Borang permohonan kemasukan UPU atau IPTA sesi 2014/ 2015 secara online. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan ke UPU bagi sesi akademik 2014/ 2015 akan dibuka mulai 20 Januari 2014. Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA bagi calon lepasan SPM/ STPM akan dibuka pada 20 Januari 2014, jam 12.00 tengahari.
Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2014/ 2015 OnlineSila layari http://upu.mohe.gov.my/ atau http://upu.moe.gov.my/web/
Panduan Permohonan UPU Sesi Akademik 2014/ 2015
Calon terlebih dahulu perlu membeli no pin unik ID di Bank BSN yang berdekatan sebelum boleh mengakses borang.
Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf
- Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2013 sahaja.
- Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2012.
- Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
- Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013.
STPM (Kategori A, S)
- Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2013.
- Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2013.
- Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
- Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
- Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
- Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
- Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
- Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
- Kategori E • Aliran Sastera.
- Kategori F • Aliran Sains:
Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2011 atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Lulusan Matrikulasi Sesi 2012/2013 dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun 2010 dan sebelumnya atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
Lepasan STAM (Kategori T)
- Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun 2012 atau 2013 sahaja
Syarat Program Lepasan SPM/Setaraf
- Warganegara Malaysia dan
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
- Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
- Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Syarat Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
- Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
- Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya: - Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
- Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau - Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
- 7 April 2014
- May 2014
- 25 May 2014
No comments:
Post a Comment