Bagan Serai – Penduduk kampung berhampiran Parit J, Jalan Matang Buluh, di sini, gempar berikutan penemuan jasad bayi yang cukup sifat ditemui terapung di dalam parit berhampiran sebuah sekolah, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang, mayat bayi itu dijumpai orang ramai yang lalu lalang di jambatan berdekatan kawasan ia dijumpai ketika mengambil anak mereka daripada sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu.
Katanya, mayat sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk proses pengesahan sama ada bayi itu mati sewaktu dilahirkan atau dibunuh dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – Harian Metro
Boy Iman mengakui dia akan terus menggunakan gelaran Datp' pada dirinya walaupun ramai yang tidak senang dan beranggapan sebaliknya mengenai gelaran berkenaan yang dianugerahkan kepada pelakon muda, Boy Iman.
Memetik laporan Murai, Boy Iman yang ditemui ketika Majlis Kesyukuran Dato` Boy Iman di Dataran Kitchen Kuala Lumpur baru-baru ini menyatakan ianya satu kebebasan yang perlu ada pada dirinya selagi tidak menyalahi undang-undang Negara.
“Saya akan terus pangku gelaran Dato` ini menerusi majlis-majlis rasmi, di ‘business card’ mahupun baju korporat kerana saya sangat selesa dengan penganugerahan yang diberikan,”
“Saya tidak kisah sekiranya ada sesiapa yang nak panggil saya sebagai Dato`atau nama sahaja, yang penting selagi ia tak menyalahi undang-undang maka saya ada hak untuk menggunakannya,” katanya. Sebelum itu untuk penegtahuan umum, Boy Iman dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.M.N) dari kerajaan Naning.
Menurut laporan MAlaysianDigest, Julia Ziegler mengakui memang mengenali dua orang produser. Kaitannya dengan produser ini adalah, dia digosipkan tidur dengan salah seorang daripada mereka untuk mendapatkan tawaran berlakon drama.
Namun Julia menafikan tuduhan jahat itu, bahkan Julia sendiri tidak terkejut kerana sudah terbiasa dengan gosip liar yang sering melanda dirinya sebelum ini.
"Saya akui saya memang berkawan rapat dengan dua orang produser tetapi kedua-dua mereka perempuan dan bertudung pula tu. Buat apa pula saya nak tidur dengan mereka?
"Lagipun cerita sebigini pernah timbul semasa saya mula-mula berlakon dulu. Apa yang di dakwa itu fitnah.
"Kalau saya kenal seseorang produser lelaki itu, saya akan kenal sekali isteri serta anak-anaknya.
"Saya tak perlu tidur dengan sesiapa untuk dapatkan job atau apa saja tawaran berlakon. Rezeki tu bukan datang daripada mereka pun, rezeki datang dari Allah. Kalau saya dapat satu satu job tu, Alhamdulillah. Kalau tidak, bermakna ia bukanlah rezeki saya"
"Allhamdulillah, rezeki saya tak putus. Tapi tak dinafi tahun ni banyak pula kontroversi yang mengaitkan saya. Lepas satu.. satu. Mungkin ada orang yang kurang senang sebab melihat hidup saya lebih baik daripada mereka. Tapi tak mengapalah. Paling penting saya bahagia dengan hidup saya dan keluarga kenal siapa saya. Itu sudah cukup.
"Saya pun tak perlu nak ambil tindakan apa-apa terhadap mereka ini kerana saya percaya akan karma. Saya percaya setiap perbuatan itu ada balasannya. Balasan Tuhan itu lebih besar, jadi saya taak perlu berbuat apa-apa", -Julia
Selepas teruk dikecam dan dikritik kerana didakwa ‘merampas’ suami orang, tidak dinafikan perjalanan karier seni Hanez Suraya dilihat agak sedikit suram disebabkan tindakan segelintir peminat yang mula memboikotnya disebabkan isu tersebut.
Walau bagaimana teruk dicemuh nampaknya Hanez masih tidak berputus asa dalam bidang seni malah semakin membulat tekad untuk menceburi cabang lain iaitu bidang perniagaan.
Perniagaan yang diceburi aktres ini pun tidak lari jauh daripada bidang kecantikan yang pastinya satu subjek yang cukup digemari kebanyakan wanita.
Hanez kini bergelar usahawan menjual shampoo dan pelembap rambut berjenama Vlasy.
