenderaan besar untuk mengangkut semua bagasi itu,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga reda melihat keadaan barangan yang diselongkar sambil meminta pihak berkuasa menyimpan sekiranya menemui barangan masih elok. – Harian Metro

Anak-Anak Norazita Tiada Mood Nak Beraya Tanpa Ibu ?




Suami kepada pegawai AmBank, Norazita Abu Talib yang maut ditembak, Irwan Kamaruddin tidak menafikan fikirannya sedikit bercelaru untuk menyambut lebaran kali ini.

Memetik Bernama, “tidak dapat dinafikan fikiran saya sering bercelaru untuk menyambut Hari Raya ini kerana buat pertama kalinya saya terpaksa mengurus semua persiapan untuk anak-anak”.

Norazita maut akibat ditembak pengawal keselamatan bank tempatnya bertugas di Subang Jaya pada 23 Oktober tahun lalu.

Menurutnya lagi, kedua-dua anaknya, Nurnisa Nabila, 13, dan Muhammad Hazimi, 9, juga tidak ada mood untuk menyambut Aidilfitri kali ini memandangkan pertama kali beraya tanpa ibu mereka.

“Sambutan Aidilfitri kali ini lebih sunyi dan tiada keceriaan tanpa isteri saya di sisi, anak saya seperti tidak ada mood untuk menyambutnya.

“Mereka tidak tanya kepada saya soal untuk memiliki baju raya yang baharu, anak saya Nurnisa cakap pakai apa sahaja yang ada,” katanya.
Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek yang juga seorang pengawal keselamatan di bank itu.

Ragam Selebriti Tempatan Bila Menjelang Hari Lebaran ?



Kemeriahan Syawal semakin dirasai bila ibu kota, Kuala Lumpur semakin lenggang apabila ramai penghuninya sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing.

Selebriti tempatan turut tidak ketinggalan menyambut lebaran kali ini dengan penuh rasa bersyukur dan gembira dikelilingi insan tersayang di sisi mereka.

Antara yang sudah pulang ke kampung ialah penyampai radio sambilan, Nana Mahazan yang selamat tiba ke kediaman ibu bapanya di Muar, Johor bersama-sama suami, Raqeem Brian dan anak-anak, Althea dan Aaqib.



Sementara itu, aktres comel, Nora Danish pula mengambil kesempatan mengabdikan gambar kenangannya bersama putera tunggal, Putra Rayqal Ramli untuk dijadikan sampul duit raya yang akan diberikannya kepada tetamu kanak-kanak yang mungkin berkunjung ke rumahnya kelak. Cantik!



Sambutan raya tidak lengkap tanpa pelbagai jenis kuih untuk dijadikan santapan buat tetamu. Pelakon jelita, Fazura turut tidak ketinggalan membeli biskut raya dan antara yang menjadi kegemarannya ialah biskut kacang hijau yang dijual oleh pengurus peribadinya, Badler.



Selain kuih raya, duit raya juga menjadi satu kewajipan untuk diberi kepada tamu cilik yang datang beraya ke rumah. Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha sudah pun memperuntukkan sejumlah wang berserta sampul raya yang berwarna-warni untuk tujuan tersebut.




Pelakon Dynas Mokhtar pula berkongsi busana raya keluaran butiknya yang boleh digayakan ibu mengandung serta ibu yang menyusukan anak mereka. Koleksi yang direka khas oleh Dynas itu boleh didapati di kedai miliknya yang terletak di The Curve dan Setia City Mall

Cuti Raya – Bukan Setakat Jalan Sesak, Tandas R&R Pun Sesak… Sabar Ajela!!!




DALAM tempoh berbaki dua hari lagi sebelum sambutan Aidilfitri, jutaan rakyat Malaysia mungkin sedang memandu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing pada masa ini.

Natijahnya, bukan sahaja jalan raya turut sesak, malah tandas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) juga mengalami ‘kesesakan’!

Gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini merupakan suasana di R&R Ladang Bikam, Perak, sebentar tadi.

