Saturday 29 August 2015

SAIFUL NIZAM ISMAIL DEDAH PUNCA SEBENAR BERHENTI KERJA DI TV3?






Sebut sahaja nama Saiful Nizam pasti ramai yang kenal sebagai pembaca berita di Buletin Utama TV3. Lahir daripada program Malaysian Top Host, Saiful mengesahkan beliau akan tinggalkan stesen tv popular Malaysia itu dan sudah menghantar notis sebulan berhenti kerja sejak dua hari lepas.
Meskipun belum tinggalkan TV3 secara rasmi, beliau telah menerima pelbagai tawaran pekerjaan daripada beberapa syarikat penyiaran lain.

Menurut Saiful, buat masa ini beliau ingin fokus dalam bidang perniagaan dan akan mempertimbangkan tawaran tersebut.

Saya tak menafikan memang ada pelbagai tawaran yang kunjung tiba, cuma saya dalam proses mempertimbangkannya.

Saya juga mahu fokus dalam dunia perniagaan. Tapi dunia pengacaraan yang sudah sebati dalam diri takkan ditinggalkan begitu sahaja. Doakan perjalanan saya akan lebih baik pada masa mendatang.




Sebagai info, Saiful Nizam  telah mendirikan rumah tangga dengan juara pertandingan Gadis Melayu di TV9 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aida Eirdeena dan anak lelaki bernama Saif Eirham.

SM doakan semoga Saiful Nizam berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

No comments:

Post a Comment

Close