Tuesday, 1 July 2014

VIDEO: Lawak Sungguh - Jatuh Tergolek Dok Akibat Tunjuk 'KUAT' Tendang Kereta Sebab Marah !





SEBAGAI pengguna jalan raya, anda memang punya hak untuk marah jika ada pengguna lain yang membuat kesilapan yang boleh mengundang kemalangan.

Tapi, pada masa yang sama, kemarahan itu perlu dikawal kerana khuatir ia boleh membahayakan diri anda pula.

Kejadian yang berlaku di Sao Paulo, Brazil, baru-baru ini mungkin boleh dijadikan iktibar.

Sebuah kereta mahu menukar laluan ke kanan tanpa menyedari ada sebuah motosikal di laluan tersebut sehingga hampir menghimpitnya.

Dek kerana marah, penunggang motosikal itu mula mencarut dan mengejar kereta berkenaan.

Tanpa disangka-sangka, dia bertindak menendang kereta tersebut dengan kaki kirinya sekaligus menyebabkan dia terjatuh daripada motosikalnya.




Mujurlah penunggang itu tidak mengalami kecederaan teruk walaupun jatuh tergolek.

Tak tahulah apa yang difikirkannya sewaktu menendang kereta tersebut.

Mungkin dia fikir kereta tersebut mampu diterbalikkan dengan sekali tendang agaknya.

Hmm…malu dapat, sakit pun dapat!

Dah Mengaku - Suarez Akhirnya MENGAKU Gigit Chiellini, Janji Tak Buat Lagi !


Pemain Uruguay yang juga penyerang Liverpool, Luis Suarez akhirnya mengakui kesilapan menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam Perlawanan Piala Dunia, 24 Jun lalu.

Kesan perbuatan itu Suarez didenda tidak boleh menjalani aktiviti bola sepak selama empat bulan, digantung daripada bermain dalam sembilan kejohanan bola sepak antarabangsa dan perlu membayar denda RM351,218.

Tindakan minta maaf menerusi Twitter oleh Suarez ini juga secara tak langsung mendedahkan kenyataannya sebelum ini bahawa dia bukan menggigit Chiellini pada perlawanan tempoh hari tetapi terjatuh ke bahu pemain pertahanan tersebut hingga giginya sendiri berasa amat sakit adalah sekadar alasan.



Menerusi mesej yang dimuat naik di laman mikro Twitter rasminya Suarez menulis:

“After several days of being at home with my family, I have had the opportunity to regain my calm [sic] and reflect about the reality of what occurred during the Italy-Uruguay match on 24 June 2014.


“Independant from the fallout and the contradicting declarations that have surfaced during these past days, all of which have been without the intention of interfering with the good performance of my national team, the truth is that my colleague Giorgio Chiellini suffered the physical result of a bite in the collision he suffered with me. For this:
I deeply regret what occurred.
I apologize to Giorgio Chiellini and the entire football family.
I vow to the public that there will never again be another incident like [in] Montevideo, 30th of June 2014.”

“Selepas beberapa hari berada di rumah bersama keluarga, saya akhirnya kembali tenang untuk memikirkan apa sebenarnya berlaku ketika perlawanan Itali-Uruguay, 24 Jun lalu.

“Bercanggah dengan kenyataan yang dibuat beberapa hari ini, tanpa niat untuk mencalar persembahan bagus pasukan kebangsaan saya, kebenaran sebenarnya adalah Giorgio Chiellini telah menderita akibat gigitan yang berlaku ketika pelanggaran yang berpunca daripada saya. Untuk itu:

Saya menyesal atas apa yang telah berlaku.
Saya mohon maaf kepada Giorgio Chiellini dan seluruh keluarga bola sepak.
Saya berjanji insiden ini tak akan berulang.

Insiden gigitan Suarez ini membuatkan Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay naik angin dengan FIFA dan bertegas mahu merayu terhadap hukuman dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun, sejarah Suarez menggigit pemain lain di padang bukanlah baru.

Sebelum ini dia pernah digantung tujuh perlawanan pada 2010 kerana menggigit Otman Bakkal dan digantung 10 perlawanan lagi selepas menggigit Branislav Ivanovic ketika bermain untuk Liverpool.



Dalam pada itu, Giorgio Chellini menjawab Tweet Suarez dengan menyatakan dia dimaafkan dan berharap FIFA akan mengurangkan hukuman terhadapnya.

Oleh: REM RAMZI
Sumber: goal.com

VIDEO: Pelakon Terkenal HK Kantoi Buat ‘Projek’ Dalam Tandas OKU! Malu Sungguh...




Pelakon terkenal Hong Kong, Coffee Lam mendapat MALU BESAR apabila sekumpulan paparazzi berjaya ‘menghidu’ perbuatannya berasmara dengan seorang lelaki di sebuah tandas OKU selama hampir 30 minit!

Paparazzi berkenaan juga sempat merakam visual di luar tandas serta suara pelakon berkenaan sewaktu sedang ‘beraksi’.



COffee dan teman lelakinya sempat berkata ‘ Oh Sh*t ‘ sebaik saja keluar dari pintu tandas tersebut setelah mendapati sekumpulan paparazzi sudah bersedia dengan kamera di tangan masing-masing!

