Monday, 31 March 2014

Anak Linda Rafar Menderita Penyakit Kronik? (4 Gambar)

 

Lama tak mendengar khabar mengenai bekas anggota kumpulan Elite, Linda Rafar selepas dia makin sibuk menguruskan keluarganya serta perniagaan spa yang dijalankan bersama adiknya, Diana di Seksyen 13, Shah Alam.

Namun, sekiranya pembaca mengikuti perkembangan terbaharu Linda di laman Instagramnya pasti menyedari bahawa masanya kini lebih banyak dihabiskan di sebuah hospital di Cheras.

Difahamkan, anak kedua Linda, Rezaimen Keifli yang merupakan anak hasil perkahwinan terdahulunya, kini sedang terlantar sakit akibat penyakit yang agak kronik.




Walau bagaimanapun, Linda tidak mendedahkan penyakit yang dihidapi anaknya ketika ditanya peminat di Instagram miliknya.

Diharapkan Linda sekeluarga tabah dengan ujian yang menimpa mereka kini dan semoga Rezaimen cepat sembuh dan boleh kembali bersekolah seperti kebiasaannya selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Close