Aduhai, tak dapat dibayangkan macam mana kalau perut sudah memulas-mulas, memang naya dibuatnya.

Apa boleh buat, redha sajalah…

Tak Sangka-Sangka…Walaupun Pemandu Dan Penumpangnya Dihempak Namun Kereta Ini Masih Hidup ?



MELIHAT keadaan kereta yang kemek akibat dihempap kontena di Qingdao, China ini, pasti anda tidak percaya jika kami katakan pemandu dan penumpangnya masih hidup.

Dengan bentuknya yang sudah menipis, pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian membuat kesimpulan bahawa tiada siapa yang terselamat.

Dalam kejadian itu, kereta tersebut telah dihempap oleh sebuah kontena yang jatuh dari sebuah lori.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bantuan kren seberat 100 tan bagi mengangkat kontena tersebut.

Sebaik sahaja diangkat, mereka mendengar jeritan penumpang wanita dan mendapati dia hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, pemandunya cedera parah namun keadaannya kini stabil.






Oleh: ELZA

Friday, 25 July 2014

Astro Cuba Pertahankan Tindakan Serah Kontrak Lumayan Kepada Israel - Betul Ke ?



Semalam kami menyiarkan sebuah berita bertajuk; Orang Sibuk Boikot Israel, Tapi Astro Bagi Kontrak Lumayan?

Ia berkaitan dengan kenyataan yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi menerusi akaun Facebook beliau yang mendedahkan bahawa syarikat televisyen satelit swasta Astro telah menganugerahkan satu kontrak lumayan kepada sebuah syarikat Israel, Amdocs.



Tindakan itu dikatakan kurang sensitif memandangkan sikap Israel yang ganas terhadap masyarakat Islam Palestin.

Melalui kenyataan itu, Astro mempertahankan perbuatan mereka menyerahkan kontrak lumayan tersebut kepada Amdocs.

Berikut adalah kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Koorporat Astro bagi menjawab pertanyaan yang dikemukan Dr Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO;


Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.

Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.

Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.

Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.

Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.

Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept.

Tiada Lagi Sambal Kacang Perut Lembu – Ibu Pramugara ?




“Tahun ini, tidak ada hias-hias, tidak ada kuih. Kita sambut ala kadar dengan apa yang ada sahaja,” kata Amna Mohd Sharif, 65, ibu kepada pramugara Shaikh Mohd Noor Shaikh yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas.

Menurutnya anaknya yang mesra dengan panggilan Mad Noor itu sepatutnya beraya dengan mereka di Klang tahun ini.

“Dia amat menggemari sambal kacang dan akan meminta saya memasak sambal kacang bersama perut lembu setiap kali Aidilfitri.

“Kalau tidak ada benda itu, arwah kata tidak sah beraya dan dia kalau makan sambal kacang, semangkuk penuh mesti habis.

“Kalau setiap kali beraya, selepas berjumpa dengan mak cik, pak cik dan adik-beradik, dia akan ambil bantal dan tidur. Bila diajak untuk beraya ke rumah saudara-mara, dia kata lain kali lah, sebab dia nak rehat,” katanya kepada Bernama mengimbas kenangan bersama anak sulungnya itu.

Shaikh Mohd Noor yang mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak tiri juga dikatakan sempat meninggalkan klip suara nyanyiannya lagu ‘Dendang Perantau’ menerusi aplikasi WhatsApp, dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.


“Bila mak cik hayati balik lirik lagu tu, mak cik reda dengan ketentuan Allah. Dia pergi dalam bulan yang baik,” kata Amna.

Mereka sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha dan kerja kerasnya untuk membawa pulang jenazah rakyat Malaysia.

“Walau dalam keadaan apa sekali pun, mak cik harap sangat jenazah anak mak cik dapat dibawa pulang supaya nanti mak cik dapat ziarah kubur arwah selalu,” kata Amna.

Shaikh Mohd Noor adalah antara 43 warga Malaysia yang terkorban dalam nahas itu.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, timur Ukraine.

– BERNAMA
Close