Tuesday, 25 March 2014

Gadis Cantik Ini Bunuh Diri Step By Step Di Instagram Kerana Putus Cinta (6 Gambar)


Dilaporkan oleh chinasmack.com, seorang gadis dengan akaun Instagram bernama @ JojoTsai1012 membuat ramai orang merasa sedih dan prihatin. Dalam Instagram tersebut, si gadis yang berasal dari negara China menghantar isyarat bahawa dirinya akan melakukan bunuh diri kerana tidak tahan dengan hidupnya selepas putus cinta dengan teman lelakinya. Siapa sangka, posting foto dan statusnya bukan hanya untuk menarik perhatian, kerana gadis ini benar-benar bunuh diri dengan melompat dari apartmen.

Beberapa posting status tulisan dalam foto-foto Instagramnya:

Ternyata semua mimpi buruk ini adalah nyata. Semua yang aku mimpikan benar-benar terjadi. Tapi ternyata aku buta dan bodoh, sampai akhirnya aku curiga dan semua sudah terlambat. Aku tidak pernah melakukan hal buruk selama hidup, namun kenapa aku hidup dalam seksaan. Hidupku sangat sengsara beberapa hari terakhir. Aku ingin melupakan semua ini, untuk mengendalikan suasana hati saya dan tidak akan menangis lagi setiap malam. Semua ini tidak adil untukku, aku sudah tidak tahan.

Dalam postnya yang lain, @ JojoTsai1012 menuliskan cerita bahawa 12 hari selepas putus, dia sudah boleh jalan-jalan dengan rakannya dan menikmati hidup seperti biasa. Dia juga bercerita bahawa bekas teman lelakinya lebih kaya dibanding dirinya, begitu tampan dan baik. Gadis iini juga bercerita bahawa ibu bekas teman lelakinya tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan tidak akan merestui perkahwinan mereka.

"Semua ini tidak akan dapat aku lupakan, tidak akan pernah boleh, kecuali kalau aku mati." - jojotsai1012

Demikian status patah hati dan kemurungan @ JojoTsai1012 yang terasa sudah putus asa dengan hidupnya. Dalam beberapa foto lain, @ JojoTsai1012 menuliskan isyarat dirinya akan bunuh diri.

Lihat beberapa petikan status isyarat di foto yang dia posting dalam akaun Instagram @ JojoTsai1012.


"Setelah aku mati, aku akan menghantuimu siang dan malam. Aku tidak akan pernah meninggalkanmu lagi." - jojotsai1012


XOXO Aku Mencintaimu. - jojotsai1012


"Biarlah semua terbakar, agar semua benda ini melayang seperti debu di udara" - jojotsai1012


Dalam gambar di atas, tidak ada keterangan apapun. Namun dipercayai dari tingkap inilah @ JojoTsai1012 melompat bunuh diri.


Inilah gambar yang dilaporkan dari chinasmack.com. Sungguh tragis dan menyedihkan. Salah satu akaun di Instagram dengan nama @ yin727 mengesahkan bahawa kejadian ini benar.

"Ini benar, kami tinggal di bangunan yang sama, dia meninggal Sabtu pagi (seminggu yang lalu)."

Kejadian yang sangat menyedihkan. Banyak orang menyebut peristiwa ini sebagai satu cara yang bodoh untuk menamatkan hidup. Tapi kita sendiri tidak pernah tahu seberapa dalam luka yang dialami oleh gadis cantik ini.

Bagi anda yang mengalami masalah yang sama, love your life, love yourself.

No comments:

Post a Comment

Close