Monday, 14 April 2014

Apa Yang Menariknya Sandal Yang Dipakai Oleh Che Ta ?

 

Pada sidang media di Amp Walk Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April lalu, Rozita Che Wan telah menarik minat para wartawan dengan sandal yang dipakainya.

Memetik laporan Mstar Online,sandal yang dipakai Rozita,41,atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta itu, sandal tersebut merupakan hantaran daripada suaminya, Zain Saidin pada perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.

Sandal Cik Ta yang bercahaya bak kilauan emas dari jenama terkenal Gueseppe Zanoti di pakai bagi memadankan dengan baju rekaan Kudin yang dipakai pada hari tersebut.





"Sandal ini adalah kegemaran saya kerana ia selesa dan memudahkan saya bergerak sejak hamil. Paling penting ia adalah hadiah daripada suami semasa perkahwinan kami dulu," katanya yang dijangka bersalin pada pertengahan Oktober depan.



Dedah Cik Ta lagi, dia hanya akan memakai sandal sekiranya tidak bersama Zain. Tetapi apabila keluar bersama suami, dia akan memastikan dapat menggayakan kasut bertumit tinggi.



"Kalau keluar dengan suami mesti kena pakai heels sebab Zain tinggi dan baru nampak sepadan...Hahaha," katanya.



Sandal berkenaan adalah hadiah daripada suaminya, Zain Saidin semasa perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.



Tambah Cik Ta lagi, gaun bewarna hitam yang digayakannya ini adalah daripada rekaan pereka fesyen Kudin dan ia baharu sahaja siap untuk dipakai pada sidang media itu.



"Baju yang dibuat oleh Kudin ini simple sahaja kerana ia tiada potongan mengikut badan memandangkan saya sedang hamil tetapi ia sangat selesa," ujarnya.


No comments:

Post a Comment

Close