Thursday, 10 April 2014

(CCTV) Remaja 16 Tahun Dicabul Depan Sekolah

 

Seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah dekat Kampar, dicabul seorang lelaki ketika sedang menunggu bapanya selepas tamat aktiviti persekolahan, Sabtu lalu.




Dalam kejadian pukul 4.20 petang di pintu utama sekolah itu, mangsa didatangi oleh suspek berusia 30-an lalu duduk di sebelahnya lalu tiba-tiba memeluknya.

Mangsa melawan sehingga berlaku pergelutan dan terjatuh di atas lantai sebelum suspek bertindak mengoyakkan baju remaja tersebut.

Bagaimanapun jeritan mangsa berjaya menakutkan suspek menyebabkan lelaki itu melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Akibat pergelutan itu, mangsa mengalami rasa sakit di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, ketika kejadian, mangsa seorang diri dan tiada saksi berada di lokasi berkenaan.

“Imej dipercayai suspek berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat letak kenderaan. Siasatan percaya imej itu adalah suspek berdasarkan warna baju serta bentuk badan.

“Pihak polis telah melakukan soal siasat terhadap beberapa staf serta guru sekolah tetapi tiada yang mengenali atau pernah melihat suspek sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Kong Soon, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

No comments:

Post a Comment

Close