Satu perbandingan antara adik beradik yang diberi susu ibu dan susu botol memberikan bayangan yang susu ibu tidak lebih baik dari susu botol untuk kesihatan kanak-kanak dalam jangka panjang.
Dr Cynthia Colen dari Universiti Ohio State berkata, dapatan kajiannya bukanlah bermaksud untuk mencabar idea sedia ada, tetapi untuk mengelakkan ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak mereka sendiri dari berasa didiskriminasikan.
Mereka yang mempromosikan bahawa ‘susu ibu adalah terbaik’, sering menyatakan bahawa susu ibu mencegah pelbagai penyakit, antaranya obesiti, alergi, lelah dan kencing manis.
Bagaimanapun, menurut kajian Dr Colen, kanak-kanak yang diberi susu badan tidak menunjukkan sebarang kelebihan berbanding kanak-kanak yang diberi susu botol.
Ia tidak menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu badan tidak cenderung untuk tidak obes dan juga tidak menunjukkan peningkatan dari segi akademik berbanding kanak-kanak yang diberi susu botol.
Dr Colen turut mendakwa yang kanak-kanak yang diberi susu ibu juga lebih cenderung untuk mendapat penyakit lelah berbanding yang diberi susu botol. Katanya:-
Kebanyakan kajian sebelum ini memilih subjek secara berat sebelah. Sama ada mereka tidak mengambil kira atau tidak boleh mengambil kira secara statistikal: faktor-faktor seperti umur, bangsa, pendapatan isirumah, pekerjaan ibu–di mana semua ini memberi kesan kepada penyusuan badan dan kesihatan.Dr Colen berkata adik beradik yang diberi susu botol menunjukkan tahap kesihatan yang sama dengan yang diberi susu ibu dalam jangka panjang.
Ibu yang mempunyai pendapatan dan pendidikan yang lebih tinggi, serta lebih fleksibiliti dalam jadual seharian adalah lebih cenderung untuk menyusukan sendiri anak mereka pada jangkamasa yang lebih lama.Pihak berwajib biasanya mengesyorkan anak diberi susu badan selama enam bulan. Tambah Dr Colen:
Saya tidak mengatakan yang menyusu badan tidak ada faedah untuk bayi baru lahir bagi memberikan nutrisi dan imuniti. Tetapi jika kita ingin memperbaiki kesihatan ibu dan anak, kita patut fokus kepada perkara yang benar-benar boleh berbuat begitu untuk jangka panjang, seperti pendidikan awal kanak-kanak bersubsidi, polisi cuti bersalin yang lebih baik dan lebih peluang pekerjaan kepada ibu-ibu yang berpendapatan rendah dan perlu membiayai kehidupan, sebagai contoh.Dia mendapatkan data dari kajian tahun 1979 oleh Kajian Longitudinal Belia Kebangsaan British, satu sampel yang mewakili lelaki dan wanita muda secara nasional.
Dia menganalisa sejumlah 8,237 orang kanak-kanak yang terdiri dari 7,319 adik beradik dan dari situ, 1,773 ialah pasangan adik beradik, di mana seorang diberi susu ibu dan seorang lagi diberi susu botol.
Kajian itu mengukur indeks jisim badan (BMI), obesiti, lelah, aktiviti hyper, kebergantungan pada ibu bapa serta sikap dan skor yang meramalkan pencapaian akademik dari segi daftar kata, pembacaan, matematik, kebijaksanaan dan kebolehan untuk bersaing.
Dapatan menunjukkan kanak-kanak yang diberi susu ibu menunjukkan hasil yang lebih baik dari segi BMI, aktiviti hyper, matematik, pembacaan, mengenal pasti perkataan dalam daftar kata, mengingat semula digit, kebolehan akademik dan obesiti.
Bagaimanapun, apabila dibandingkan dengan adik beradik sendiri yang diberi susu botol, skor kanak-kanak yang diberi susu ibu tidak begitu berbeza, yang menunjukkan bahawa sebarang perbezaan yang didapati hanyalah secara kebetulan.
Pengkaji mempercayai yang adik beradik yang diberi susu badan berkemungkinan menunjukkan kelebihan kerana faktor-faktor lain, seperti status sosio-ekonomi.
Dapatan yang paling mengejutkan ialah, kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit lelah.
(Bagaimanapun, ini mungkin kerana data yang didapati bergantung kepada sama ada subjek mengatakan mereka ada penyakit lelah, bukannya didiagnos secara formal mempunyai penyakit lelah.)
Dr Colen berkata lagi:
Kami tidak membandingkan antara keluarga, sebaliknya ahli-ahli dalam keluarga itu sendiri dengan mengambil kira sepenuhnya ciri-ciri seperti pendidikan ibu bapa, pendpaatan isi rumah dan bangsa/etnik.Laporan asal: Dailymail UK
Sekiranya menyusu badan tidak mempunyai impak yang seperti kita jangkakan dalam jangka panjang, walaupun menyusu badan sangat penting untuk jangka pendek, kita patut fokus pada perkara lain seperti kualiti persekolahan, perumahan yang memuaskan dan pekerjaan ibu bapa semasa anak membesar.
Kita patut melihat dengan lebih teliti kepada masa selepas tahun pertama kehidupan anak-anak dan memahami bahawa menyusu badan mungkin sukar atau mustahil dilakukan oleh sesetengah wanita.
Daripada kita menyalahkan mereka, kita patut lebih realistik tentang apa yang sebenarnya boleh dilakukan oleh susu ibu dan apa yang tidak boleh lakukan.
No comments:
Post a Comment