Friday 28 November 2014

Tahniah ! Isteri Johan Raja Lawak selamat lahir bayi perempuan



Tahniah kepada Ozlyn, isteri Johan Raja Lawak yang baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4kg hari ini. Cahayamata ini adalah anak keempat pasangan sensasi itu.

Berita gembira ini pula didedahkan oleh seorang jururawat melalui akaun Instagram Johan dan Ozlyn.





Dikhabarkan, Ozlyn, isteri kepada Johan Raja Lawak, telah selamat bersalin hari ini. Ozlyn dikatakan telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 4 kilogram!

Berita gembira itu didedahkan oleh seorang jururawat, beast_rynna melalui akaun Instagram pasangan tersebut.

Followers² pasangan itu berebut-rebut mendesak agar jururawat itu mengambil gambar dan kongsikan dengan mereka. Sehingga ada yang begitu terdesak meminta jururawat terbabit menghantar gambar bayi pasangan terbabit secara Direct Message (DM).

Bagaimanapun, akaun jururawat berkenaan telah dipadamkan. Mungkin beliau bimbang jika Johan @ Ozlyn mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengambil gambar bayi mereka tanpa kebenaran.

Apa-apa pun, tahniah buat pasangan Johan & Ozlyn. Semoga kehadiran orang baru ini meriuhkan lagi keluarga anda.












No comments:

Post a Comment

Close