” Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.” -Tengku Joe
Komen rakan Mohd Anis
“Ya Allah…baru je sembang dgn arwah ttg syiah kat malaysia…Allah.lebih sayangkan dia..mmg terasa lately.byk posting ttg dakwah..arwah pergi di hari jumaat yg mulia..semoga dtempatkan di kalangan hamba2Nya yg soleh dan ditemptkan tempatmu di Jannah…ameen…” -Syful Whb
Kejadian yang Sama dalam Sebulan
Dalam bulan ini sahaja, terdapat dua kejadian yang sama berlaku. Arwah Adiba Yasmin Ahmad dan Arwah NorFaezah juga merupakan mangsa kemalangan maut telah memuatnaik status “kematian” di dalam akaun Facebook masing-masing seakan-akan menduga ajal mereka telah tiba.
*Jenazah akan dikebumikan selepas solat asar di Masjid Al Raudah Perlis.
**Semoga Arwah Mohd Anis, Adiba Yasmin dan NorFaezah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: Informasi My
No comments:
Post a Comment