Inilah adegan PALING KANTOI dalam dunia hiburan Hong Kong ketika ini!

Coffee yang pada mulanya mendakwa hanya berbual dengan seorang teman dalam tandas itu akhirnya mengaku yang lelaki itu adalah teman istimewanya.

Bagus Sungguh, Balasan Dia Bagi - Isteri Curang Kejam Bagi Suami Makan Nasi Goreng Beracun!


Seorang isteri curang di Chennai, India tergamak meletak racun dalam masakan nasi goreng yang dihidangkan kepada suaminya sehingga menjadi penyebab kepada kematian lelaki tersebut, baru-baru ini.

Menurut sumber Tamil Nesan, wanita yang dikenali sebagai Amsa, 35, dan kekasihnya, Tirupathy menjalankan komplot untuk membunuh Ramesh, 45, agar mereka boleh terus memadu kasih tanpa sebarang halangan selepas ini.

Walau bagaimanapun, anak saudara Ramesh, Sampath terus membuat laporan polis selepas curiga dengan cara kematian mengejut pak ciknya yang sebelum ini tidak pernah menghidap sebarang penyakit.

Selepas disiasat pihak polis, akhirnya Amsa yang mempunyai dua anak, mengaku membunuh mangsa yang kemudiannya dibawa balik ke kampung, di mana Amsa mengatakan kepada penduduk kampung bahawa suaminya mati disebabkan penyakit perut kronik yang dialaminya sebelum ini.

Oleh: AUDREY LEE

Jenayah, Zalim Sungguh . Kanak-Kanak Dikelar Bapa Saudara Guna Parang Pemotong Daging!





TELUPID – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang di restoran milik ibu mangsa di Kampung Gambaron dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar leher Mohamad Khairul Aize Abdullah.

Kejadian berlaku kira-kira 6 petang.

Beliau berkata suspek yang merupakan adik kepada bapa mangsa telah memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran itu lalu membawanya ke belakang restoran sebelum mengelar leher mangsa.

“Mangsa yang cedera parah telah menjerit kesakitan yang jeritannya disedari keluarganya. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, namun mangsa tidak dapat diselamatkan,” katanya kepada Bernama.

Sivanathan berkata suspek yang tidak melarikan diri selepas kejadian telah ditahan oleh anggota keluarga mangsa sebelum dia diserahkan kepada polis.


Katanya polis turut menemui sebilah parang yang digunakan untuk mengelar mangsa.

Beliau berkata tidak diketahui punca lelaki itu bertindak demikian dan dia kini direman. – BERNAMA

Perhatian ! Sila Berhati-Hati Dengan Lelaki Ini, Dia Mengaku Pegawai KPM…




MENERUSI perkongsian di laman sosial dan aplikasi Whatsapp, tersebar satu gambar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan manusia.

Modus operansinya ialah dengan datang ke sekolah tertentu dan mengaku dirinya pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditugaskan untuk menguruskan pengambilan pelajar ke sekolah sukan.

Berikut merupakan info penuh mengenai gambar tersebut:



Susulan itu, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh pihak KPM yang menafikan pihak mereka ada menghantar wakil untuk menguruskan perihal pengambilan pelajar ke sekolah sukan di negara ini.

Ia sekaligus mengesahkan kebenaran info yang tersebar itu.




Justeru itu, diharap ibu-bapa dan pelajar yang didatangi individu seperti ini akan lebih berhati-hati dan membuat pengesahan rasmi dengan pihak atasan sebelum memberikan sebarang persetujuan.

Dibimbangi perkara seumpama ini turut menjurus kepada jenayah culik yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Oleh: ELZA

VIDEO: Sedih(Cuba Tengok) (Kisah Benar) Perkahwinan Di Hujung Nyawa




Sepasang kekasih di Filipina, Rowden dan Leizl merancang untuk berkahwin pada 8 Julai ini sempena hari lahir Rowden yang ke-30.

Namun takdir menentukan pada penghujung Mei, Rowden didiagnosa menghidap kanser hati tahap 4 yang kronik hingga tubuhnya kian lemah dan hanya mampu berbaring.

Dalam keadaan tak bermaya dia menyatakan hasrat mahu mengahwini Leizl sebelum nafasnya berakhir.


Justeru, perkahwinan disegerakan. Dalam masa 12 jam segala persiapan dibuat lalu upacara berlangsung di wad memandangkan Rowden tidak boleh meninggalkan hospital.



Hanya 10 jam selepas bergelar suami kepada Leizl, Rowden Go akhirnya pergi buat selama-lamanya pada 11 Jun 2014.


Mendiang meninggalkan Leizl dan anak mereka, Zakiah Rowzel berusia 2 tahun dan ibu, Lorelei serta adik beradik, Hasset (yang mengepos video di bawah ke YouTube) dan Hisham.

Kisah di sebalik perkahwinan Rowden dan Leizl yang amat menyentuh hati membuatkan video perkahwinan mereka menjadi viral malah setakat hari ini ia telah ditonton lebih 9 juta kali.


Rata-rata yang menyaksikan video ini mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya rasa sebak dan kami pasti, anda akan jadi salah seorang daripadanya.

Selamat menonton.

Oleh: REM RAMZI
Close