Tuesday, 25 March 2014

#MH370: Teori Kemungkinan Penumpang Masih Hidup 30% [3 Video]



Salam Sejahtera. Takziah untuk keluarga penumpang dan ini adalah teori dan pendapat penulis sahaja semata-mata dan adalah sahih untuk logik akal sahaja . Hanya untuk dibaca sahaja. Harap Maklum

Apa yang kita tahu pada masa kini bahawa MH370 terbang rendah dengan lautan. Seperti gambar diatas. gambar menunjukkan bahawa Kapal terbang U.S Airway Flight 15 Januari 2009 mendarat di air atas kerosakan enjin.

Kapal terbang ini boleh terapung selama beberapa jam, Secara teori, sayap kapal terbang ada minyak, oleh sebab itu ianya boleh terapung di air selain daripada kemampatan udara dalam kapalterbang.

Okey, cuba bayangkan, kalau betul ianya rampasan terancang.. mesti penumpang/perampas akan membawa bekalan makanan berlebihan ataupun membawa pelampung keselamatan atau bot keselamatan ke dalam MH370..

Apabila ianya mendarat secara selamat di air seperti dakwaan makcik di Melaka terhilat kapalterbang terapung di laut dekat pulau andaman. Ya betul, mungkin dia terapung di laut sebab dia terbang rendah dan secara perlahan mendarat di atas air.

Pada masa itu, semua perampas boleh keluar dari kapal terbang dan pergi di pulau andaman atau pulau pulau sekitarnya untuk bersembungi. Kita lihat video dibawah macammana kapal terbang ini mendarat di air.


Seperti yang saya kata, kapal terbang boleh terapung di atas air selama beberapa jam ke beberapa hari mengikut keadaan kondisi kapal terbang, oleh yang demikian semasa ianya terapung di air, ianya dibawa oleh arus ke selatan dan isyarat ping sentiasa diberikan padahal tiada org di dalam kapal tersebut ataupun mangsa yang ditinggalkan bersama kapal tersebut. 

Dari segi teori logik akal, ya kita tahu lokasi terakhir ping adalah di selatan. Adakah semasa ping tersebut diberikan kita tahu ianya masih terbang atau terapung di air bersama penumpang. Secara logik akal untuk mengatakan semuanya mati adalah tidak benar sama sekali, masih ada harapan,

Cuba pikir, takkan nak rampas untuk mati sahaja, mesti ada satu agenda tersembungi yang kita tidak tahu. Mungkin perampas dan penumpang telah diangkut oleh pihak tertentu semasa operasi SAR? Semasa merancang untuk membuat rampasan mesti akan ada plan A B C D. 

Kita juga tahu di dalam tu ada engineer yang bekerja dengan syarikat amerika yang sedang tengah buat ujikaji aerospace. Adakah ini satu kebetulan?. Bekas kapten MAS kata rampasan tidak akan terjadi kalau seorang sahaja yang terlibat, Di dalam kargo tu juga diberitakan bahawa terdapat beribu -ribu bateri lithium yang pada pendapat saya boleh digunapakai untuk pelbagai kegunaan perampas.

Dari segi logik akal kita boleh katakan ianya berakhir di laut hindi, untuk katakan ianya terhempas adalah mustahil sama sekali. Seperti yang diberikan oleh Majlis Fatwa bahawa dikategorikan sebagai "orang hilang" bukannya "mati" selagi tidak dibuktikan. 

Perdana Menteri juga mengatakan ianya diberitahu mengikut teori  cara yang tidak pernah digunakan dalam penyiasatan. Oleh yang demikian, teori semata-mata tidak akan boleh dipercayai sehingga dibuktikan. inilah sedikit teori disampakan. Harapan agar ahli keluarga bersabar. Apapun yang terjadi adalah hikmah semata -mata. wallahualam.

DONT SIMPLY SAID "PLANE CRASHED , ALL DIED" ~ THERE IS HOPE


Konsep Kapal Terbang Terapung Dijelaskan disini :


Penumpang pesawat yang mendarat di air :

No comments:

Post a Comment

Close