Menerusi pembungkusan produk itu, Hanez turut bergelar duta bagi produk miliknya yang menggunakan tema berwarna hijau untuk menarik hati pengguna.
Jika anda mahukan rambut sehalus dan secantik Hanez, mungkin anda bolehlah mencuba produk rambut milik Hanez yang mungkin merupakan rahasia kepada rambut cantiknya selama ini!
Ramai tahu bahawa pemain bola sepak yang juga bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan kini bahagia di samping isteri baru, Zarema.
Namun pada masa sama kes rumahtangganya dengan Rita masih menjadi kontroversi gara-gara nafkah anak yang tertunggak.
Disebabkan hal ini sekeping gambar Aidil dan Zarema di Masjid Nabawi, Madinah yang dimuatnaik di akaun Facebook Rotikaya menjadi medan maki hamun dan nasihat kepada Aidil.
Kebanyakan komen menasihati Aidil agar melunaskan amalan wajib iaitu membayar nafkah anak dahulu sebelum menunaikan umrah.
Sesetengahnya menggunakan bahasa berhemah namun tak kurang juga boleh tahan kasar bahasanya macam lupa ini bulan puasa!
Tak cukup dengan komen nasihat tentang nafkah anak, posing peluk Aidil dan Zarema turut dikecam.
Bak kata komen peminat di bawah kalau hati dah tak suka, artis tu pakai purdah sekali pun akan tetap dilahar.
Apa pun, pemergian Aidil dan isteri barunya ke tanah suci adalah atas jemputanNya jua. Semoga sepulangnya mereka dari sana Aidil akan selesaikan segala kemelutnya dengan Rita secepat mungkin.
Bukan apa, ramai yang dah naik muak juga dengan masalah mereka yang tak habis-habis dari zaman bercinta, dah kahwin sampailah bercerai. Kepada Aidil, cukuplah berlari di padang sahaja, jangan ‘lari-lari’ juga dalam hidup sebenar ok?
Oleh: REM RAMZI
Mahkamah Tinggi New Zealand hari ini menarik balik arahan sekatan dan mendedahkan maklumat mengenai penyerang seks diplomat warga Malaysia.
Kerajaan New Zealand (NZ) mengesahkan individu diplomat tersebut adalah dari Malaysia dan bernama Muhammad Rizulman Ismail.
Menurut laporan www.stuff.co.nz, keputusan terbaru sekaligus membatalkan keputusan awal sekatan yang dibuat di Mahkamah Daerah Wellington sebelum ini, di mana penyerang seks tersebut dilepaskan kerana imuniti politik.
Laporan www.stuff.co.nz mendedahkan diplomat Malaysia tersebut memegang pangkat dalam tentera sebagai pegawai waran dan merupakan pembantu staf portfolio pertahanan di kedutaan negara.
Diplomat Malaysia tersebut kali pertama tampil di Mahkamah Daerah Wellington pada 10 Mei dan dua hakim membenarkan sekatan.
Media di NZ sebelum ini dilarang mendedahkan maklumat penyerang seks tersebut, namun beberapa organisasi media negara itu mencabar sekatan mahkamah.
Dalam pada itu, media NZ juga mendedahkan kerajaan Malaysia menolak permohonan dari NZ untuk melepaskan imuniti diplomatik supaya dapat dibicarakan di negara tersebut.
Awal hari ini, Wisma Putra mengesahkan seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di NZ.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tertuduh adalah diplomat Malaysia dan beliau sudah dihantar pulang.
Anifah juga dijangka mengadakan sidang media hari ini bagi menjelaskan isu tersebut.
Dalam pada itu, kerajaan NZ mendedahkan sedang mengejar pemindahan diplomat tersebut yang dituduh ‘memecah rumah dengan tujuan merogol’ di Wellington bulan lepas.
Diplomat tersebut yang dalam lingkungan 30-an ditahan kerana didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumahnya kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa merompak dalam insiden yang sama.
Sementara itu, Menteri Luar NZ Murray McCully hari ini memberi amaran sekiranya diplomat tersebut tidak didakwa di mahkamah, ia akan memburukkan perhubungan negara yang terlibat dengan NZ.
“Ia akan menjejaskan cara kita mengendalikan negara yang terlibat,” kata McCulluy kepada akhbar harian NZ, The Dominion Post.
Beliau juga dipetik berkata pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) berkata dengan jelasnya NZ mahukan diplomat tersebut, yang kini sudah berada di negara asalnya, menghadapi keadilan.