Di Malaysia, hampir separuh gadis berusia 16 - 2 tahun sudah tiada dara. Perkara ni memang menjadi masalah sosial yang terbesar dan membimbangkan. Pergaulan yang terlampau bebas menyebabkan ramai yang terjebak dengan perbuatan yang terkutuk tu!
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, ni berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSaysdotcom.
Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih.
Hasil kajian rambang ni mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi nilah reality check. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai seks lebih awal, seawal 10 or 11 tahun.
“Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya or Internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai s3ks dengan bertanya ibu bapa atau guru,” kata Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka berasa bahagia kerana pengalaman seks tu.
Kira-kira 30 peratus remaja pula memikirkan seks setiap hari dan 50 peratus tak pasti diorang ada pengetahuan cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan.
Malah, berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan seks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan seks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.
Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.
Bezanya, di sana majoriti remaja yang terlibat bukan beragama Islam, di Malaysia remaja yang sering menjadi bahan berita di akhbar atau menjadi pelakon klip 3gp lucah ialah orang Islam
No comments:
Post a Comment